Friday, August 27, 2010

BiSiKaN AiNuL MaRdHiAh

Duhai mujahidku,
pejuang Allah di medan jihad
semangatmu kental
membara demi Islam tercinta

Duhai mujahidku,
Allah menjanjikan kemenangan
dan tiada kesedihan serta ketakutan
bagi orang-orang yang beriman
dan beramal soleh

Mujahid sejati itu
bukan dilihat pada ketampanannya
bukan pada ramai wanita yang mengaguminya
bukan juga pada pujuk rayunya

Mujahid sejati itu
dikenal pada sikapnya yang mulia
terhadap makhluk Allah yang lain
dilihat pada jernih kesabaran di hatinya
dinilai pada kental jiwanya
berjuang di jalan Allah
Baginya hanya Allah tempatnya bertawakal
rasa 'khauf' di hati jika Allah murka
lembut dengan kebaikan dan tegas dengan kemungkaran

Ku mencari mujahidku
yang setia dalam ad-din al-Islam
yang teguh dalam ukhwah Islamiah
yang kuat taqwa keimanannya
yang yakin dengan ketentuan Allah

Ya Allah
Andai Kau telah menemukanku dengan mujahidku
relakanlah hatiku menantinya
seperti Ainul Mardhiah menanti pejuang yang syahid
di jannah abadi
di hatinya ada Allah Yang Esa..

Sunday, August 22, 2010

Kejutan Dalam Berjuang

Alhamdulillah.. Hari yang indah dan sangat ceria bagi diriku setelah mendung hitam berlalu pergi. Angin pagi yang bertiup sepoi-sepoi mengajak aku untuk bercerita lagi.

Subhanallah.. Minggu lepas memang minggu yang terlalu banyak kejutan bagiku. Kejutan pertama, perletakan jawatan dua orang ahli jawatankuasa ketika kami sedang sibuk untuk program-program yang akan dibuat tak lama lagi. Betapa terkejutnya kami semua menerima berita tersebut sehingga salah seorang ahli kami jatuh sakit dan demam.

Kekecewaan itu tidak berhenti sampai di situ sahaja. Dalam kelam-kabut begitu, empat orang ahli harus pergi ke Bengkel Pengurusan Kertas Kerja pada hari Sabtu. Akhirnya yang pergi, aku, naib setiausaha dan seorang ahli lain bersama Ustazah Rogayah. Alhamdulillah, pembentangan kertas kerja berjalan lancar oleh naib setiausaha dan kertas kerja pun telah diterima oeh pihak kolej.

Aku dan sahabatku iaitu ahli yang seorang lagi pergi hadir sesi pagi sahaja memandangkan petang kami ada peperiksaan yang megejut pukul 2.15 petang. Ya Allah, perkara yang berlaku ini sangat mencabar kami. Kami hanya belajar setakat yang kami mampu dan seterusnya kami menumpukan perhatian pada bengkel tersebut.

Ujian yang tiba bukan dipinta tapi sebagai tarbiah diri. Sepatutnya halaqahku dibuat pada hari Khamis malam Jumaat, tetapi peperiksaan mengejut yang menjadi penghalang pertemuan kami. Mungkin Allah belum lagi mengizinkan kami bertemu dalam halaqah. Rinduku pada halaqah kami sangat terasa. Entah bila kami dapat berhalaqah lagi.

Tadi pula, aku menerima mesej darinya. Insya Allah, aku akan cuba bersedia untuk berkenalan dengan ibunya. Tetapi takut masih menguasai diriku. Aku bukanlah seorang wanita yang sempurna namun dia sudi menerimaku sebahagian dari dirinya, rusuk kiri Adam. Semoga harapan dan impian kami seiring dengan ketetapan Allah Azza Wajalla.

