Friday, February 3, 2012

Maulidur Rasul menggamit kenangan


Bismillahir Rahmanir Rahim...

Assalamualaikum..

Sempena Maulidur Rasul yang akan tiba sehari lagi, aku teringat peristiwa sambutan Maulidur Rasul di Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan di kolej.

Sewaktu aku di PLKN, alhamdulillah aku terlibat dengan kerja-kerja dakwah dan surau. Pada mulanya aku dan kawan-kawan fikirkan PLKN sangat sosial kerana berbilang bangsa dan pelbagai jenis orang yang ada. Tapi aku rasa kalau kita boleh sesuaikan diri dengan keadaan tu, insyaAllah pasti terjaga. Sahabatku pernah berkata, "Biarlah kita yang menguasai keadaan, bukannya keadaan yang menguasai kita.."

Semasa di PLKN, Maulidur Rasul disambut pada bulan Februari. Kami AJK Surau tika itu sangat bersemangat untuk mengadakan sambutan tersebut sehinggakan ada jurulatih yang tidak puas hati dengan kami. Tambahan lagi, kami disokong oleh seorang jurulatih yang sangat berpengaruh di situ. Dialah yang sentiasa menjadi tulang belakang AJK Surau.

Acara yang dipertandingkan untuk Sambutan Maulidur Rasul ialah pertandingan nasyid. Naqib dan naqibah tidak akan turut serta tetapi menjadi urusetia untuk pertandingan ini. Kata jurulatih yang tidak puas gati dengan kami, inilah kali pertama AJK Surau sangat melonjak nama dan mengadakan majlis besar.

Kami akan berbincang di surau setiap petang Jumaat untuk memastikan aktiviti berjalan lancar. Inilah suasana yang sangat indah perbincangan antara lelaki dan perempuan yang terbatas dan beradab. Kami hanya bercakap dengan tabir dibuka sedikit sahaja. Hanya Ketua Naqibah yang akan menyampaikan perbincangan antara naqibah.

Memandangkan aku ini memang nakal dari sekolah, aku agak dikenali dengan dua orang lagi naqibah yang satu dorm denganku, Izati dan Shahidah. Nik juga naqibah tapi kami hanya berjumpa masa meeting sahaja sebab dia kompeni Charlie sedangkan aku Alpha. Aku dan kawan-kawan sangat 'promote' surau sehinggakan non-muslim pun sangat nak berminat dengan kehidupan seorang Muslim yang sebenarnya.

Jadi, masa sambutan Maulidur Rasul ialah satu peluang untuk menyampaikan secebis pengetahuan kami. Kebetulan pula, masa itu juga ialah penyampaian hadiah untuk pemenang-pemenang yang berjaya dalam kayak, rakit, kawad kaki dan beberapa acara PLKN lagi. Tujuan AJK Surau mengadakan sambutan tersebut bagi memperkenalkan keindahan Islam sesuai dengan nama majlis tersebut, Malam Kesenian Islam. Malam yang sungguh meriah itu akan kuingati sampai bila pun...

Sambutan Maulidur Rasul di kolej pula, Majlis Pelajar Islam dengan kerjasama Pengajian Umum dan Majlis Perwakilan Pelajar telah mengadakan pertandingan hafazan, tilawah, esei, puisi atau sajak, pantun, gubahan sejadah, laungan azan dan mengupas epal. Aku berminat menyertai pertandingan esei dan puisi. Lagipun, aku sangat berminat dengan penulisan cerita-cerita dan puisi.

Jenuh juga aku mencari esei yang menarik, tetapi ada sebuah esei yang menyimpan banyak kenangan. Ia juga esei Islamik. Lantas aku try je la hantar sekali dengan puisi aku. Alhamdulillah, esei dan hafazan aku tempat kedua.

Seronok betul bila terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang diminati masa tengah belajar. Alhamdulillah sangat sebab aku mendapat peluang untuk melibatkan diri dengan perkara yang aku suka. Semoga ia pengalaman yang sangat berharga untuk aku titipkan pada generasiku pada masa depan.



No comments:

Post a Comment

Coretan buat Putri Kedua

 Assalamualaikum.. Alhamdulillah dengan rahmat dan kasih sayang Allah, kami dikurniakan seorang puteri lagi, bakal menjadi teman untuk puter...