Saturday, April 30, 2011

Rindu PadaMu - Yasin

Tiada sehari yang berlalu
Tanpa ku mengingati MU
Rindu
Pada MU
Ku sentiasa mendambakan
Kasih dan sayang MU

Semalam aku bermimpi
Di dalam hujan ku berlari
Berlari
mencari
Memangil-manggil nama MU
Nama MU yang sempurna

Ku harap
dan ku berdoa
Semoga dapat
bersua dengan MU

Tiada kata
Yang dapat ku gambarkan
Perasaan yang
Ku alami
Cinta ku ini
Tiada berbelah bagi
Cinta yang suci dan abadi

Adu'llar Rahmani
Arju An La Tinsani
Fi Kulli
Awqati
Nafsi Wa Fuadi
Laka Ya Maliki

Apakah aku diterima
Atau kau kan membiarkan saja
Kerana
Ku berdosa
Jangan biarkan ku terhina
Ku merayu pada MU

Tiada kata
Yang dapat ku gambarkan
Perasaan yang
Ku alami
Cinta ku ini
Tiada berbelah bagi
Cinta yang suci dan abadi...oh...

Tiada kata
Yang dapat ku gambarkan
Perasaan yang
Ku alami
Cinta ku ini
Tiada berbelah bagi
Cinta yang suci dan abadi...

More lyrics: http://www.lyricsfreak.com/y/yasin/#share

Friday, April 15, 2011

Imanku tak pernah tetap




Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Dingin terasa pagi ini. Hujan yang turun sejak pukul 10 tadi masih belum berhenti. Angin sejuk yang bertiup masuk melalui tingkap bilikku seolah-olah ingin menyampaikan suatu pesan padaku. Pesanan dari Tuhanku untuk diriku.

Aku sendirian waktu ini. Masih mencari di mana diriku yang dulu. Saat itu, sujudku sentiasa merasakan kehadiran-Nya. Sepiku sentiasa terisi dengan mengingati-Nya. Ruangku yang ada hanya untuk-Nya. Di manakah aku yang itu?

Perlahan kuturunkan sedikit langsir tingkap, sambil merenung alam yang amat tenang. Tapi bisakah aku mendapat ketenangan seperti itu? Ketenangan yang selalu berulang tetapi dinikmati dalam rasa yang berlainan.

" Wahai pokok, bahagianya engkau. Tak perlu memikul beban berat sepertiku. Aku ini selalu menghampakan Penciptaku dengan kepentingan diri sendiri. Diri sendiri tak mampu dijaga. Bahagianya kau wahai pokok.. Kau selamat walau hanya berdiam diri begini. Kalau dicabut pun, kau tetap tiada dosa. Aku pula bagaimana? Memikul tanggungjawab khalifah bukanlah senang seperti memikul barang-barang yang berat. Malahan, ini lebih berat lagi... " kataku pada pokok yang baru kusiram, terletak di dalam pasu.

Sudah terlalu banyak dosaku kepada Allah. Terlalu banyak sehingga aku tak tahu masih adakah pengampunan terhadapku. Cuma yang aku yakini, Allah Maha Pengampun. Akulah yang perlu bertaubat dan meninggalkan dosa-dosaku itu.

Penatkah hidup di dunia ini? Tidak sebenarnya jika kita benar-benar mentaati Allah dan sentiasa menjauhi larangannya. Menyebut mujahadah memang senang seperti menulisnya, tetapi tak semudah untuk amalkannya. Itulah yang paling berat dalam hal menuntut ilmu. Setelah menuntut ilmu, perlu beramal pula dengan ilmunya. Sedangkan aku bukanlah termasuk orang-orang yang beramal.

Aku menjadi sangat segan untuk bergaul dengan sahabat-sahabatku yang shadid seperti dulu. Mereka sangat menjaga diri, sedangkan aku tidak pandai menjaga diri dan hatiku. Aku sering terlupa tetapi bila teringat semula aku akan menangis tidak henti-henti. Perasaan kesal amat menggunung dan tak mungkin akan dilupakan begitu sahaja.

Di saat ini, aku berdoa bersungguh-sungguh untuk mendapat rahmat Allah, meminta agar dikasihani. Aku ini hamba, sedangkan Allah itu Pemilik segala-galanya. Aku meminta supaya diampunkan dosaku dan orang-orang yang bersama denganku, meskipun kutahu sebagai orang yang berdosa, doaku mungkin susah untuk dikabulkan dan jika dikabulkan pun, mungkin hanya kerana rahmat dari Allah.

Hujan masih lagi belum berhenti, menghiasi hariku yang penuh tangisan. Jika bukan tangis dari air mataku, tangisnya dari hatiku. Aku diselubungi ketakutan kerana dosa-dosaku. Aku memang patut disalahkan. Allah masih sayang aku kerana memberi aku peluang untuk terus bertaubat dan semoga Allah menutup peluang untuk segala dosa-dosa menghampiriku lagi.

