Wednesday, December 26, 2012

UiTM Di Hatiku







Sekarang,
UiTM Machang,
Kelantan..

Selepas ini tiada lagi..
Selamat tinggal UiTM Machang..








Saturday, December 1, 2012

Oh Bukit Kluang!

Alhamdulillah..

Pagi tadi, pukul 7 kami sudah berkumpul menunggu bas untuk membawa kami melaksanakan program khidmat masyarakat bagi subjek MGT538. Agak seronok melakukan tugas-tugas yang sudah agak lama aku  tinggalkan. Rasanya seperti kembali pada zaman PLKN dulu.

Seronok lagi apabila anak-anak kecil sangat mesra denganku. Ada yang mahu bergambar denganku setelah selesai kerja gotong-royong itu.

Seusai kerja-kerja tersebut, kami dibawa makan tengahari di tepi pantai Bukit Kluang, Subhanallah.. Ianya sangat cantik.





Saturday, November 10, 2012

Doa Seorang Kekasih

Oh Tuhan
Seandainya telah Kau catatkan
dia milikku tercipta untuk diriku
satukanlah hatinya dengan hatiku
titipkanlah kebahagiaan

 Ya Allah komohon apa yang telah Kau takdirkan
kuharap dia adalah yang terbaik buatku
kerana Engkau tahu segala isi hatiku
pelihara daku dari kemurkaan-Mu

Ya Tuhanku yang Maha Pemurah
beri kekuatan jua harapan
membina diri yang lesu tak bermaya
semaikan setulus kasih di jiwa

Ku pasrah kepada-Mu
kurniakanlah aku pasangan yang beriman
bisa menemani aku
supaya ku dan dia dapat melayar bahtera
kembara cinta yang Engkau redhai

Ya Allah..

Oh Tuhan.. seandainya dia menjadi milikku
satukanlah..

Ya Allah kumohon apa yang telah Kau takdirkan
kuharap dia adalah yang terbaik buatku
kerana Engkau tahu segala isi hatiku
pelihara daku dari kemurkaan-Mu

Ya Tuhanku yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
dengarkan rintihan hamba-Mu ini
jangan Engkau biarkan ku sendiri

Agar ku bisa bahagia walau tanpa bersamanya
gantikanlah yang hilang
tumbuhkan yang telah patah

Ku inginkan bahagia di dunia dan akhirat
pada-Mu Tuhan kumohon segala..

Doa seorang kekasih - In-Team

Wednesday, November 7, 2012

Indah Bila Ada Dia... Sahabatku...



Pertemuan kita di suatu hari
menitikan ukhwah yang sejati
bersyukurku ke hadrat Ilahi
di atas jalinan yang suci

Tapi kini perpisahan yang terjadi
dugaan yang menimpa diri
bersabarlah di atas suratan
ku tetap pergi jua...

Kan kuutuskan salam ingatanku
dalam doa kudusku setiap waktu
ya Allah bantulah hambamu
mencari hidayah daripada-Mu
dalam mendidikkan kesabaranku
Ya Allah tabahkan hati hamba-Mu
di atas perpisahan ini

Teman..
betapa pilunya hati
menghadapi perpisahan ini
pahit manis perjuangan
telah kita rasa bersama
semoga Allah meredhai
persahabatan dan perpisahan ini
teruskan perjuangan..

Kan kuutuskan salam ingatanku
dalam doa kudusku setiap waktu
Ya Allah bantulah hamba-Mu
senyuman yang tersirat di bibirmu
menjadi ingatan setiap waktu
tanda kemesraan bersimpul padu
Kenangku di dalam doamu..




Indahnya pertemuan dengan senyuman. Saat ini aku terfikir rupa-rupanya memang indah hidup ini jika mempunyai seorang teman. Dialah yang menceriakan hidupku dan dialah yang membuat aku menangis kerana takut kehilangannya. Dia seorang yang istimewa di mata dan di hatiku. Dari caranya, tingkahnya dan kata-katanya hanya terpamer keikhlasan yang sangat tulus.

Inilah yang pernah aku alami waktu zaman persekolahan dahulu. Dikelilingi sahabat-sahabat yang mampu membuat aku tersenyum dan gembira sepanjang hari. Jika bersedih pun hanya kerana rindu dan takut kehilangan. Perasaan indah dalam persahabatan sudah lama layu dalam taman hatiku, tapi kini mekar semula dengan kehadirannya.

Seorang kekasih juga mampu membuat kita tersenyum dan gembira. Seorang sahabat adalah kunci rahsia hati kita. Padanya kita bercerita tentang suka duka kehidupan masa lalu, sekarang dan impian kita pada masa akan datang. Kerana kita sangat percaya padanya. Waktu kesusahan dialah penasihat kita. Apabila salah, dia tidak memaki dan memandang rendah pada kita tetapi membetulkan kita dengan caranya yang tersendiri. Dia sangat istimewa dengan caranya yang tersendiri.