"Ya Allah.. kumohon pada-Mu.. Berikanlah kepada kami kekuatan untuk teruskan perjuangan ini atas dasar cinta kepada-Mu. Ya Allah.. betapa ku masih ingat perjuangan Rasulullah sallahu alaihi wasallam dan para sahabat solihin dalam membawa Islam ke mata dunia, pahit yang ditempuh lebih mencabar dah sakit yang melanda lebih pedih. Tapi mereka lebih kuat kerana berjuang dan berjihad atas nama-Mu, yakin dengan janji jannah-Mu.. Ya Allah.. ku sangat berharap pada-Mu supaya perjuangan ini dapat diteruskan kerana-Mu ya Allah..."
Amin ya rabbal alamin...

Tuesday, August 17, 2010

Apa kita tahu tentang rahsia PuaSa?

Kajian menunjukkan amalan menahan makan dan bertadarus memberikan ketenangan

PUASA Ramadan yang difardukan kepada umat Islam bukan saja ujian kepada keimanan menahan nafsu makan minum, ibadat itu juga memberi kebaikan kepada tubuh badan terutama untuk menghapuskan toksin yang tersimpan selama ini.

Pengamal Perubatan dan Penceramah Motivasi, Dr Danial Zainal Abidin, berkata selepas sekian lama badan menerima makanan dan minuman yang memudaratkan, puasa Ramadan memberi peluang kepada manusia mengembalikan ketahanan tubuh badan.

Katanya, makanan serta minuman yang diambil sepanjang 11 bulan sebelum kedatangan Ramadan mungkin halal dari segi sumber dan bahan asasnya tetapi tidak semestinya makanan itu baik kepada kesihatan.
Oleh itu, sebulan Ramadan yang ditetapkan Allah untuk umat Islam menunaikan rukun Islam ketiga membawa bersama hikmah kefarduannya menurut pandangan sains berdasarkan kajian dilakukan pelbagai pihak mengenai kaitan puasa dari aspek kesihatan.

“Memang asasnya niat puasa itu penting supaya kita tidak terbabas. Jangan kata niat kita puasa untuk kuruskan badan atau kurangkan kolesterol kerana tujuan utama puasa adalah mencapai status takwa dengan mentaati, sentiasa mengingati serta mensyukuri nikmat Allah.

“Namun di sebalik kewajipan itu tidak dinafikan banyak kebaikan diperoleh berdasarkan kajian dibuat mengenai kesan ibadat puasa terhadap sistem badan. Ini kerana makanan halal yang kita makan tidak semestinya toyyibah atau berkhasiat kepada tubuh badan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk Ramadan dan Sains pada Seminar Penghayatan Ramadan anjuran Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan kerjasama Hospital Pakar An Nur dan Persatuan Perubatan Islam Malaysia (PPIM).

Seminar bertemakan Puasa Membentuk Ketakwaan dan Kesejahteraan membabitkan kira-kira 150 pengamal perubatan, kakitangan hospital kerajaan dan swasta serta pertubuhan bukan kerajaan. Sebanyak enam kertas kerja dibentangkan merangkumi aspek ibadah serta panduan perubatan kepada pesakit di bulan Ramadan.

Pada pembentangan itu, Dr Danial menjelaskan kajian dilakukan pelbagai pihak mengenai kesan makanan terhadap sikap manusia serta keberkesanan puasa membantu mengatasi masalah kesihatan yang dihadapi sesetengah pihak sebagai panduan masyarakat umum.

Antara diketengahkan ialah laporan CNN.com mengenai makanan ringan boleh menyebabkan kerosakan jantung dan kumpulan berisiko adalah remaja belasan tahun yang ketagih makanan ringan. Kajian oleh Universiti Toronto pula mendapati makanan ringan boleh merosakkan otak.

Buku Dr Jack Goldstein mengenai puasa memberitahu amalan itu dapat membina kekuatan tubuh badan, sementara Dr Shahid Athar dalam laporan mengenai rumusan Kongres Kesihatan dan Ramadan yang diadakan di Casablanca pada 1994 turut memperakukan puasa Ramadan dari sudut sains dapat meningkatkan ketahanan tubuh.