Dunia & Dajjal

Alam Hadis riwayat Muslim ada disebutkan:
Kami bertanya: “Wahai Rasulullah! Berapa lamakah ia akan tinggal di muka bumi ini? Nabi saw, menjawab: Ia akan tinggal selama empat puluh hari. Hari yg pertama seperti setahun dan hari berikutnya seperti sebulan dan hari ketiga seperti seminggu. Kemudian hari yg masih tinggal lagi (iaitu 37 hari) adalah sama seperti hari kamu yg biasa.

1= 1 tahun
1= 1 bulan
1= 1 minggu dan 37 hari baru hari manusia .......

Maka 3 hari yg berperumpamaan adalah bukan hari manusia/dunia jadi mungkin bermaksud bersamaan pekiraannya dgn hari akhirat dan dalam islam 1 hari akhirat bersamaan 1000 tahun dunia

Jadi 3 hari yg berperumpaan itu boleh lah diaanggap pekiraannya adalah hari akhirat ..dan bila kita lihat balik antara tahun,bulan dan minggu adalah tahun itu merujuk kepada penuh pekiraannya jadi pada hari 1= 1 tahun adalah pekiraan penuh yakni 1 hari = 1000 tahun dunia disini formulanya

1= 1tahun = 1000 tahun dunia =1000 tahun
1= 1bulan = 1000/12 kerna 1 tahun ada 12 bulan jadi mendapat 83 tahun = 83 tahun
1- minggu = 1000/48 kerna 1 tahun ada 48 minggu jadi mendapat 20 tahun = 20

dan 37 hari yg selebihnya ........... = 37 hari

jadi dgn formula tadi dapatlah kita ketahui akan adanya dajjal didunia ini adalah 1000+83+20+37=
1103 tahun 37 hari....

dan ada satu lagi hadis :
Sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam:
Sebaik-baik kalian adalah pada kurun aku, kemudian pada kurun yang mengikutinya, kemudian pada kurun yang mengikutinya. yakni merujuk 300 tahun

dan seorang pengkaji ekonomi dunia syeikh imran mohsin telah menemui akan permulaan pekiraan tadi bermula pada 900 masihi yakni semasa wujudnya empayer monarki atau british dan disitulah dia mengatakan permulaan hari2 dajjal yakni

1= 1tahun yakni 900 masihi + 1000= 1900 di british empayar dajjal bermula
1= 1 bulan yakni 1917 + 83 = 2000 di amerika bertambah berkembang lagi empayar dajjal
1= 1 minggu yakni 2000 + 20 = 2020 di israel yakni empayar yg sedang dikembangkan dan
pertahankan sekutunya2 british dan amerika

dibawah ini adalah penerangan video dari syeikh imran mohsin ttg hadis 1 hari= 1 tahun........

http://www.youtube.com/watch?v=4zq34IvkJrU&feature=player_detailpage
The Arrivals Part 26 Indonesian Teks





Insan beriman yakin bencana peringatan Allah SWT

Bersama Prof Dr Sidek Baba
BENCANA tsunami di beberapa negara di Asia dan Afrika akhir tahun lalu serta terbaru Taufan Katrina yang melanda Amerika Syarikat dilihat oleh sesetengah orang sebagaibencana alam. Bagi orang beriman, faktor alam tidak boleh dipisahkan dengan faktor Pencipta. Sesuatu kejadian yang berlaku tentu bersebab dan ada hikmah di sebaliknya bagi orang yang mahu merenung dan berfikir.
Perjalanan alam ini adalah suatu sunnah Allah bukannya sunnah alam. Sunnah Allah menghubungkan kejadian dengan Pencipta dan Pengaturnya. Sunnah alam tidak menghubungkan manusia dengan Pencipta, malah ia terjadi dengan sendiri. Tidak mungkin alam itu terjadi dengan sendiri seperti tidak mungkin kereta, kapal terbang dan kapal lautbergerak sendiri. Semuanya dipandu dan digerakkan oleh manusia.

Tetapi manusia tidak mampu menggerakkan bintang dan mengawal sistem solar, apa lagi mengatur perjalanan sistem galaksi yang amat raksasa, melainkan ada suatu kuasa yang amat Perkasa mengaturkan semuanya itu. Ia dirujuk kepada kuasa Pencipta iaitu Allah.

Allah menggambarkan perkara ini dalam firman-Nya bermaksud: “Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang belayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu Allah hidupkan bumi sesudah mati (kering), dan Allah sebarkan di bumi itu segala jenis haiwan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi. Itulah tanda kebesaran Allah bagi mereka yang memikirkan." (Surah al Baqarah, ayat 164)

Al-Quran tidak dituntut untuk diimani sebahagiannya dan tidak diimani sebahagian yang lain. Kisah dalam al-Quran, peristiwa dirakamkan, peringatan diberi dan khabar gembira diutarakan serta batasan yang dijadikan pedoman dan prinsip yang dijadikan ikutan adalah cerminan keseluruhan daripada proses pengwahyuan yang perlu diimani oleh manusia. Setiap yang dirakamkan dalam al-Quran membawa maksud dan hikmah tertentu untuk manusia berfikir dan renung. Ia supaya daripada semuanya itu manusia mendapat pengajaran dan iktibar.