Ketika aku pasrah, Allah mengabulkan doaku dengan anugerah ini. Seorang sahabat yang indah budi pekertinya. Jika ada kekuranganku, dia boleh terima. Jika ada kekurangannya aku senang hati menerimanya. Memang susah mencari persahabatan yang tulus ikhlas yang bukan atas kepentingan peribadi dan tertentu. Susahnya mencari sahabat yang di hadapan dan belakang kita selalu berkata yang baik tentang diri kita. Susahnya mencari sahabat yang mampu menerima kekurangan diri kita dan memahami kesusahan kita. Sangat sukar semua itu..

Tapi alhamdulillah.. Allah Maha Penyayang.. Allah Maha Pengasih.. Allah Maha Mendengar.. Allah Maha Mengabulkan doa hamba-hamba-Nya.. Aku telah temuinya. Semoga Allah kekalkan kasih sayang ini kerana-Nya. Semoga persahabatan ini terus mekar hingga ke jannah abadi....





Sunday, September 30, 2012

Duhai ibuku

Assalamualaikum warahmatullah..

Alhamdulillah, aku kini dapat juga menyambung pengajian di UiTM Machang dalam kursus ekonomi perniagaan fakulti pentadbiran perniagaan. Ingatkan tak jumpa kawan seangkatan, rupanya ada yang asalnya hanya kenal gitu-gitu tapi dah jadi kawan rapat. Alhamdulillah...

Dua minggu berada di sini sudah cukup mendewasakan aku. Dalam kitaran tersebut telah berlaku banyak peristiwa yang sangat menyentuh hati. Aku cuba menjadi tegar dan tabah. Setabah sahabatku di Terengganu ini...

Pukul 5 pagi hari Rabu, aku bangun bersiap awal kerana kelas hari itu bermula pukul 8 pagi. Setelah membasuh baju, pukul 7 sahabatku hantar mesej padaku..

"Ti, mak aku meninggal kul 6 pagi tadi.."

Subhanallah.. Hatiku bergetar amat. Perasaan terkejut bercampur sedih menyapaku. Ya Allah, apakah ujian ini? Aku baru sahaja bertemu dengan ibunya sebelum datang ke sini dan telah banyak kali bersembang bersama. Aku tidak dapat menahan perasaanku ketika menghadiahkan bacaan Yasin.. Air mataku menitis laju. Hujung minggu itu juga aku balik dan menziarahinya.

Sahabatku itu, mula-mula bercerita dia tampak tenang. Namun, dia mula menangis bila teringat setiap kali dulu aku datang, ibunya pasti ada di muka pintu. Begitu juga aku. Setelah menziarahi kubur ibunya, barulah aku balik ke rumah.

Sahabatku itu masih baru lagi menyambung ijazah seperti aku tetapi dia di UKM. Aku faham semestinya dia sangat sedih dan tak mampu untuk belajar lagi. Berkali-kali dia berpesan padaku supaya jangan sesekali lawan cakap mak, nanti menyesal sepertinya. Tetapi ibunya sorang yang sangat penyayang. Dia pernah kat bahawa kejayaannya selama diploma ini adalah berkat doa ibunya..

Aku termenung sendiri dengan ceritanya. Selama cuti, aku ini suka sangat bergaduh dengan ibuku. Mungkin inilah pengajaran untukku. Sekian cerita untuk kali ini.. Wassalam..

Sunday, July 15, 2012

Rapuh


Detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka, tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
 hadir bagai teman sejati
di antara belahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepada-Mu
yang terindah dalam hidupku

Meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepada-Mu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah pada-Mu

Maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintai-Mu
dalam dada kuharap hanya
diri-Mu yang bertakhta

Detik waktu terus berlalu
semua berakhir pada-Mu


Terkadang rapuh dalam berjuang
hilang dalam gelapnya malam
hati hancur berderai tanpa sedar
air mata lantas menitis saat mula kembali
ampunkanku Ya Allah..

Tuesday, May 15, 2012

Selamat Hari Guru

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Alhamdulillah.. Bersyukur ke hadrat Allah kerana sekali lagi saya berkesempatan untuk mengucapkan selamat hari guru buat semua guru di seluruh dunia terutamanya guru-guru yang pernah mengajar saya. Bermula dari tadika, Cikgu Hartini... Darjah 1 di Sekolah Kebangsaan Seberang Marang, Sekolah Kebangsaan Rhu Rendang, Sekolah Kebangsaan Marang, Sekolah Menengah Agama Marang, Sekolah Imtiaz KOSPINT Kuala Terengganu dan seterusnya semua pensyarah di Kolej Poly-Tech Mara Kuala Lumpur...

Kalau dahulu, tiap kali Hari Guru saya berkesempatan untuk ke sekolah menengah yang paling dekat dengan rumah dan yang paling banyak mencipta kenangan indah bersama guru-guru dan kawan-kawan iaitu Sekolah Menengah Agama Marang. Di situlah saya terbuka hati untuk mengorak langkah lebih maju dan berani untuk mencapai kecemerlangan.

Guru-guru di situ sangat positif dan cemerlang pengajarannya. Masih terbayang di minda saya wajah-wajah guru yang pernah mengajar saya di sana. Di situ juga saya sangat berminat untuk mewakili sekolah dalam nasyid English bawah dorongan Teacher Wan Nabihah. Saya masih teringat semasa tingkatan dua, saya telah berjanji ingin bawa kemenangan pada sekolah. Namun, kerana ceteknya pengalaman berhadapan dengan orang di atas pentas, saya terus lupa lirik sedangkan saya ialah solo kedua dalam pasukan nasyid.

