Thursday, October 13, 2011

Aishiteru, ya ashabati..

Alhamdulillah..

Setelah sekian lama bergelut dengan pena dalam final exam baru-baru ini, akhirnya selamatlah sudah berlalu hari tersebut.
Dari 20 September hingga 9 Oktober, final exam diadakan.
1 Oktober dan 10 Oktober, saya menghabiskan masa-masa terakhir untuk latihan memandu.
InsyaAllah, 19 Oktober ini, saya akan menjalani ujian JPJ.
Semalam pula baru sahaja menghabiskan speaking untuk MUET. Alhamdulillah sekali lagi...

Terasa jerih-jerih kerinduan pada sahabat-sahabat seperjuangan yang masih lagi belajar dan sedang bersedia untuk exam. Aku ucapkan selamat berjuang, jangan lupa usaha dan doa.

Kerinduan yang menjalar ke seluruh jiwa dan hatiku, mengembalikan aku ke memori silam. Persahabatan dan kenangan. Zaman persekolahan dan remaja. Hanya cerita-cerita indah yang berlagu. Cerita tentang kita semua. Semuanya terhimpun dalam kemurnian persahabatan kerana Allah.

Bukan mudah untuk menjejak lagi masa silam, saat-saat indah kita bersama. Renungilah, sahabatku. Masa yang berlalu takkan kembali meskipun kita merayu dikembalikan, pasti takkan kembali. Kita kini semakin jauh merentasi bidang masing-masing, mungkin tidak mudah lagi seperti dahulu untuk bertemu selalu.

Alhamdulillah lagi meniti di hati. Aku mengharapkan keberkatan dan rahmat dari-Mu Tuhanku atas persahabatan yang masih kukuh ini. Aku masih teringat kata-kata seorang teman dari teman kita yang lain,

"Yung, sekarang kita masih boleh jumpa macam selalu. Bila kita cuti je, kita jumpa. Tetapi, bila salah seorang antara kita sudah berkahwin, mungkinkah kita berjumpa seperti ini lagi? Aku rindulah, semuanya yung.." Tampak kesedihan dalam nada itu.

Aku termenung sendiri. Kami punyai impian. Impian untuk masih lagi bersama, dalam satu pelan perancangan masa depan untuk persahabatan kami. Pelan itu kami buat sejak perpisahan ketika di tingkatan empat, ketika aku sudah mula berjauhan dengan mereka. Tetapi, aku masih bersama mereka. Ketulusan persahabatan kita membuatkan aku berasa sayang untuk meninggalkannya.

Aduhai, isi MUET yang aku dapat semalam sangat meninggalkan kesan di hatiku. Friendship. Ya Allah.. selagi persahabatan ini kerana-Mu, aku memohon supaya persahabatan ini tetap kekal di dunia dan akhirat. Meskipun aku mempunyai keluarga yang menyayangi, sahabat juga adalah insan yang paling rapat denganku.

Coretan buat Putri Kedua

 Assalamualaikum.. Alhamdulillah dengan rahmat dan kasih sayang Allah, kami dikurniakan seorang puteri lagi, bakal menjadi teman untuk puter...