Peristiwa Israk dan Mikraj adalah suatu ketentuan Allah terhadap hamba yang terpilih.
Saat kejadian itu terhadap Rasulullah SAW ialah ketika Baginda dihimpit tekanan dan cabaran pedih daripada kelompok penentang yang ingin memadamkan cahaya Allah dan bertekad menghapuskannya dari bumi.

Oleh kerana Nabi Muhammad adalah manusia pilihan Allah untuk membawa suatu risalah besar untuk umat manusia, maka tentu Allah memiliki kekuasaan untuk melakukan apa saja. Bagi orang yang tidak beriman, peristiwa ini dianggap sebagai sesuatu yang lucu dan tidak masuk akal. Tetapi, bagi mereka yang beriman meyakini bahawa Rasulullah bukan seorang pendusta.
Seperti juga apabila berlaku peristiwa tsunami di Aceh, bagi orang beriman, ia diterima dengan penuh keinsafan dan iktibar bahawa kuasa Allah itu mengatasi segala-galanya. Bagi yang tidak beriman, terus bertanya mengapa ia berlaku di suatu tempat di mana orangnya bersembahyang dan beriman kepada Allah. Apa yang Allah tahu tidak sama seperti apa yang manusia tahu. Hikmah di sebalik kejadian kadang-kadang tidak mampu diselami oleh mereka yang tidak beriman.

Tsunami adalah bukti nyata berlakunya kiamat kecil kepada manusia seperti kematian yang juga kiamat kecil kepada setiap insan. Al-Quran memberikan peringatan mengenai kiamat yang sebenar. Gambaran kiamat itu tentunya membabitkan semua, tidak kira apa kedudukan kita pada sisi Allah dan apa suasana pun kita berada ketika kiamat berlaku. Hal ini kerana ia adalah ketentuan Allah. Bagi yang beriman dan beramal salih, Allah akan memberikan tempat setimpal di akhirat nanti. Bagi yang ingkar, sombong dan melampau batas Allah akan memberikan balasan setimpal seperti yang dijanjikan-Nya.

Hal yang sama berlaku terhadapTaufan Katrina yang amat dahsyat menimpa penduduk di Amerika Syarikat. Kalaulah manusia dikatakan memiliki kekuatan meramal dan mengatasi bencana, Allah tunjukkan bagaimana faktor sunnatullah atau ketentuan Allah mengatasi keupayaan teknologi dan saintifik yang dimiliki oleh manusia.

Sebesar mana suatu kuasa manusia, akhirnya terpaksa tunduk terhadap ketentuan Pencipta.
Selagi mana manusia ingkar terhadap sunnatullah dan tidak mengambil iktibar daripadanya, maka selagi itulah manusia tidak akan belajar daripada sifat angkuhnya sendiri. Begitu juga tidak mendapat hikmah daripada sesuatu kejadian.
Firman Allah bermaksud: "Allah menimpakan angin itu kepada mereka (kaum Aad dan Tsamud) selama tujuh malam dan lapan hari terus menerus, maka kamu lihat kaum Aad pada waktu itu mati bergelimpangan seakan-akan mereka tunggul pohon kurma yang telah kosong (lapuk)." (Surah al-Haaqqah, ayat 7)

Peristiwa Israk dan Mikraj juga adalah ujian Allah kepada manusia. Bagi yang beriman mengukuhkan lagi imannya kepada Allah. Bagi yang ingkar menambahkan keingkarannya kerana bagi yang ingkar mereka tidak percaya kepada yang ghaib. Logik akal mereka hanya bersandarkan kepada sesuatu yang nampak pada penglihatan dan pemandangan mereka. Sedangkan sunnatullah ada pada yang nampak dan ada pada yang manusia tidak nampak. Allah memiliki kekuasaan menampakkan sesuatu untuk manusia percaya dan tidak menampakkan sesuatu untuk manusia percaya.

Sedangkan Allah memiliki kekuasaan menghadirkan yang wujud dan tidak setiap yang wujud mesti maujud atau terlihat dengan nyata.
Roh, umpamanya, wujud pada diri manusia dan tidak maujud seperti adanya tangan dan kaki. Tetapi tangan dan kaki tidak akan bergerak tanpa adanya roh yang memberi hayat kepada manusia. Roh itu bukan milik manusia dan bukan urusannya. Kalaulah roh itu milik manusia dan urusannya, maka roh boleh kekal pada tubuh manusia selama-lamanya.

Oleh kerana roh itu adalah urusan Allah, maka setakat mana roh itu perlu berada pada tubuh manusia ia adalah hak Allah bukan hak manusia. Allah boleh mengambilnya bila-bila masa tanpa meminta izin daripada manusia.

dipetik daripada www.halaqah.net

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...