Saturday, June 21, 2014

Lemahnya Hati aku

Subhanallah..

Baru semalam aku dikejutkan dengan berita budak UM pakai purdah disuruh buka semasa dalam dewan peperiksaan. Ketika itu, dia sedang khusyuk menjawab soalan. Rasanya memang agak tidak wajar dan melanggar haknya. Sementelah lagi, tiada pula amaran tentang pemakaian purdah di situ. Pastinya, sesiapa pun yang mengenakan purdah akan terus memakai jika tiada amaran.

Zulaikha Adam. Namanya seakan sama denganku. Namun, hatinya lebih kuat daripadaku. Benar katanya. Bukanlah memakai purdah itu menjamin seseorang itu jadi terlalu sempurna. Hakikatnya, manusia tetap mempunyai pelbagai kelemahan jika ada kekuatan pun.

Aku melihat padanya, pada apa yang lain-lain perjuangkan dalam isu purdah ini, aku kesal kerana tidak mampu menjadi sekuat itu. Seperti ditakdirkan, sebaik sahaja niat aku untuk menutup muka datang, ketika itu jugalah Allah menguatkan hati aku sedikit demi sedikit untuk memakainya.

Seringkali dugaan mendatang. Aku memendam niat sudah tiga tahun lebih. Mencari sebuah kekuatan. Di penghujung Januari 2014, aku nekad memakainya sekalipun hanya on off sahaja. Tetapi sehingga sekarang pun tetap on off kerana UiTM Kota Bharu tidak mmbenarkan pemakaian purdah.

Aku perhatikan, ramai pelajar yang sebenarnya berpurdah di luar, tetapi di dalam kampus mereka dilarang. Berbahagia sungguh sahabat-sahabatku yang dibenarkan, malah timbul sedikit iri dan sedih dalam hatiku. Tidak mampu untuk istiqamah dalam pekerjaanku.

Namun, apabila teringatkan ustazah yang pernah mengajarku Pengajian Al-Quran dan As-Sunnah ketika di tingkatan empat dahulu, hatiku terpujuk seketika. Ku akui, komitmen kerja memerlukan kita untuk menghormati polisi tempat tersebut. Jadi, demi Allah Yang Maha Pengasih, akan ku tetap berpakaian begitu selagi Allah redha. Sekiranya Allah redha, pasti tiada halangan dalam mengenakannya.

Wallahu A'lam..

Tuesday, June 3, 2014

Jelajah Usahawan ~ Edisi Selatan

Cuti Gawai seminggu memberi peluang kepada pelajar-pelajar UiTM untuk pulang ke kampung masing-masing. Memandangkan aku baru sahaja balik kampung Khamis minggu lepas, aku merancang untuk balik lambat sedikit. Tambahan pula ada Program Baitul Muslim pada hari Jumaat tidak memungkinkan aku untuk balik seperti biasa. Jadi, aku bercadang nak ikut lawatan percuma.. diulangi.. PERCUMA! ke Johor Bharu. Sementelah aku pun tak pernah jalan-jalan kat sana. Lawatan yang inshaaAllah bermanfaat sebab dalam kepala otak aku ni memang dah merangka macam-macam aktiviti sempena habis belajar dalam masa tak kurang setahun lagi.

25/5/2014 - 10.20 a.m.
Bermulanya perjalanan dari Kota Bharu ke Johor Bharu. Perjalanan memakan masa 14 jam melalui Pasir Puteh, dan Lebuhraya Pantai Timur apabila masuk ke Terengganu yang berakhir di Pahang. Hanya melalui sedikit kawasan Muadzam Shah, terus masuk Segamat, Johor. Namun, sebenarnya dari Segamat hendak ke JB memakan masa 1 jam lebih dan melalui ladang klapa sawit yang sunyi.
Kami berhenti rehat di Kemaman, Terengganu dan Machap, Johor. Dalam pukul 12 tengah malam, kami akhirnya sampai di homestay kami, Taman Munsyi Ibrahim.

26/5/2014 - 8.00 a.m.
Pagi yang indah. Kami dikehendaki berjalan kaki lebih kurang dua petak taman untuk ke tempat bas yang telah sedia menunggu kami. Tempat pertama lawatan kami hari ini ialah...

Pertubuhan Peladang Negeri Johor

Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ) berkonsepkan pengurusan halalan toyyiban dalam penternakan ayam secara besar-besaran oleh PPK yang dikontrakkan di bawah PPNJ. Pelaksanaan konsep adalah mementingkan cara penyembelihan mengikut syarak meskipun penyembelihan dilakukan di dalam kilang. Sebelum disembelih, ayam-ayam akan dipengsankan terlebih dahulu. Sekiranya ada ayam yang mati sebelum sembelih, ia akan terus dibuang serta-merta kerana mementingkan aspek halalan toyyiban.
Pendedahan tentang tatacara pemprosesan ayam ini dilakukan di pejabat PPNJ. Ayam ternakan tidak hanya dibekalkan dalam bentuk ayam daging, tetapi juga dalam bentuk produk-produk makanan yang lain seperti sate goreng, chicken chop dan sebagainya. Produk-produk tersebut diletakkan di bawah PPNJ Poultry & Meat Sdn. Bhd.



Selepas mendengar penerangan di pejabat PPNJ, kami beralih ke Kilang PPNJ. Di sana pula kami mendengar penerangan Puan Frah Baizura. Ayam proses keluaran PPNJ telah banyak dipasarkan di serata negeri Johor, dan telah sampai ke Indonesia dan Dungun, Terengganu.


1.00 p.m. - 2.00 p.m.
Johor Premium Outlets


 Dikelilingi ladang kelapa sawit, Johor Premium Outlets yang menempatkan barang-barang berjenama yang berkualiti tinggi berjaya dibina di Johor Bharu. Jika dilihat pada tempatnya yang sangat ekslusif dan bersih, memang sangat menarik walaupun hanya untuk ronda-ronda cuci mata dengan barang-barang berjenama yang ada.




 





3.30 p.m. - 5.00 p.m.
Seterusnya, kami ke pusat beli-belah Angsana di Tampoi, Johor Bharu. Di situ kami berehat dan solat. Selepas itu, kami makan di luar pekarangan pusat beli-belah Angsana. Aku tidak melepaskan peluang untuk merasa 'originality of asam pedas ikan pari' yang memang 'kaw-kaw' pedasnya. Memang boleh jadi kegemaran ni.




6.00 p.m. - 7.00 p.m.
Bergerak ke tempat yang memang sangat-sangat aku nak sampai.




DANGA BAY!!! Pemandangan yang paling cantik dekat Johor bagi aku ialah di sinilah. Memang sangat cantik.



Jika terus memandang ke seberang lautan, itulah Singapura terletak. Sangat dekat jika dilihat dari sini. Pengunjung-pengunjung Danga Bay juga banyak daripada penduduk Singapura.





Selepas itu, kami kembali ke Johor Bharu. Tepat pukul 8 malam, kami sampai di Johor Bharu City Square. Di pusat membeli belah milik Cina ini, kami solat jamak dan qasar Maghrib dan Isyak. Kami juga dijemput oleh tuan rumah iaitu pengarah projek lawatan ini, Arif yang merupakan orang Johor Bharu, untuk berjalan-jalan di Pasar Karak yang tidak jauh dari JBCS.

Lebih kurang pukul 11.30 malam kami bertolak balik ke homestay. Cerita hari kedua lawatan bakal bersambung, inshaaAllah.. ^_~






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...