Sunday, May 15, 2016

Teman Sejati

Pertemuan yang tak disangka, lantas hadir perasaan sayang yang luar biasa. Apakah itu?

Itulah ukhwah fillah. Takkan berpanjangan sesebuah ikatan persaudaraan tanpa lillahi ta'ala. Macam sangat ajaib. Kita sayang kawan kita walaupun baru kenal, kita boleh terima kekurangan dia dan hormat kelebihan dia.

Kita sanggup berkorban masa dan wang untuknya kerana persahabatan yang berteraskan kasih sayang kerana Allah.

Tidakkah Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda, antara orang-orang yang mendapat rahmat Allah di Padang Mahsyar kelak ialah orang-orang yang berkasih sayang kerana Allah.

Inilah yang dipraktikkan oleh Rasulullah sallallahu alaihi wasallam dan para sahabat. Mereka saling menghargai dan menyayangi kerana Allah. Itulah yang menguatkan lagi jemaah Islam pada waktu itu.

Antara tanda kasih kita adalah menghormati haknya, menjaga kebajikannya, husnu zhon, mengajak kepada kebenaran dan melarang daripada berlaku mungkar kepada Allah.

Oleh itu, sangat penting bagi kita untuk menjaga silaturahim yang ada di samping bersama-sama membantu dan menyokong dalam perjuangan Islam.

Sunday, May 1, 2016

Nurraysa produk Muslim mesra ibadah

Alhamdulillah.. Hati saya tergerak untuk mencuba produk ini setelah mendapat sample sabun collagen daripada pembekal stokin Sandy. Setelah seminggu saya mencuba mengikut cara yang disyorkan, wajah saya terasa semakin bersih. Jerawat dan jeragat pun semakin berkurang. Alhamdulillah..

Kemudian, saya membuat keputusan untuk menyebarkan kepada orang ramai akan kebaikan produk Nurraysa ini. Ramai juga yang berminat.

Kawan saya yang telah mengenali pengasas produk Nurraysa ini menceritakan bahawa kilang Nurraysa membuat produk ini dengan sangat baik. Selain menjaga kebersihan, alunan ayat-ayat suci Al-Quran dipasang sepanjang penghasilan produk. Hal ini menambahkan lagi keyakinan saya untuk memakai semua set penjagaan muka dan badan daripada produk Nurraysa ini.

Bermula 25 Mac 2016 sehingga 5 Mei 2016, Nurraysa telah mengadakan promosi sempena Hari Wanita. Promosi ini bagi meluaskan lagi nama Nurraysa dalam kalangan Muslim dan orang Malaysia umumnya. Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta.

Sekian artikel saya mengenai produk Nurraysa. Di bawah terdapat lampiran gambar-gambar produk Nurraysa dan testimonial daripada pengguna-pengguna Nurraysa.

Coretan buat Putri Kedua

 Assalamualaikum.. Alhamdulillah dengan rahmat dan kasih sayang Allah, kami dikurniakan seorang puteri lagi, bakal menjadi teman untuk puter...