Tuesday, May 15, 2012

Selamat Hari Guru

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Alhamdulillah.. Bersyukur ke hadrat Allah kerana sekali lagi saya berkesempatan untuk mengucapkan selamat hari guru buat semua guru di seluruh dunia terutamanya guru-guru yang pernah mengajar saya. Bermula dari tadika, Cikgu Hartini... Darjah 1 di Sekolah Kebangsaan Seberang Marang, Sekolah Kebangsaan Rhu Rendang, Sekolah Kebangsaan Marang, Sekolah Menengah Agama Marang, Sekolah Imtiaz KOSPINT Kuala Terengganu dan seterusnya semua pensyarah di Kolej Poly-Tech Mara Kuala Lumpur...

Kalau dahulu, tiap kali Hari Guru saya berkesempatan untuk ke sekolah menengah yang paling dekat dengan rumah dan yang paling banyak mencipta kenangan indah bersama guru-guru dan kawan-kawan iaitu Sekolah Menengah Agama Marang. Di situlah saya terbuka hati untuk mengorak langkah lebih maju dan berani untuk mencapai kecemerlangan.

Guru-guru di situ sangat positif dan cemerlang pengajarannya. Masih terbayang di minda saya wajah-wajah guru yang pernah mengajar saya di sana. Di situ juga saya sangat berminat untuk mewakili sekolah dalam nasyid English bawah dorongan Teacher Wan Nabihah. Saya masih teringat semasa tingkatan dua, saya telah berjanji ingin bawa kemenangan pada sekolah. Namun, kerana ceteknya pengalaman berhadapan dengan orang di atas pentas, saya terus lupa lirik sedangkan saya ialah solo kedua dalam pasukan nasyid.

Ketika itu, teacher tidak dapat mengiringi kami. Sebaik sahaja kami pulang, kami sangat takut untuk bertemu dengan teacher lebih-lebih lagi saya. Saya dapat tengok muka merah padam teacher menahan marah. Saya tahu teacher sangat marah dengan saya yang sangat diharapkan untuk buat yang terbaik.

Naik sahaja tingkatan tiga, saya bertemu dengan teacher untuk mengizinkan saya menyertai nasyid sekali lagi. Kali ini saya berjanji akan menebus balik silap saya dahulu. Mula-mula teacher tak bagi sehinggalah saya menangis kerana rasa bersalah.

Kami berlatih bersungguh-sungguh. Pasukan nasyid terdiri dari saya, yung, azimah, intan, farhana, aisyah, nujma, hazirah, fatihah dan sitti munirah. Sebelum hari pertandingan, kami telah buat persembahan pada hari guru. Sesungguhnya bagi saya, itulah persembahan terbaik dari saya pada hari untuk mengenang jasa guru-guru..

Saya akhinya bersama kawan-kawan telah berjaya untuk menggembirakan teacher. Walaupun kami hanya mendapat naib johan, tapi kami telah berjaya buat yang terbaik sedangkan kami yang pertama sekali membuat persembahan. Alhamdulillah.. Itulah kenangan paling indah di SMA Marang.

Di sini juga saya mendapat inspirasi dari guru-guru untuk mendapat 9A dalam PMR.Semuanya kerana semangat guru-guru di sana. Terima kasih Cikgu Hasnah, Cikgu Yati, Ustazah Hasiah, Ustazah Nolina, Cikgu Wan Fatimah, Teacher Mazirah, Cikgu Wan Zaleha, Cikgu Maini, Ustazah Anida, Cikgu Zainab Abu Bakar, Teacher Zainab Johan, Cikgu Zainiyah dan semua guru-guru di SMA Marang..

Buat guru-guru di SM Imtiaz Kospint KT, terima kasih kepada mudirah Ustazah Mardziah, Cikgu Asmalia, Cikgu Hasmiza, Ustazah Wan Ruhaida dan semua guru lain. Tidak lupa juga kepada bakal-bakal guru termasuk kawan-kawan saya yang sedang belajar dalam bidang perguruan. Sesungguhnya bukan mudah hendak menjadi guru yang cemerlang. Hanya berbekalkan ketabahan dan keikhlasan, itulah yang menjadi penawar mendidik anak-anak bangsa.

Sekian perkongsian pada hari bersejarah ini. Walaupun hari ini saya tidak bersama mereka meraikan hari penting ini, namun tetap terpahat di hati dan minda jasa-jasa yang tak mungkin terlupakan.


Thursday, May 10, 2012

Kura-Kuraku...

Assalamualaikum...

Berikanlah jawapan.. Huraikanlah simpulan.. Biar tenang jiwaku.. Setelah kasih lama berlalu..

Hm, memang dah lama sangat tak buka laman kegemaranku ni. Kali ni nak cerita pasal Yuki.. Hehe.. Siapa Yuki ek? Tengok bawah ni..

Kesian Yuki.. Sorang2 je dalam air..


Tapi comel sangat bila Yuki berenang.. Hehe..

Itulah kura-kura baru kuambil sebagai 'anak angkat' pada bulan april baru-baru ni. Sebenarnya ada dua ekor yang aku bela. Tapi mati seekor. Yang mati tu Yaya.. Sedihnya..

Dulu duduk atas batu sama2.. Yuki dan Yaya..

Sama-sama merindu..

Kini hanya Yuki merindu sendiri..

Okey, itu sahaja kisah Yuki hari ni. Bila-bila nanti boleh cerita lagi.. Harap-harap boleh jaga Yuki sampai besar dan comel..

Wassalam...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...