Ketika itu, teacher tidak dapat mengiringi kami. Sebaik sahaja kami pulang, kami sangat takut untuk bertemu dengan teacher lebih-lebih lagi saya. Saya dapat tengok muka merah padam teacher menahan marah. Saya tahu teacher sangat marah dengan saya yang sangat diharapkan untuk buat yang terbaik.

Naik sahaja tingkatan tiga, saya bertemu dengan teacher untuk mengizinkan saya menyertai nasyid sekali lagi. Kali ini saya berjanji akan menebus balik silap saya dahulu. Mula-mula teacher tak bagi sehinggalah saya menangis kerana rasa bersalah.

Kami berlatih bersungguh-sungguh. Pasukan nasyid terdiri dari saya, yung, azimah, intan, farhana, aisyah, nujma, hazirah, fatihah dan sitti munirah. Sebelum hari pertandingan, kami telah buat persembahan pada hari guru. Sesungguhnya bagi saya, itulah persembahan terbaik dari saya pada hari untuk mengenang jasa guru-guru..

Saya akhinya bersama kawan-kawan telah berjaya untuk menggembirakan teacher. Walaupun kami hanya mendapat naib johan, tapi kami telah berjaya buat yang terbaik sedangkan kami yang pertama sekali membuat persembahan. Alhamdulillah.. Itulah kenangan paling indah di SMA Marang.

Di sini juga saya mendapat inspirasi dari guru-guru untuk mendapat 9A dalam PMR.Semuanya kerana semangat guru-guru di sana. Terima kasih Cikgu Hasnah, Cikgu Yati, Ustazah Hasiah, Ustazah Nolina, Cikgu Wan Fatimah, Teacher Mazirah, Cikgu Wan Zaleha, Cikgu Maini, Ustazah Anida, Cikgu Zainab Abu Bakar, Teacher Zainab Johan, Cikgu Zainiyah dan semua guru-guru di SMA Marang..

Buat guru-guru di SM Imtiaz Kospint KT, terima kasih kepada mudirah Ustazah Mardziah, Cikgu Asmalia, Cikgu Hasmiza, Ustazah Wan Ruhaida dan semua guru lain. Tidak lupa juga kepada bakal-bakal guru termasuk kawan-kawan saya yang sedang belajar dalam bidang perguruan. Sesungguhnya bukan mudah hendak menjadi guru yang cemerlang. Hanya berbekalkan ketabahan dan keikhlasan, itulah yang menjadi penawar mendidik anak-anak bangsa.

Sekian perkongsian pada hari bersejarah ini. Walaupun hari ini saya tidak bersama mereka meraikan hari penting ini, namun tetap terpahat di hati dan minda jasa-jasa yang tak mungkin terlupakan.


Thursday, May 10, 2012

Kura-Kuraku...

Assalamualaikum...

Berikanlah jawapan.. Huraikanlah simpulan.. Biar tenang jiwaku.. Setelah kasih lama berlalu..

Hm, memang dah lama sangat tak buka laman kegemaranku ni. Kali ni nak cerita pasal Yuki.. Hehe.. Siapa Yuki ek? Tengok bawah ni..

Kesian Yuki.. Sorang2 je dalam air..


Tapi comel sangat bila Yuki berenang.. Hehe..

Itulah kura-kura baru kuambil sebagai 'anak angkat' pada bulan april baru-baru ni. Sebenarnya ada dua ekor yang aku bela. Tapi mati seekor. Yang mati tu Yaya.. Sedihnya..

Dulu duduk atas batu sama2.. Yuki dan Yaya..

Sama-sama merindu..

Kini hanya Yuki merindu sendiri..

Okey, itu sahaja kisah Yuki hari ni. Bila-bila nanti boleh cerita lagi.. Harap-harap boleh jaga Yuki sampai besar dan comel..

Wassalam...

Saturday, April 14, 2012

Pertemuan, adakah akan ada lagi?

Assalamualaikum...



Alhamdulillah, setelah lama tidak menghias laman cerita dengan segugus bicara aku akhirnya berpeluang untuk menatap kembali isi-isi cerita yang mungkin tak seindah biasa.


Bulan lepas yang sangat sibuk dengan peperiksaan akhir dan telah hampir dua minggu aku di kampung halaman tercinta. Selepas ini, aku tidak pasti apa yang perlu aku lakukan sepanjang penantian menyambung pengajian lagi. Keputusan peperiksaan akhir masih ditunggu dan harapanku yang tersimpan di hati supaya Allah sentiasa mengampuni hamba-Nya ini dan memberi peluang untuk mendapat keputusan yang baik.


Ditambah lagi dengan broadband yang agak slow sikit, aku susah nak update laman ceritaku. Terlebih dahulu, aku menyusun jari bersama hatiku ingin memohon maaf kepada sahabat-sahabat yang pernah mengenaliku dan pernah rapat denganku. Aku ingin mencari sesuatu di dalam diriku yang mungkin ada terkurang. Dan kepada kawan-kawan kolejku, aku minta dihalalkan segala yang telah diberikan padaku meskipun hanya secebis senyuman cuma. Maafkan aku...


