Friday, May 17, 2013

Husnu Zhon

Assalamualaikum warahmatullah..

Husnu zhon adalah daripada perkataan arab di mana husnu bermaksud baik dan zhon bermaksud sangka. Jadi, maksud husnu zhon ialah bersangka baik. Sangkaan adalah di tengah-tengah antara syak dan yakin. Sebagai hamba Allah, kita wajib bersangka baik dengan Allah sebagaimana disebut dalam sebuah hadith riwayat Abu Hurairah r.a., ia berkata :

Rasulullah S.A.W. bersabda: Allah Ta'ala brfirman: Aku sesuai dengan persangkaan hamba-Ku terhadap-Ku dan Aku selalu bersamanya ketika dia mengingat-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam dirinya, maka Aku pun mengingatnya dalam diri-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam satu jemaah manusia, maka Aku pun mengingatnya dalam suatu kumpulan makhluk yang lebih baik dari mereka. Apabila dia mendekati-Ku sejengkal, maka Aku akan mendekatinya sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, maka Aku akan mendekatinya sedepa. Dan apabila dia datang kepada-Ku dengan berjalan, maka Aku akan datang kepadanya dengan berlari. (Shahih Muslim No. 4832)

Husnu zhon sesama manusia juga dituntut untuk mengelakkan sebarang spekulasi yang buruk dan dalam kata lain, su' zhon kepada orang lain. Hal ini kerana bersangka buruk adalah berdosa sekiranya apa yang kita sangka buruk padanya sebenarnya tidak terjadi.


Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 12;

"Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada sangkaan, kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah berdosa. Janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang. Janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang".


Ada pelbagai sebab untuk kita berlaku husnu zhon sesama manusia. Pertama, untuk mengelakkan perpecahan kerana jika tidak berlaku husnu zhon bermakna su' zhon lah yang berlaku. Hal ini berlaku kerana salah sangka kita pada seseorang itu lantas menyebabkan diri berasa tidak selesa dengannya. Kedua, letakkanlah diri kita berada pada tempatnya. Sekiranya kita di tempat orang yang hidup bukan dalam suasana Islam, bukan bermakna dia tidak mengamlkan Islam. Mungkin dia seorang dalam kawasan tempat tinggalnya yang mengamalkan Islam walaupun tak sepenuhnya. Ketiga, kita mencari takwil atau mudahnya ialah berfikiran positif bahawa dia mungkin tersilap. Carilah alasan untuk bersangka baik tentangnya dan berdoalah agar dia mendapat hidayah dari Allah.


Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 6:

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasiq membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini  dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan".

Di dalam sirah Nabi Muhammad S.A.W., ayat ini diturunkan kerana fitnah yang berlaku pada isteri baginda, Sayidatina Aisyah r.a. Orang-orang munafiq yang diketuai oleh Abdullah Bin Ubai telah menfitnah Sayidatina Aisyah r.a. ketika beliau berjalan bersama Safwan Bin Mu'attal ketika pulang dari medan perang. Rombongan yang membawa Sayidatina Aisyah r.a. telah meninggalkan beliau secara tidak sengaja. Kemudian Safwan yang menuntun unta yang membawa Sayidatina Aisyah tanpa bercakap apa-apa pun sehingga sampai ke Madinah.

Oleh itu, kisah ini menerangkan kepada kita bahawa jika kita mendengar sesuatu berita, seharusnya kita selidik dahulu kebenarannya supaya kita tidak membuat keputusan yang terburu-buru yang pastinya akan membuat kita menyesal di kemudian hari. Oleh itu, husnu zhon adalah suatu bentuk mujahadah kerana bukan semua orang mampu menjaga hatinya sepenuhnya daripada bersangka buruk dengan orang lain walau sedikit pun. Jadi, kitalah yang harus bermujahadah dan istiqamah dalam menjaga hati.

Friday, May 10, 2013

Indahnya Hijrah

Assalamualaikum..

Alangkah bahagianya melihat orang-orang yang berhijrah kerana Allah. Terfikir pula tentang diri yang masih lagi mencari-cari di mana titik perubahan bermula. Bagaimana pula hendak memulakannya?

Tentang kata-kata orang sekeliling, lebih baik diutamakan kata-kata Allah dan Rasul-Nya. Cuma hati belum kuat dan ilmu pun belum mantap. Persediaan masih belum rapi. InshaaAllah, akan tiba masanya perubahan itu pasti berlaku.

Setiap saat dan masa, perubahan itu perlu dan penghijrahan kepada yang lebih diredhai Allah itu sangat digalakkan. Sebagaimana Allah mencintai kita tanpa syarat, harusnya kita mentaati-Nya tanpa perlu banyak alasan. Jika ada dalam diri yang masih perlu diperbaiki, harus diperbaiki segera.

Tentang hati adalah perkara yang paling sukar dielakkan. Takutnya perubahan yang menjadi lebih baik membuatkan kita riak, pasti menghapuskan semua amalan-amalan yang kita lakukan. Semuanya harus ikhlas dan redha. Tanamkan dalam hati bahawa Allah telah menjanjikan yang lebih baik dengan penghijrahan kita yang ikhlas semata-mata kerana Allah dan Rasul-Nya.

Semoga terus istiqamah dengan Allah dan Islam.. ^_^

Sunday, May 5, 2013

Cita-cita yang tersia

Assalamualaikum..

Tiba-tiba terfikir sesuatu.. Bestnya kalau dapat pergi ke Mesir ke, Australia ke.. Semuanya perlukan usaha yang lebih untuk semua ini..

Harapan dan impianku sekian lama sejak tingkatan empat lagi. Walaupun terlalu banyak halangan yang ada, impian itu tak pernah padam. Harapan masih ingin dicari.

Dalam pencarianku sekian lama, aku sedar semuanya bermula dengan diriku sendiri. Mengapa begitu mudah aku jatuh dengan halangan-halangan yang ada? Padahal aku mampu untuk terus mengekalkan semua ini. Di mana semangatku untuk meneruskan cita-citaku?

Terkadang hatiku begitu rapuh, terguris sedikit terus terluka dan parutnya seakan payah untuk hilang. Tetapi memikirkan apa yang aku harus kejar dan aku harus capai, aku kena tetap kuat dan yakin. Kejayaan itu tersedia untuk orang yang sentiasa berharap pada Allah sepenuhnya dan tidak pernah jemu berusaha. Atas dasar itu, aku tetap ingin melangkah walaupun kabur masa depan itu.

Payah untuk didefinisikan semua ini. Penat untuk melayan segala gelisah dan keputus-asaan yang ada. Keliru untuk memahami keadaan sekeliling. Cita-cita mesti dicapai walau apa pun yang berlaku. Itu perkara utama mesti difikirkan dan ditunaikan setelah hampir tiga tahun aku mengenepikan cita-citaku ini. Harap doa dari semua.





Ikan Guppy or Laga

Assalamualaikum Warahmatullah..

Memperkenalkan Dua Ekor Ikan Laga Comel dan Bergaya..

Kiki (biru) dan Lutfi (pink)


ikan laga biru




Kiki kepunyaan saya dan Lutfi pula kepunyaan kawan baik saya di sini.

Kami sama-sama beli mereka di Pantai Irama, Bachok, Kelantan...






lutfi








Sekian, terima kasih...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...