Sunday, September 30, 2012

Duhai ibuku

Assalamualaikum warahmatullah..

Alhamdulillah, aku kini dapat juga menyambung pengajian di UiTM Machang dalam kursus ekonomi perniagaan fakulti pentadbiran perniagaan. Ingatkan tak jumpa kawan seangkatan, rupanya ada yang asalnya hanya kenal gitu-gitu tapi dah jadi kawan rapat. Alhamdulillah...

Dua minggu berada di sini sudah cukup mendewasakan aku. Dalam kitaran tersebut telah berlaku banyak peristiwa yang sangat menyentuh hati. Aku cuba menjadi tegar dan tabah. Setabah sahabatku di Terengganu ini...

Pukul 5 pagi hari Rabu, aku bangun bersiap awal kerana kelas hari itu bermula pukul 8 pagi. Setelah membasuh baju, pukul 7 sahabatku hantar mesej padaku..

"Ti, mak aku meninggal kul 6 pagi tadi.."

Subhanallah.. Hatiku bergetar amat. Perasaan terkejut bercampur sedih menyapaku. Ya Allah, apakah ujian ini? Aku baru sahaja bertemu dengan ibunya sebelum datang ke sini dan telah banyak kali bersembang bersama. Aku tidak dapat menahan perasaanku ketika menghadiahkan bacaan Yasin.. Air mataku menitis laju. Hujung minggu itu juga aku balik dan menziarahinya.

Sahabatku itu, mula-mula bercerita dia tampak tenang. Namun, dia mula menangis bila teringat setiap kali dulu aku datang, ibunya pasti ada di muka pintu. Begitu juga aku. Setelah menziarahi kubur ibunya, barulah aku balik ke rumah.

Sahabatku itu masih baru lagi menyambung ijazah seperti aku tetapi dia di UKM. Aku faham semestinya dia sangat sedih dan tak mampu untuk belajar lagi. Berkali-kali dia berpesan padaku supaya jangan sesekali lawan cakap mak, nanti menyesal sepertinya. Tetapi ibunya sorang yang sangat penyayang. Dia pernah kat bahawa kejayaannya selama diploma ini adalah berkat doa ibunya..

Aku termenung sendiri dengan ceritanya. Selama cuti, aku ini suka sangat bergaduh dengan ibuku. Mungkin inilah pengajaran untukku. Sekian cerita untuk kali ini.. Wassalam..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...