Aku harap sahabat-sahabat sekolahku sentiasa bersangka baik denganku dan mendoakanku. Aku juga sentiasa mendoakan kalian. Terkadang jatuh juga titisan air mataku kerana memendam perasaanku terhadap kalian tapi percayalah aku sentiasa memaafkan kalian dan menghalalkan segalanya. Sesungguhnya pada pemikiranku, hanya Allah yang memiliki segalanya dan aku hanya meminjam itu sama ada untuk kepentinganku ataupun memenuhi keperluan orang lain.


Aku tidak mampu berdiri jika Allah tidak menganugerahkan kalian padaku. Aku takkan mampu tabah jika Allah tidak mengilhamkan kata-kata indah dari ungkapan kata-katamu pada diriku. Sungguh teman, aku ini selalu sangat menitiskan air mataku namun kalian selalu memujukku.



Maafkan aku, sahabatku tak mampu jadi sahabat terbaik. Tetapi, aku selalu berdoa semoga Allah memanjangkan kasih kita dan tiada dendam di hati kita. Amin...




Saturday, February 4, 2012

Maulidur Rasul




MAULID berasal dari perkataan Arab yang bermakna melahirkan terutamanya merujuk kepada kelahiran bayi.


Namun dalam konteks hari ini ia dirujuk khusus kepada hari keputeraan Nabi Muhammad iaitu pada 12 Rabiulawal setiap tahun.
Sejarah ringkas
Sambutan Maulidur Rasul telah diasaskan oleh kerajaan Fatimiah di Mesir yang meraikannya secara besar-besaran.
Mereka bukan sahaja meraikan hari keputeraan Rasulullah, tetapi juga yang membabitkan ahli keluarga baginda Zainab, Hassan, Hussain.
Walau bagaimanapun, semua perayaan ini telah dihentikan pada tahun 488 H atas perintah Perdana Menteri, al-Afdal Shahindah yang berpegang kuat pada sunnah seperti tercatit di dalam buku Al-Kamel, karangan Ibnu Al-Atheer.
Ia berhenti diraikan sehingga Al-Ma’moon Al-Bataa’ni memegang kuasa kerajaan.
Apabila kerajaan al-Ayubbiyyah merampas kuasa, semua perayaan itu sekali lagi dihentikan.
Namun begitu, masyarakat tetap merayakannya di kalangan keluarga mereka secara tertutup.
Pada Abad ke-7, Putera Muzafar Al-Deen Abi Sa’d Kawakbri Ibn Zein Ed-Deen ‘Ali- Ibn Tabakatikin telah mewartakan perayaan Maulid Nabi di Bandar Irbil.
Muzafar yang merupakan seorang sunni mengambil berat akan perayaan Maulidur Rasul hingga memerintahkan persediaan seperti mendirikan khemah, menghias khemah dan pelbagai lagi dilaksanakan seawal dan sebaik mungkin.
Setiap kali selepas solat Asar, Muzafar akan menyaksikan perayaan itu dalam khemah yang telah didirikan.
Hujah membolehkan Maulidur Rasul
Antara ulama yang menyokong Maulidur Rasul terutamanya Imam Jalaluddin Sayuti dan Sheikh Dr. Yusuf Al Qaradawi.
Imam Jalaluddin Sayuti:
“Ibadat macam itu adalah bidaah hasanah (bidaah baik) yang diberi pahala mengerjakannya kerana dalam amal ibadat itu terdapat suasana membesarkan Nabi, melahirkan kesukaan dan kegembiraan atas lahirnya Nabi Muhammad SAW yang mulia”.
Sheikh Dr. Yusuf al Qaradawi: “Semua telah sedia maklum bahawa sahabat-sahabat Rasulullah tidak merayakan hari kelahiran Rasulullah.
“Ini kerana mereka telah menyaksikan secara langsung setiap gerak-geri Rasulullah dan seterusnya ingatan terhadap Rasulullah itu kekal di dalam hati dan juga ingatan.
“Sa’d bin Abi Waqas mengatakan bahawa beliau begitu ghairah untuk menceritakan mengenai Rasulullah kepada kanak-kanak sama seperti mana keghairahan mereka mendidik anak-anak itu mengenai al-Quran.
“Oleh kerana mereka sering menceritakan sejarah perjuangan Rasulullah, maka tidak perlulah merayakan seperti mana dirayakan Maulid Rasul kini.
“Bagaimanapun, generasi terkemudian telah mula melupakan kegemilangan sejarah Islam dan kesannya.
“Dengan itu, perayaan Maulid Rasul diadakan bertujuan mengingati sejarah Islam ketika Rasulullah masih hidup. Sebenarnya, meraikan hari kelahiran nabi bermakna meraikan hari kelahiran Islam.
“Maka dibolehkan meraikan Maulid nabi ini dengan syarat tidak dicampur-adukkan dengan perkara-perkara bidaah. Tetapi sebaliknya diisi dengan ceramah yang menceritakan akan sejarah Islam”.
Antara dalil bagi yang membolehkan Maulid ini:
1) Allah berfirman yang bermaksud: Maka orang yang beriman kepadanya (Muhammad saw) memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (al-Quran) mereka itulah yang beruntung. (al-A’raf: 157)
Keterangan: Tujuan maulud adalah untuk memuliakan Nabi Muhammad. Maka perayaan maulud masuk dalam umum ayat tersebut.
2) Firman Allah yang bermaksud: Dan ingatkanlah mereka dengan hari-hari Allah. (Ibrahim: 5)
Keterangan: Al-Baihaqi di dalam Syakbu al-Iman daripada Ubai bin Kaab daripada Nabi SAW, sesungguhnya baginda menafsirkan ‘hari-hari Allah’ adalah hari-hari nikmat dan kurniaan Allah. Al-Alusi dalam Ruh al-Ma’animenjelaskan lagi dengan katanya “kelahiran Nabi merupakan nikmat yang paling besar”.
3) Bahawasanya Nabi Muhammad datang ke Madinah maka beliau mendapati orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura iaitu hari 10 Muharam, maka Nabi bertanya kepada orang yahudi itu: “Kenapa kamu berpuasa pada hari Asyura?” Jawab mereka: “Ini adalah hari peringatan, pada hari itu dikaramkan Firaun dan pada hari itu Musa dibebaskan, kami berpuasa kerana bersyukur kepada Tuhan”.
Maka Nabi berkata: “Kami lebih patut menghormati Musa berbanding kamu”. (riwayat Bukhari dan Muslim)
Ibnu Hajar Al-Asqalani pengarang Syarah Bukhari yang bernama Fathul Bari berkata, bahawa dari hadis itu dapat dipetik hukum: Umat Islam dibolehkan bahkan dianjur memperingati hari-hari bersejarah, hari-hari yang dianggap besar umpamanya hari-hari Maulud, Israk dan Mikraj dan lain-lain.
- Nabi pun memperingati hari karamnya Firaun dan bebasnya Musa dengan melakukan puasa asyura sebagai bersyukur atas hapusnya yang batil dan tegaknya yang hak.




