Sunday, November 27, 2011

Hijrah Bermakna



Alhamdulillah, akhirnya kita dengan selamatnya masuk ke tahun baru Islam. Hari ini selesai sahaja solat Maghrib, dah masuk 2 Muharam 1433 Hijrah.

Terdetik pula hati membuka diari hati sepanjang tahun 1432 Hijrah. Agaknya terlalu sedikit amalan baik jika dibandingkan dengan buruknya. Tetapi, masih belum terlambat diri ini jika mahu berhijrah selagi kita masih sedar untuk menghisab diri.

Tahun Hijrah diasaskan pada zaman Khalifah Umar Al-Khattab kerana pada masa itu empayar Islam telah meluas di Rom, Parsi dan negara-negara lain. Umar bertanya pendapat sahabat-sahabat lain bagaimana hendak mengira tahun Islam. Ketika itu, ada sahabat yang mencadangkan dikira sejak Rasulullah Sallahu Alaihi Wasallam. Umar tidak bersetuju kerana dikhuatiri sama dengan agama lain. Akhirnya ada sahabat mencadangkan mengira ketika hijrah Rasulullah Sallahu Alaihi Wasallam bersama muslimin dari Mekah ke Madinah. Lalu Umar bersetuju dengan cadangan tersebut.


Sepotong hadis menjelaskan tentang hijrah...

“Dari Amirul mu’minin Umar bin Al-Khotthob rodhiallahu’anhu, ia berkata, “Aku mendengar Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam bersabda, Sesungguhnya amalan-amalan itu berdasarkan niatnya dan sesungguhnya bagi setiap orang apa yang ia niatkan, maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya maka hijrahnya adalah kepada Allah dan RasulNya, dan barangsiapa yang hijrahnya karena untuk menggapai dunia atau wanita yang hendak dinikahinya maka hijrahnya kepada apa yang hijrahi”

. (HR. Al-Bukhari )


Tepat pukul 7 tadi, aku dipaparkan tentang kisah penghijrahan dua orang wanita yang agak sinonim dengan dunia seni dan media massa. Dua orang wanita ini masing-masing mempunyai kisah yang agak berlainan. Aku pendekkan sedikit pengakuan daripada mereka.

Wanita pertama : Catriona Ross
Dulu dia seorang yang agak malu untuk mengaku dirinya orang kampung. Pakai rambut palsu selama setahun hingga meninggalkan solat. "Nenek saya selalu renjiskan air pagi-pagi nak kejutkan saya sahur atau solat subuh. Kalau sahur, saya cakap tak pe, dah supper semalam. Kalau solat tu, saya rasa susah sangat nak bangun. Sebab selalu sangat nenek buat macam tu, saya bangun dan tarik perlahan nenek keluar dari bilik saya. Masa tu saya rasa kurang ajar sangat dengan nenek saya dan dengan Allah. Kalau ada birthday party di kelab malam, saya rasa sayalah orang pertama yang akan kata ya untuk datang raikannya. Masa tu saya bercampur dengan bermacam-macam orang. Ada kawan saya ajak saya minum alkohol. Masa saya kata it's ok sb saya tak minum."

Penghijrahannya bermula apabila terlibat dalam kemalangan yang menyebabkannya lumpuh. Ramai orang cakap dia tak ada harapan untuk sembuh. Dia juga tak boleh mengandung jika berkahwin. "Masa tu, saya berdoa sangat-sangat dapat kembali normal. Sebab saya pun nak rasa kehidupan berumahtangga. Saya rasa saya takkan mampu menanggung beban selama 9 bulan jika bertongkat. Saya berdoa sampai nangis-nangis minta jadi normal. Akhirnya Allah kabulkan doa saya. Dan tak lama selepas saya kahwin, saya pun dikurniakan anak. Saya pun memang terdetik nak pakai tudung bila saya pergi ke butik dengan kawan saya. Masa balik, saya nangis sorang-sorang dalam kereta, masa tu tak beli tudung lagi. Saya balik rumah dan selongkar semua laci. Saya rasa hiba sangat. Saya ada darah Melayu dalam diri saya tapi sehelai tudung pun saya tiada. Saya rasa sebak sangat." Akhirnya, seorang kawannya menghadiahkan tudung untuknya setelah mengajaknya ke butik. Sejak dia pakai tudung, dia berasa sangat tenang.

Wanita Kedua : Wardina Safiyyah
Saya mempunyai mak anak imam dan ayah saya orang putih. Saya sering tertanya-tanya kenapa mak menyuruh saya pakai tudung. Mungkin kalau mak saya, atuk suruh pakai tudung dan solat, mak mesti akan ikut je. Tapi saya ni anak orang putih, saya tak faham kenapa kena buat macam tu. Bila orang tanya, nak jadi model tak? Saya cakap nak la. Masa tu saya memang degil sangat. Walaupun mak saya tak bagi, saya tetap masuk senyap-senyap. Tapi akhirnya mak saya tahu jugak sebab masuk majalah. Sebab pakaian saya yang menjolok mata, mak saya menangis sangat-sangat. Yang paling sedih bila saya buat keputusan nak tinggalkan rumah. Masa tu mak saya pandang je saya kat tingkap sambil menangis. Saya cakap kat mak, saya tak perlukan dia sebab saya boleh cari duit jadi model. Masa tu orang kesiankan mak sebab anak ustazah tapi jadi macam ni.

Masa saya pergi umrah, saya menangis tak henti-henti masa solat dan berdoa. Saya berdoa semoga selepas saya mendapat hidayah, Allah takkan tarik hidayah tu daripada saya. Saya rasa nak bertudung dan sekarang saya tak pernah tinggal solat lima waktu.

Kalau dengar sendiri kisah-kisah mereka, aku rasa nak menangis. Memang betul-betul menyentuh hati sebab nampak ketulusan di jiwa mereka. Semoga kita juga termasuk orang-orang yang diberi hidayah oleh Allah.. Amin.. Salam Ma'al Hijrah (",)

2 comments:

  1. salam ziarah,,=)
    hehe,,k.zu !
    ni yam ! =)

    ReplyDelete
  2. salam ziarah jugak yam... hehe..
    blog kak zu ni biasa2 je.
    datanglah lagi...

    ReplyDelete

Coretan buat Putri Kedua

 Assalamualaikum.. Alhamdulillah dengan rahmat dan kasih sayang Allah, kami dikurniakan seorang puteri lagi, bakal menjadi teman untuk puter...