Tuesday, May 4, 2010

Tasnim

Subhanallah.... nama tasnim ini dipilih kerana ia bermaksud salah satu mata air di syurga. Semoga titipan saya di sini adalah titipan mata air yang mampu meneroka sudut hati insan yang menziarahi blog ini. Insya Allah...

Tirai pembuka



Alhamdulillah... Syukur ke hadrat Allah kerana memberi saya peluang untuk membuat satu lagi blog utk tatapan sahabat-sahabat... ini bukanlah blog pertama saya tapi entah ke berapa saya pun tak pasti. Sebelum ni, saya banyak berkongsi puisi dan kisah yang berkaitan hidup saya sahaja. Kali ini, dengan nama Allah dan kekuatan sahabat-sahabat yag ada, saya ingin menjadi mujahidah yang insya Allah di akhirnya adalah syuhada'.. amin..
Mungkin ini semua adalah cita-cita seluruh umat Islam. Melihat umat Islam yang terlalu mengejar dunia sehingga tidak menyedari bahawa kita akan dibangkitkan lagi di alam yang lebih kekal. Mengapa harus begitu?
Sama-samalah kita renungkan...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...