12 Rabiul Awal merupakan tarikh yang bersejarah yang mana saban tahun umat Islam seluruh dunia sama-sama menyambut hari kelahiran putera bertuah yang telah merubah peradaban dunia. Muhammad begitulah nama indah kepada putera Abdullah dan Aminah ini yang telah menunjukkan sifat keperibadian dan akhlak yang terpuji semenjak kecil lagi. Tujuan perayaan ini dilakukan bukanlah untuk memuja Rasulullah S.A.W tetapi sebaliknya bagi mengingati segala pengorbanan baginda dan yang lebih utama lagi untuk mencontohi akhlak serta segala sunnah yang ditinggalkan kepada kita.
Menurut sejarah, Malikus Salleh yang merupakan seorang pendakwah yang terkenal pada masa itu telah memperkenalkan perayaan ini apabila beliau melihat umat Islam di kepulauan Melayu pada masa itu kurang mengamalkan sunnah serta mengabaikan akhlak-akhlak yang terpuji yang pernah ditonjolkan oleh Rasulullah S.A.W. Sesiapa yang menyambut kelahiran Rasul yang mulia ini tetapi hanya untuk bermegah-megah dan tidak mahu menurut segala apa yang yang dibawa oleh baginda S.A.W serta menolak hukum Pencipta mereka maka inilah yang dikatakan perayaan yang dibuat itu adalah bid’ah yang sesat yang menempah siksaan dan bala dari Allah Subhanahu wa Ta’ala. Kita bukan mengadakan perayaan untuk mengingati baginda S.A.W sahaja tetapi mestilah diikuti dengan pelaksaan segala perintah dan sunnah Rasulullah S.A.W. Pelaksaan pula hendaklah meliputi semua aspek dan bukannya menurut kehendak hati sahaja seperti yang berkait dengan ibadat khusus, sunnah yang berbentuk amalan sunat dan meninggal apa yang sukar dan tidak bertepatan dengan nafsu kita seperti politik, ekonomi, perundangan, pemerintahan, batas-batas pergaulan harian dan pemakaian pakaian yang menutup aurat bukan sahaja disekolah, universiti, tempat kerja malah di mana sahaja termasuk di rumah apabila adanya mereka yang bukan muhrim ( halal berkahwin ) bersama.
Kelahiran Rasulullah S.A.W adalah pada tahun Gajah di mana tentera Abrahah yang berpusat di Yaman telah datang ke Mekah untuk meruntuhkan Ka’bah. Perancangan ini adalah bertujuan memastikan manusia pada masa itu tidak lagi tertumpu di Mekah setiap tahun dalam mengerjakan ibadat haji sebaliknya mengerjakannya di Yaman. Datu baginda iaitu Abdul Muttalib apabila melihat kemaraan tentera bergajah Abrahah meminta agar kesemua penduduk Mekah untuk bersembunyi bagi menyelamatkan diri masing-masing daripada tentera itu. Beliau menyatakan bahawa Ka’bah adalah milik Tuhan yang mana Dia tetap menjaganya daripada pencerobohan mereka yang zalim. Akhirnya Allah menghantar burung Ababil untuk menghancurkan tentera bergajah Abrahah. Tentera Allah yang kecil iaitu burung mampu mengalahkan tentera bergajah Abrahah dengan lontaran batu-batu kecil sahaja. Ini bermakna setiap sesuatu tidak mampu melawan kehendak Allah yang Maha Pencipta. Pejuang Islam mesti yakin dengan pertolongan Allah yang akan bersama mereka yang ikhlas dan bersungguh dalam memperjuangkan Islam sebagaimana keyakinan yang wujud dalam hati datuk Rasulullah s.a.w iaitu Abdul Muttalib yang begitu yakin bahawa Ka’bah tetap akan dijaga oleh Tuannya iaitu Allah ketika melihat kemaraan tentera Abrahah. Kita sebagai pendakwah mesti lebih yakin daripada beliau terhadap pertolongan Allah dalam mengembalikan ketuanan Islam.
Lahirnya Rasulullah s.a.w daripada bangsa arab berketurunan Quraisy selain daripada menempelak Yahudi dan Kristian yang mendakwa bahawa bani Israel merupakan anak dan kekasih Allah, ia juga memberi pengajaran kepada kita bersama bahawa lahirnya pendakwah daripada keturunan yang baik disertai pula dengan akhlak dan keperibadian yang soleh akan menjadi pemangkin yang begitu penting dalam penyebaran dakwah. Oleh itu kita perlu menitik beratkan mengenai keturunan kita dalam memastikan dakwah Islam yang kita bawa akan lebih tersebar. Ingatlah bahawa keluarga merupakan fitnah yang begitu besar kepada pendakwah di mana ramai dikalangan mad’u atau mereka yang didakwah akan melihat bagaimana keadaan keluarga pendakwah sebelum menerima dakwah yang dibawa. Memang tidak dinafikan bahawa bukannya hanya faktor keturunan yang akan membantu dalam berdakwah kerana ramai juga yang dilahirkan dalam keadaan keturunan yang tidak terkenal tetapi mampu dan berjaya untuk menjalankan kerja-kerja dakwah. Ada juga yang berketurunan baik tetapi dirinya sendiri terpesong daripada ajaran Islam yang sebenar sehingga menjadi seorang yang tidak berguna malah penentang kepada Islam itu sendiri. Namun begitu persoalan mengenai keturunan yang mulia dibantu oleh sifat yang terpuji serta amal yang mulia merupakan gabungan yang ideal dalam memastikan kerja-kerja dakwah yang lebih berjaya. Oleh itu Allah melahirkan baginda s.a.w dalam keluarga yang berketurunan yang mulia dan dihormati pada masa itu bagi membantu baginda s.a.w ketika menyampaikan dakwah. Mereka yang masih kufur tidak boleh lagi berhujjah bahawa Islam tidak dapat diterima kerana ia dibawa oleh seorang yang berketurunan biasa kerana baginda s.a.w berketurunan baik dan terpilih.
Keadaan Jahiliah Dan Material

