Monday, June 28, 2010

Rahsia yang terbongkar

Hari ini, saya teringin untuk berkongsi satu blog yang saya baru sahaja membacanya. Sungguh menarik. Hal ini mengenai Fifa World Cup 2010, millatfacebook dan menjelang olympics. Marilah kita sama-sama membacanya dan seterusnya fikirlah sendiri apakah tindakan kita selepas itu. Janganlah setelah kebenaran datang kepadamu, maka setelah itu kamu menyembunyikan kebenaran itu.
perkongsian bersama:
http://bradokapak.blogspot.com/2010/06/millatfacebook-fifa-world-cup-2010-dan.html

Saturday, June 26, 2010

Sahabatku


Sahabatku,
kala ini aku telah jauh darimu
tapi ketahuilah bahawa hatiku ada padamu
kerana itulah sungguh berat ku melangkah

Peritnya mengharungi perjuangan di jalan ini
terkadang hati dihasut syaitan
agar berhenti berjuang
tapi sahabatku,
aku tahu bahawa Allah menjadikanmu
sebahagian dariku
supaya aku terus tabah

Kuatnya aku kerana rahmat Allah
yang dihulurkan melaluimu
Tabahnya aku bila kata-katamu menghiasi hariku
dengan peringatan dari Allah

Sahabatku sayang,
puisimu dulu masih kusimpan
masih jua kutatap tika kesepian
terkadang air mata ini tak mampu ku tahan
walau ku cuba berkali-kalu
ia tetap mengalir jua
maafkan aku

Rindunya aku padamu
seperti rindunya bumi untuk menerima hujan
supaya berkekalan kasih sayang antara kita
dengan redha Allah

Aku merinduimu seperti langit merindui pelangi
seperti malam merindui purnama
seperti siang yang memerlukan mentari

Sahabatku,
berjanjilah bahawa kita akan terus bersahabat kerana Allah
hingga ke syurga...

Perjalananku

Hatiku bergetar saat ini menahan sendu. Laut nan biru masih jua kutatap. Selamat tinggal, laut.. Aku akan merinduimu. Di sana mungkin aku tidak akan menemuimu lagi.

Perjalanan dari Marang ke Kuala Lumpur mengambil masa enam jam. Dalam bas Transnasional yang aku naiki cuma ada empat orang penumpang termasuk aku. Perjalanan yang agak panjang bagiku tapi mungkin cukup untuk aku mengenang kisah-kisah lama. Kisah waktu aku masih kecil, kisah persahabatan aku dengan sahabat-sahabatku.

Pagi tadi sebelum bertolak, aku membaca post seorang sahabatku, Nabila. Katanya post itu khas untukku. Terharunya aku membacanya. Memang susah sangat untuk aku dan sahabatku itu berpisah.

Aku masih ingat ketika aku bertukar ke sekolah baru sewaktu di tingkatan empat. Memang perpisahan itu lumrah tetapi rapatnya antara aku dengannya sehingga sangat sukar untuk aku melangkah pergi.

"Kau bagaikan sebahagian daripada diriku. Hilangnya kau tiada gantinya. Jika ada, tak mungkin sama. Aku kehilangan sebahagian daripada diriku. Aku bagaikan burung yang patah sayapnya. Tak mampu untuk terbang lagi...," kataku padanya suatu ketika dahulu.

Aku memang kehilangan sebahagian daripada diriku ketika itu. Meski sukar untuk aku menjalaninya, tetapi tetap harus aku tempuhi. Setelah lama mencari diri yang hilang, akhirnya kutemui juga. Berbekalkan semangat darimu, aku terus melangkah dan melangkah lagi.

Aku juga rapat dengan Amirah, Nik Syamim dan Rohainah. Kami memang geng semasa aku masih berada di SMA Marang. Bila aku jauh, terkenang juga kepada sahabat-sahabatku itu. Bila di Kospint pula, aku rapat dengan Ainul Rahmah, Hazirah, Hajar dan Hanan. Yang lain juga aku rapat. Maklumlah tinggal di asrama. Memang rapat sangatlah.

Bas membelok ke Pantai Teluk Bidara. Aku berasa sungguh pelik. Tak pernah rasanya bas melalui jalan pantai ini sebelum ini. Sebenarnya aku merindui tempat ini. Inilah tempat yang aku paling sukai selepas Marang.