Justeru, menurut Dr Danial, masyarakat tidak perlu bimbang terhadap kesan puasa kepada tubuh dan sistem imunisasi kerana terbukti amalan menahan diri daripada lapar dan dahaga pada siang hari bermula dari waktu imsak hingga berbuka memberi lebih banyak manfaat daripada kemudaratan.

“Sahur jika kita lakukan dikira ibadat dan faedah sains membuktikan dalam tempoh 24 jam, makanan paling penting ialah sarapan pagi. Yang malas sarapan adalah calon untuk penyakit obesiti, dia-betes dan sakit jantung. Jadi sahur ambil tempat sarapan pagi dan jika tidak makan 12 jam selepas itu pun kita tak ada apa-apa.

“Nabi galakkan kita bersahur pun sudah cukup saintifik. Begitu juga amalan makan kurma ketika berbuka puasa kerana kelebihan kurma mengandungi vitamin A, B1, B2, B3, B5 dan 20 asid amino yang bagus untuk sistem penghadaman selain memberi tenaga,” katanya.

Katanya, Ramadan bulan pendidikan untuk mentarbiah fikriah, jasadiah serta ruhiah dengan memastikan niat yang betul melaksanakan ibadat puasa dan pada masa sama mengambil kesempatan diberi Allah menggandakan ibadat sunat bagi merebut ganjaran dijanjikan.

Dr Danial berkata, kajian oleh Dr Ebrahim Kazim dari Akademi Islam, Trinidad, menunjukkan pada bulan Ramadan hormon yang banyak mempengaruhi tingkah laku manusia dinamakan opioids dirembeskan dalam tubuh menjadikan orang yang berpuasa dengan betul, banyak bertadarus serta berzikir lebih tenang.

Sementara Dr Ahmad E Kadi yang membuat kajian mengenai solat serta penyembuhan merumuskan hanya dengan mendengar bacaan al-Quran dapat menurunkan tekanan darah, mengurangkan nadi serta memberi kerehatan kepada otot.

“Satu lagi kajian tetapi belum disahkan, sebutan kalimah al-Quran seperti Alif Lam Min dan Ya Sin, baik untuk jantung serta otak. Namun, ini masih dalam kajian lagi. Apapun, nasihat saya kepada umat Islam, Ramadan ini jangan fokus masalah tetapi fokus kepada Allah, masalah akan reda,” katanya.

sumber : www.halaqah.net

Tuesday, August 10, 2010

Kau Datang Lagi

Betapa lama ku merinduimu,
betapa jauhnya jarak kita setelah kau berlalu dahulu,
bulan-bulan mendatang tak seberkah dirimu

Hadirnya kau sebagai bulan umat Muhammad
setelah berlalunya bulan Allah dan Rasul-Nya
Hadirnya kau penyeri di kala mereka yang berduka
kerana pelbagai rahmat Allah terserlah di dalam bulanmu

Ramadhan Al-Mubarak,
kau datang lagi akhirnya
menghampar rasa qana'ah dalam diri
meraup sinar syukur dalam sujud malam-malammu
menyingkap warna suci hidayah Ilahi

Aku ingin menjadi
antara hamba-hamba-Nya yang taat
dan lebih taat dalan bulan Ramadhan
kerana bonus ketaatan itu sangat mudah dicapai
syaratnya ikhlas kerana Allah

Ya Allah ya Tuhanku
ku pohon diberkati bulan Ramadhan kali ini
lebih baik dari bulan-bulan sebelumnya
semoga kami mendapat hidayah
dan rahmat cinta-Mu
untuk pedoman hidup kami

Selawat dan salam atas junjungan mulia Nabi Muhammad Sallallahu alaihi wasallam
dan para sahabat serta ahli keluarga baginda...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...