Lahirnya baginda di celah-celah kegemilangan kerajaan Rom, Parsi, India dan beberapa buah lagi kerajaan yang lain menunjukkan kepada kita bahawa kemajuan sesuatu tamadun itu bukannya terletak pada kemajuan material semata-mata tetapi mestilah selari dengan pembangunan insan. Kemajuan yang berasaskan maddiah dengan mengenepikan pembangunan ruhiah tidak mampu memberikan kebahagian yang berkekalan kepada sesuatu bangsa. Kita pernah membaca dan melihat sendiri kesan kegemilangan kerajaan-kerajaan tersebut seperti kerajaan Rom di Jordan yang begitu hebat dari segi seni binanya tetapi mereka tidak mampu berlaku adil pada rakyat mereka sehingga adanya undang-undang yang melahirkan lapisan masyarakat yang berbeza taraf serta perhambaan di kalangan mereka. Mereka lebih mementingkan kehebatan dari segi material dan meninggalkan kepentingan pembinaan insan kerana mereka berada jauh daripada petunjuk wahyu Ilahi. Sikap mereka ini menular kembali ke dalam pemerintahan di negara yang menggunakan ideologi ciptaan manusia dan meninggalkan hukum Allah Yang Maha Kuasa pada masa kini. Oleh itu tujuan sebenar kedatangan Rasulullah S.A.W adalah untuk memberi sinar iman setelah begitu lama manusia lemas dalam lautan jahiliah dan kekufuran serta mengubah daripada perhambaan sesama manusia kepada tunduk dan patuh kepada Allah yang Maha Kuasa. Namun begitu Islam bukanlah menafikan sebarang pembangunan material tetapi Islam mahu melihat bagaimana pembangunan material dan rohani mampu diselaraskan demi melihat kejayaan di dunia dan akhirat. Adakah masyarakat hari ini menjadikan Jepun atau negara barat sebagai model terbaik dalam pembinaan tamadun moden semata-mata pembangunan material yang tersergam indah atau pun kerana disiplin masa dan ketekunan mereka dalam bekerja dan mengkaji?. Kita dapat lihat sendiri apa yang berlaku dalam negara di mana berbilion wang dihabiskan untuk membina bangunan yang tinggi-tinggi demi mencipta nama di mata dunia walau pun semakin hari semakin tinggi jumlah hutang negara yang ditanggung sedangkan berapa banyakkah wang yang dihabiskan untuk pembinaan manusia. Sikap memandang remeh terhadap pembinaan insan ini menyebabkan ramai rakyat yang terlibat dengan amalan yang tidak sihat malah menggugat keamanan negara. Berapa bilion terpaksa dihabiskan untuk membina penjara, pusat serenti dan pelbagai lagi dalam membendung penagihan dadah, jenayah seks dan sebagainya. Pemimpin sendiri terlibat dengan masalah politik wang yang mampu menggadaikan keseluruhan hasil dan tanah negara dalam masa terdekat dan jaka panjang.
Kehidupan baginda s.a.w dalam suasana jahiliah yang dipenuhi oleh amalan penyembahan berhala mengingatkan kita bagaimana suasana itu tidak mampu menggoyah dan memberi kesan kepada keperibadian Rasulullah s.a.w yang sentiasa berada di bawah naungan tarbiah Ilahi. Suasana ini juga memberi pengajaran kepada kita bersama bagaimana Rasulullah s.a.w menjadi baik dan berakhlak mulia bukannya disebabkan suasana sekitar yang baik dan soleh sebaliknya kerana didikan Allah. Ini bagi menafikan dakwaan yang menyatakan bahawa baginda s.a.w menjadi soleh dan berakhlak mulia kerana terasuh dan terdidik oleh suasana sekitarnya yang baik. Kita sebagai pejuang Islam mestilah berusaha dalam membina keperibadian muslim sejati walau pun berada dalam suasana jahiliah moden yang mencengkam bagi menyahut maksud hadis di mana Rasulullah s.a.w menyifatkan keadaan muslim yang sejati sebagaimana ikan di laut yang mana ia tidak masin seperti air laut sebaliknya dagingnya tetap manis.