Kepelikan aku berganda apabila bas terus melalui Pantai Teluk Cempedak. Sekolah Menengah Imtiaz Dungun masih tetap dengan keadaannya seperti masa aku pernah pergi dahulu. Mataku melilau-lilau seketika. Pandanganku tertancap pada sebuah resort di sebelah kananku. Itulah tempat kem elit semasa di tingkatan 3 dulu. Aku termasuk 10 orang yang pergi.

Aku tiba-tiba diterpa kenangan-kenangan waktu sekolah dahulu. Laju pula air mataku turun ke pipi. Ya Allah.. Hatiku merintih pedih. Sukarnya untuk aku melupakan kenangan-kenangan lama.

Aku tertidur di dalam bas selepas melepasi Tempat Rehat Chenor. Masih kulihat sungai-sungai yang mengalir. Semudah itukah aliran hidupku? Tak mungkin semudah itu. Masih tertangkap oleh mataku akan keindahan pepohon hijau di sebelah kiriku. Akan kurindui semua ini.

Selamat tinggal, Terengganu.. Semoga Allah sentiasa merahmatimu dan seluruh penduduknya. Aku akan kembali lagi. Yang pastinya, aku akan merindui lautmu, aku akan mengingati segarnya udaramu yang berhembus dari sungai, akan kurindui semua itu. Kerana aku sayang kamu kerana Allah..

Thursday, June 24, 2010

Serahkan cintaku pada Allah


Kicauan burung-burung cukup mendamaikan hatiku pada pagi ini. Pokok mempelam di hadapan bilikku meneduhkan pancaran cahaya mentari di bilikku. Nampak mendung sahaja pagi ini. Mungkin kerana hujan semalam. Lantas embun masih belum mahu bersembunyi.

Ayam-ayam tidak berkokok pagi ini. Mungkin sedang tidur. Maklumlah, pagi masih dingin. Kedinginan inilah yang mengusik jiwaku ketika di Kuala Lumpur. Saat indah di rumah sendiri manakan sama dengan hidup di tempat lain. Walaupun di sinilah seringkali berlaku pertelingkahan antara aku dan keluargaku, tapi bila jauh rindu pula menyapa.

Itulah aku. Anak yang degil tapi cuba untuk jadi baik. Kasihan juga pada mak dan abahku kerana anak sulungnya begini. Banggakah mak dan abahku mempunyai anak degil seperti aku? Gembirakah adik-adikku mempunyai kakak yang garang? Aduhai, itulah aku..

Dalam kedinginan yang masih terasa, aku rupa-rupanya masih teringat dia. Semalam aku bercerita dengan seorang sahabat perempuanku tentang dia. Aku memberitahunya bahawa aku sudah lupakannya. Tapi hari ini ingatan tentang dia masih ada.

Kali ini ingatanku bukan kerana perasaanku, tapi kerana hati aku nekad. Akan kubuang ingatan ini jauh-jauh. Ya Allah.. Semoga akan ada bahagia untukku..

Aku tidak ingin lagi mengingati perkara-perkara yang telah berlalu. Aku cuba menjaga pergaulanku supaya tidak terlalu rapat dengan kaum Adam. Hatiku sudah cukup terluka dengan perkara lalu. Mungkin itu yang aku tak dapat lupakan.

Aku bukan pendendam. Setiap malam sebelum tidur, aku akan memaafkan semua orang dan aku juga ingin semua orang memaafkan aku. Biar tenang rohku untuk dipegang Allah seketika waktu. Atau mungkin, jika Allah ingin mengambil nyawaku saat itu juga biarlah diriku mendapat keampunan Allah dan semua makhluk.

"Aku bersyukur sangat-sangat sebab Allah tarik kita daripada tersungkur ke lembah itu. Tapi gitu la kan.. kenangan-kenangan tentang dia masih juga datang. Itu yang membuatkan aku rasa lemah. Terutamanya kalau aku duduk kat rumah, lagilah aku teringat. Kalau kat tempat belajar, aku tak ingat langsung sebab hati ini selalu ditarbiah, diberi peringatan melalui halaqah-halaqah. Tapi gitu la.. perit tu memang perit sebab kita dah sayang orang tu sepenuh hati. Tak ada gunanya juga sebab kita bukannya tahu jodoh kita dengan dia atau dengan orang lain. Sekarang, kita hanya mampu berdoa moga-moga Allah temukan kita dengan jodoh yang soleh, sefikrah dengan kita, yang dapat bimbing dan didik kita.." kata-kata sahabatku membuatkan aku terfikir tentang dia.

