Sunday, December 6, 2015

Lawatan Sekolah ke Penang, Perak dan Cameron Highlands

Alhamdulillah..

Rezeki dari Allah mencurah-curah. Siapa kata selepas berhenti, tiada kerja lain dah boleh buat? Ni kerja juga tau. Kerja saya mengikuti lawatan budak-budak sekolah lama saya, Sekolah Menengah Agama Marang. Terima kasih kepada sahabat saya, Nabila Mayudin dan uminya, Cikgu Roina yang juga guru sekolah dan pengiring bagi lawatan ini kerana sudi mengajak saya bersama.

Kalau tanya perasaan saya macam mana? Serius seronok sangat-sangat. Sebab salah satu tempatnya ialah Cameron Highlands!! Tempat yang saya hendak sangat pergi. Tempat yang selalu saya idamkan untuk sampai.

Okey, kita mulakan lawatan kita ni ya..

03-12-2015
00:00 a.m.

Bas bergerak dari SMA Marang menuju ke destinasi pertama iaitu Pulau Pinang. Kami melalui Grik dan berhenti sekitar pukul 06:00 a.m. untuk solat Subuh di Surau. Disebabkan banyak juga saya dengar orang duk sebut, hutan Grik ni banyak haiwan liar seperti gajah, harimau dan sebagainya, hampir sepanjang perjalanan saya meneliti kiri kanan jalan sehinggalah saya tertidur.

08:30 a.m.










Kami sampai di Masjid Negeri Pulau Pinang. Di situ, kami berhenti membersihkan diri dan bersarapan. Perjalanan kemudian diteruskan sehingga kami sampai di Bukit Bendera. Kami sampai di situ lebih kurang pukul 10.30 a.m..



 Dari bawah Bukit Bendera

 Tiket naik tren untuk sampai ke puncak

 Pemandangan di atas Bukit Bendera

14.00 p.m.
Kami meneruskan perjalanan ke homestay yang telah ditempah, berada di sekitar Bayan Lepas. Tempatnya boleh tahan, bersih dan tenang. Kami tinggal di apartmen tingkat 4.


Petangnya, kami berjalan-jalan di Queensbay Mall. Seronok juga pusing-pusing mall ni. Lagipun, sebelum ini saya belum sampai ke sini. Dulu, sempatlah singgah di tepi pantai Queensbay ini. Keluarga kawan saya, orang Perak, nak belanja saya makan ikan bakar situ. Memang sedap. Tapi, kali ini tak singgah situ. Kita pergi destinasi yang berbeza pula.

Malamnya, kami terus ke Pesta Penang. Macam-macam barang murah yang terdapat di sana. Baju labuh RM9 je kot! Sakan betul datang sini. Ingatkan nak beli beg juga, tak menepati citarasa la pula. Yalah, saya suka barang yang murah tapi design nak menarik aje. Nak pakai lama, mestilah kena cerewet sikit.

Tiket masuk ke Pesta Penang



22.00 p.m.

Kami kembali ke homestay. Yang bestnya, homestay ni ada tv, mesin basuh, dapur, heater dan air-cond. Lengkap kelengkapan untuk peserta-peserta lawatan. Memang seronok hari ini, alhamdulillah. Satu je bagi saya, malam ni episod akhir cerita Tuan Anas Mikael. Tapi, tak apalah. Nanti balik tengok ulangan hari Ahad ni.

04-12-2015
07.30 a.m.

Kami check-out dan bersarapan di Kedai Makan Nasir Jeruk, Bayan Lepas. Kemudian , kami meneruskan perjalanan ke Perak. Tempat yang akan kami pergi sebentar lagi ialah The Lost World of Tambun. Lebih kurang pukul 11.30 a.m. kami sampai di situ. Harga tiket telah termasuk sekali dalam pakej lawatan ini.

 Pintu masuk The Lost World of Tambun
 
 Nampak tak kapal kata belakang tu? Serius menitik air mata tahan gayat bila kapal tu goyang laju-laju. Memang tak nak naik dah.


Ni buai laju-laju dan tinggi. Orang baru habis nervous naik kapal besar tadi, memang tak naik la yang ni. Gayat punya pasal.

Kapal kecil ini okey sikit. Rasa macam terbang-terbang gitu.

 Kemudian, kami naik keretapi ini ronda seluruh taman tema ini. Seronok juga. Tak payah jalan dah.

Swan Lake. Tak termasuk pakej, kena tambah RM20 kalau nak naik.



Roller Coaster

Semua di atas adalah tempat-tempat yang ada dalam The Lost World of Tambun ni. Kemudian, kami meneruskan perjalanan ke Cameron Highlands.

19.00 p.m.

Kami sampai di puncak Cameron Highlands. Kami cari makan dulu dan lepas tu jalan-jalan sikit kat gerai-gerai tepi  jalan tu. Lepas tu, kami check in apartment kat Tanah Rata.

05-12-2015
09.30 a.m.

Kami check out. Destinasi pertama kami ialah tempat jualan MARDI. Sejuknya tak terkira di Cameron Highlands ni. Memang kalah penyaman udara. Patutlah semalam cari penyaman udara sebab rasa sejuk sangat, tak jumpa. Baru teringat kita berada di Cameron Highlands. Bukan Marang k. Haha..

Kemudian, kami sampai di kebun strawberi. Malangnya, semua strawberi di situ telah habis dipetik. Tak pa, lain kali saya datang lagi nak petik strawberi tu tau.

Kami ke ladang teh dulu menaiki bas kilang teh. Allahu akbar, memang cantik pemandangan di sini. Hijau dan mendamaikan. Saya memang nak cari teh dari sini. Khas untuk keluarga tersayang. Nanti inshaaAllah saya akan bawa mereka pula ke sini bercuti bersama-sama.


Lebih kurang pukul satu petang, kami bertolak pulang ke Terengganu. kami melalui jalan Gua Musang dan berhenti rehat untuk solat jamak ta'khir Zuhur dan Asar serta makan. Kemudian kami meneruskan lagi perjalanan melalui Kuala Berang dan singgah di Masjid Pasir Simpul untuk solat jamak Maghrib dan Isyak. Dalam pukul 9.45 malam, kami sampai di tempat perhentian bas berhadapan dengan SMA Marang.

Kesimpulannya, dapat pergi lawatan bukan sebab ada duit, tetapi ada rezeki. Memang berbeza sebab saya sendiri bukan banyak duit, tapi Allah hadirkan orang-orang yang baik untuk sampaikan rezeki kepada saya. Kalau bukan sebab Allah, tentu saya tak dapat mengikuti lawatan ini.

Semakin luas perjalanan, semakin luas pemanadangan, semakin banyak pengalaman, dan semakin banyak pengjaran yang boleh diambil.

Sekian cerita saya kali ini.

Wassalam.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...