Yatim Piatu Dan Miskin
Semenjak kecil lagi Rasulullah telah diuji dimana seorang demi seorang mereka yang merupakan tempat baginda bergantung dan mengharapkan kasih sayang sebagaimana anak-anak kecil yang sebaya dengan baginda telah pergi menemui Al-Khaliq iaitu dengan dimulai dengan kematian ayahandanya Abdullah semasa baginda dalam kandungan ibundanya lagi. Kemudian diikuti dengan kematian ibundanya Aminah ketika mana baginda baru mula mengerti erti belaian kasih sayang seorang ibu. Selepas itu datuknya Abdul Muttalib pula pergi menemui Ilahi yang mana penjagaan baginda selepas itu diambil alih oleh bapa saudaranya Abu Thalib. Ujian ini telah mematangkan baginda dan menunjukkan kepada kita bahawa usaha dakwah kepada kebaikan memerlukan pengorbanan disamping di uji dengan mehnah atau cabaran. Ujian ini juga adalah untuk menjauhkan Rasulullah S.AW daripada tuduhan liar bahawa ilmu yang beliau sebarkan adalah hasil warisan dan pengajian yang baginda S.A.W perolehi daripada ibubapa dan datuk baginda S.A.W sebaliknya ia adalah wahyu Ilahi. Begitu juga untuk menghindar daripada tuduhan yang mengatakan segala kematangan dan perilaku yang mulia pada diri Rasulullah S.A.W adalah kerana hasil penjagaan dan didikan daripada ibubapa dan datuk baginda S.A.W. Kehidupan sebagai anak yatim piatu juga mengajar baginda yang bakal menjadi nabi lagi rasul untuk berdikari dan juga melahirkan dalam diri baginda s.a.w sifat kasih terhadap orang susah dan menderita terutama anak yatim piatu.Sebagaimana sekarang kita dapat dapat bezakan antara yang menjadi ahli koprat kerana dilahirkan dalam keluarga koprat berbeza dengan mereka yang menjadi ahli koprat hasil usahanya sendiri. Tanggapan orang ramai mengenai kedua-dua mereka adalah berbeza walaupun kedua-duanya merupakan ahli koprat dan mereka yang lahir menjadi ahli koprat hasil daripada usahanya sendiri biasanya lebih matang kerana pernah menghadapi cabaran dan jatuh bangunnya perniagaan sebelum lahir sebagai ahli koprat. Ingatlah bahawa perjuangan untuk meninggikan kalimah La ila ha illallah bukannya dihamparkan dengan permaidani merah tetapi dibentangkan dengan onak dan duri di sepanjang perjalanan menuju matlamatnya yang suci.
Kehidupan baginda s.a.w juga tidak dihiasi dengan warisan kekayaan keluarga sebaliknya dipenuhi dengan kemiskinan sehingga jika kita membaca kitab sirah nabawiyyah ada menceritakan bagaimana keluarga ibu susunya Halimatus Sa’diyah hanya bersetuju untuk menjaga baginda s.a.w setelah mereka tidak mendapati kanak-kanak selain baginda s.a.w untuk diasuh. Ini adalah bertujuan untuk mendidik baginda s.a.w dengan erti kesusahan dan juga bagi mengelakkan kekayaan itu menjadi fitnah kepada tujuan mereka yang memeluk Islam selepas kenabian nanti. Ia juga mengingatkan bagaimana sebagai pendakwah Islam yang tulen kita mesti meneruskan usaha dalam memastikan bendera La ilaha illaLlah akan berkibar megah samada ketika senang atau pun susah. Kewangan bukanlah penghalang yang besar kepada kerja dakwah sebaliknya ia hanya sekadar bantuan sahaja dalam melancarkan tugas-tugas kita sebagai pendakwah.
Bibliografi :
1. Ar-Rahikul Makhtum, Sofiyyurrahman al-Mubarakfuri, Darul Salam, Riyadh.
2. Fiqh as-Sirah, Doktor Muhammmad Sa’id Ramadhan al-Buthi, Darul Fikir.
3. As-Sirah an-Nabawiyyah, Doktor Mustafa as-Siba’ie, Al-Maktab al-Islami
4.Sumber : Pondok Pasir Tumbuh ( Al Bakriah.com)

