Thursday, August 30, 2018

Jalan-Jalan Melaka : Buang Yang Keruh Ambil Yang Jernih

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, pada 18 Ogos 2018 saya dan kawan-kawan telah melawat ke Melaka Bandar Bersejarah. Sebenarnya, sambil menyelam minum air, sambil pergi kenduri kahwin di Negeri Sembilan, kita jalan-jalan teruslah ke Melaka.

Nak ke Melaka ni tak susah pun sebenarnya. Kami pergi melalui jalan dari Tol Kajang ke Tol Simpang Ampat. Rumah kenduri kahwin kawan kami terletak di Daerah Johol, Negeri Sembilan.

Selesai makan di tempat kenduri, kami meneruskan perjalanan ke Bandar Melaka. Hotel yang kami dah tempah berada betul-betul di bandar Melaka. Sepatutnya kami berempat tetapi hanya tiga sahaja yang dapat pergi.

D'Riverside Inn Hotel memang sangat bagus perkhidmatannya. Yang paling best bagi saya, staffnya sanggup reservekan parking betul-betul depan pintu hotel.

Memang mula-mula tu agak berpusing juga kami cari parking. Tiba-tiba staff dia call cakap dah reservekan parking untuk kami.

Hotel ini betul-betul terletak di tepi jalan, dalam bangunan rumah kedai, tetapi designnya memang cantik. Nanti saya kongsikan design dalamannya.  Memang stafnya ada suruh bergambar kat dalam tu. Hehe



D'Riverside Inn Melaka


Hotel ini bagi peta Bandar Melaka sekali Siap tunjuk arah mana kami akan berjalan sepanjang Bandar Hilir di Melaka ini.




Cantik kan bergambar di sini.. I Love Melaka



Kami lalu jalan pintas untuk ke A Famosa. Tetapi sebenarnya kat atas bukit itu adalah runtuhan Gereja St. Paul. Berpusing juga kami ke sana.


Tangga untuk panjat ke atas. Dah macam hiking. Nak menangis naik ni, dah lama tak exercise.

Kami dah sampai kat atas. Tinggi juga bukit ni. Kat belakang kami nun jauh di sana kelihatan Menara Taming Sari.


Runtuhan Gereja St Paul.







 Tempat nak beli tiket kat bangunan yang seperti Minangkabau tu.

Menara Taming Sari

Kami dah kat dalam. 

Selepas menaiki Menara Taming Sari, kami berjalan-jalan di Jonker Walk. Pasar Malam ini memang terdapat banyak cenderamata dan makanan orang sini. Bolehlah kalau nak borong kat sini, murah juga. Cencalok pun ada kat sini.

Selepas makan di Asam Pedas Jr., kami berjalan kaki pulang ke hotel. Boleh tahan juga berjalan hari ini, tetapi tak adalah teruk sangat. Ok je. Hehe

Hari Kedua.

Seterusnya, kami bersiap dalam pukul 10 pagi. Kami berjalan kaki lagi ke tempat River Cruise. Best kan jalan kaki je. Jimat minyak, jimat duit. Hehe. Hari ini, plan kami :

1) River Cruise
2) Masjid Selat
3) Pantai Klebang

Lepas tu, terus balik Kajang la.




Hasil River Cruising kami.

 Kapal ini memang sangat dekat dengan Jeti River Cruise.

Masjid Selat terletak lebih kurang 13 km sahaja dari Bandar Hilir.





Kedudukan masjid ini di tepi pantai memang tersangat cantik. Dari pantai ini, kelihatan kapal-kapal yang berlayar di tengah lautan.

Sebenarnya, semasa naik Menara Taming Sari juga, kelihatan kapal-kapal di tengah laut.



Seterusnya, kami menuju ke Pantai Klebang, pantai yang agak famous di Melaka ini dan terkenal dengan coconut shakenya. Rupanya coconut shake kat sini ada pelbagai perisa. Tetapi saya hanya suka yang asli. Yang nak cuba perisa lain tu, bolehlah cuba di sini.

Tengoklah nasi goreng seafood dia, macam semua seafood ada kat dalam ni. Harga RM9 sahaja. Ok la tu kan. Banyak hidupan kat dalamnya. Hehe

Ok, sekian cerita jalan-jalan Melaka daripada saya. Nak tengok video, saya ada upload video semasa di atas Menara Taming Sari. Ni video dah nak turun. Hehe. Selamat menonton.

Terima kasih kepada blog yang memberi info kepada kami iaitu https://www.caridestinasi.com/tempat-menarik-di-melaka/
Yang berubah ialah harga tiket Menara Taming Sari sekarang ialah RM16.20 dan harga tiket River Cruise RM18. Gambar keychain yang kami dapat semasa River Cruise itu berharga RM20 satu keping.

Wassalam dan Salam Merdeka ke-61 untuk tahun ini.









No comments:

Post a Comment

Coretan buat Putri Kedua

 Assalamualaikum.. Alhamdulillah dengan rahmat dan kasih sayang Allah, kami dikurniakan seorang puteri lagi, bakal menjadi teman untuk puter...