Aku mengakui, apa yang sahabat perempuanku rasa itu sama sepertiku. Tarbiahlah yang membuat kami menjadi kuat untuk teruskan perjuangan ini. Tazkirahlah yang mengingatkan kami bahawa Allah lebih berhak ke atas hati-hati ini. Sedangkan di dalam Al-Qur'an, berkali-kali Allah berfirman, "Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui semua isi hati.." Aku merujuk surah Ali Imran ayat 29, 119 dan 154, surah Al-Ma'idah ayat 7, dan surah Al-Anfal ayat 43.

Masih ada lagi firman Allah tersebut dalam ayat-ayat lain. Betapa Allah masih memberi aku peluang untuk mendekati-Nya sedang hati ini penuh kebimbangan dan kesedihan. Dalam Al-Qur'an juga berulang kali juga Allah menyebut, ".. tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati." (Surah Al-Baqarah: 277)

" Dan janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) kamu bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang yang beriman."(Surah Ali Imran: 139)

"Ya Tuhan Kami, sesungguhnya kami mendengar orang yang menyeru kepada iman, (iaitu), "Berimanlah kamu kepada Tuhanmu," maka kami pun beriman. Ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami dan hapuskanlah kesalahan-kesalahan kami, dan matikanlah kami beserta orang-orang yang berbakti.
Ya Tuhan kami, berilah kami apa yang telah Engkau janjikan melalui rasul-rasul-Mu. Dan janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat. Sungguh, Engkau tidak pernah memungkiri janji." (Surah Ali Imran: 193-194)

Allah memang tidak pernah memungkiri janji-Nya. Segala apa yang ditakdirkannya memang Dia tahu itu yang terbaik untuk hamba-hamba-Nya. Kadang-kadang kita merasa pedih kerana derita yang ditimpakan, tapi aku percaya selepas itu akan ada bahagia.

Meskipun bahagia yang dicari masih tak kunjung tiba, ianya ada di hati. Hati yang redha dan menerima segala ketentuan Allah. Hati yang qana'ah dan bersyukur dengan nikmat-nikmat Allah yang Allah kurniakan. Sebagaimana Allah menyebut sebanyak 31 kali di dalam Surah Ar-Rahman, " Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?"

Betapa banyaknya nikmat Allah, termasuklah nikmat kasih sayang. Allah itu Maha Penyayang kerana itulah adanya cinta. Allah Maha Penjaga kerana telah menjaga hati-hati yang lalai daripada terus tertipu dengan cinta dunia. Allah Maha Adil kerana Dia telah menetapkan suatu masa yang sangat tepat untuk kita bertemu dengan orang yang benar-benar sesuai dan baik untuk kita.

Semilir angin dari sungai bertiup perlahan mengucapkan kata-kata indah dari Al-Qur'an untukku. Tenangnya kurasakan kini dalam perhatian dan rahmat-Nya. Ya Allah, janganlah Kau jauh dariku dan tetapkanlah hatiku untuk-Mu. Mutiara jernih sudah kering setelah lama membasahi pipiku. Mata ini juga sudah pedih menahan duka. Biarlah Allah Yang Maha Pengasih membersihkan luka di hati kerana Dialah Pemilik hati-hati.

Cintaku dalam Halaqah


MASA cuti sudah hampir ke penghujungnya. Tak sabar pula untuk menyambung kembali pengajian untuk semester seterusnya. Rindu pada teman-teman pula semakin mekar berbunga, apatah lagi pada akhowat dalam halaqah.

Hari ini aku bersama Ashyerah, Nadiah, Wardah, Aini dan Fahmi meluangkan waktu untuk menziarahi guru-guru di SMA Marang. Rindunya pada guru-guru yang telah banyak mengajar kami tak usah dikata lagi. Memang jarang untuk berpeluang ke sekolah begini. Tambahan lagi, kebetulan kami pergi, pelajar-pelajar tingkatan tiga akan ada kem, tak ingat pula nama kemnya. tak apalah, ya.. Isnin ni pula ada peperiksaan I'dadi.. Berdebar pulak rasanya untuk adik-adikku tercinta di sana.