Friday, February 3, 2012

Maulidur Rasul menggamit kenangan


Bismillahir Rahmanir Rahim...

Assalamualaikum..

Sempena Maulidur Rasul yang akan tiba sehari lagi, aku teringat peristiwa sambutan Maulidur Rasul di Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan di kolej.

Sewaktu aku di PLKN, alhamdulillah aku terlibat dengan kerja-kerja dakwah dan surau. Pada mulanya aku dan kawan-kawan fikirkan PLKN sangat sosial kerana berbilang bangsa dan pelbagai jenis orang yang ada. Tapi aku rasa kalau kita boleh sesuaikan diri dengan keadaan tu, insyaAllah pasti terjaga. Sahabatku pernah berkata, "Biarlah kita yang menguasai keadaan, bukannya keadaan yang menguasai kita.."

Semasa di PLKN, Maulidur Rasul disambut pada bulan Februari. Kami AJK Surau tika itu sangat bersemangat untuk mengadakan sambutan tersebut sehinggakan ada jurulatih yang tidak puas hati dengan kami. Tambahan lagi, kami disokong oleh seorang jurulatih yang sangat berpengaruh di situ. Dialah yang sentiasa menjadi tulang belakang AJK Surau.

Acara yang dipertandingkan untuk Sambutan Maulidur Rasul ialah pertandingan nasyid. Naqib dan naqibah tidak akan turut serta tetapi menjadi urusetia untuk pertandingan ini. Kata jurulatih yang tidak puas gati dengan kami, inilah kali pertama AJK Surau sangat melonjak nama dan mengadakan majlis besar.

Kami akan berbincang di surau setiap petang Jumaat untuk memastikan aktiviti berjalan lancar. Inilah suasana yang sangat indah perbincangan antara lelaki dan perempuan yang terbatas dan beradab. Kami hanya bercakap dengan tabir dibuka sedikit sahaja. Hanya Ketua Naqibah yang akan menyampaikan perbincangan antara naqibah.

Memandangkan aku ini memang nakal dari sekolah, aku agak dikenali dengan dua orang lagi naqibah yang satu dorm denganku, Izati dan Shahidah. Nik juga naqibah tapi kami hanya berjumpa masa meeting sahaja sebab dia kompeni Charlie sedangkan aku Alpha. Aku dan kawan-kawan sangat 'promote' surau sehinggakan non-muslim pun sangat nak berminat dengan kehidupan seorang Muslim yang sebenarnya.

Jadi, masa sambutan Maulidur Rasul ialah satu peluang untuk menyampaikan secebis pengetahuan kami. Kebetulan pula, masa itu juga ialah penyampaian hadiah untuk pemenang-pemenang yang berjaya dalam kayak, rakit, kawad kaki dan beberapa acara PLKN lagi. Tujuan AJK Surau mengadakan sambutan tersebut bagi memperkenalkan keindahan Islam sesuai dengan nama majlis tersebut, Malam Kesenian Islam. Malam yang sungguh meriah itu akan kuingati sampai bila pun...

Sambutan Maulidur Rasul di kolej pula, Majlis Pelajar Islam dengan kerjasama Pengajian Umum dan Majlis Perwakilan Pelajar telah mengadakan pertandingan hafazan, tilawah, esei, puisi atau sajak, pantun, gubahan sejadah, laungan azan dan mengupas epal. Aku berminat menyertai pertandingan esei dan puisi. Lagipun, aku sangat berminat dengan penulisan cerita-cerita dan puisi.

Jenuh juga aku mencari esei yang menarik, tetapi ada sebuah esei yang menyimpan banyak kenangan. Ia juga esei Islamik. Lantas aku try je la hantar sekali dengan puisi aku. Alhamdulillah, esei dan hafazan aku tempat kedua.

Seronok betul bila terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang diminati masa tengah belajar. Alhamdulillah sangat sebab aku mendapat peluang untuk melibatkan diri dengan perkara yang aku suka. Semoga ia pengalaman yang sangat berharga untuk aku titipkan pada generasiku pada masa depan.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...