Kembali kepada cerita asalku. Aku mengenali istilah usrah apabila Amirah memberitahu aku ketika berada di tingkatan 4. Semasa di Kospint pula, aku dah terlibat dengan satu halaqah bersama ustazahku yang tercinta, Ustazah Wan Ruhaida ketika di tingkatan 5. Banyak yang kami dapat kongsi bersama.

Halaqah bermaksud bulatan, manakala usrah pula bermaksud keluarga. Kami bersaudara dalam bulatan cinta. Hebatnya cinta dalam halaqah, subhanallah! Bila berjauhan, rasa rindu kerana Allah. Rindu untuk membaca Al-Qur'an bersama-sama, solat berjemaah, mendengar tazkirah dan berkongsi masalah masing-masing.

Tazkirah dalam erti kata sebenar adalah peringatan yang baik, sebagaimana Allah telah menyebutkan dalam surah al-Asr, ayat 1 hingga 3.

"Demi masa,
Sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian,
kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh,
dan mereka pula berpesan-pesan kepada kebenaran dan berpesan-pesan kepada kesabaran."

Pentingnya tazkirah itu memang diakui oleh diriku sendiri. Kadang-kadang aku juga lalai dan alpa kerana aku cuma manusia biasa. Yalah, manusia asalnya perkataan nasaya, atau nasiyun yang bererti lupa. Sebab itu perlunya manusia ini kepada tazkirah untuk kembali kepada Allah.

Hebatnya lagi ukhwah kerana Allah ini bila susah, ada yang membantu dan bila senang pula, dikongsi bersama. Semua yang dilakukan kerana Allah. Saling menerima dan memahami persaudaraan dalam Islam.

Aku juga pernah membaca sebuah novel Islamik, tajuknya Tautan Hati karya Fatimah Syarha. Ceritanya amat terkesan di hatiku. Sebuah cinta dalam halaqah yang matlamatnya hanya untuk mendapat redha Allah. Kagumnya aku pada watak Asiah Yusra kerana dapat membimbing sahabat-sahabatnya kembali ke pangkal jalan, dan yang paling hebat (subhanallah!), kristian yang hendak berdebat dengannya tentang agama pun masuk Islam akhirnya. Subhanallahi wabihamdihi.. Sesungguhnya hidayah itu datang dari Allah..

Terasa kosongnya jiwaku tanpa pengisian jiwa seperti yang sering dilakukan dulu. Bercerita tentang kehebatan Allah, berkongsi hadith-hadith Rasulullah S.A.W. dan berkongsi pelbagai pengalaman.

Aku yakin, Allah sentiasa bersama orang-orang yang berhijrah. Aku ingin berhijrah dari masa laluku kepada lembaran baru. Buku lama akan kututup rapat-rapat. Yang bersemi di hatiku cuma cinta dalam halaqah dan cinta kepada Allah..

Sama-samalah kita beramal untuk mendapat keredhaan Allah..
bittaufiq wannajah..

Monday, June 21, 2010

Siapa Allah?

AKU termenung sendiri. Masih segar di ingatanku peristiwa di perpustakaan hari itu. Aku, Anis dan Atiah baru selesai mencari bahan untuk rujukan bagi subjek Pemikiran Dan Tamadun Islam. Beberapa hari lagi, kami akan menduduki peperiksaan akhir semester dua dan subjek yang pertama adalah subjek tersebut.

Sedang kami bertiga leka memilih buku-buku yang terbaik untuk dijadikan rujukan, tiba-tiba datang seorang pelajar lelaki yang kebetulan berada di situ mengusulkan cadangan sambil menerangkan kebaikan buku yang dicadangkannya.

Aku fikir baik aku terima sahaja cadangannya itu. Sementelah lagi, buku yang aku lihat itu juga menarik perhatianku.
Selesai membuat pinjaman, kami bergegas ke tempat simpanan beg. Lagipun, jam sudah menunjukkan ke angka lima, perpustakaan pula sudah hendak ditutup.

Lelaki yang tadi juga turut keluar. Aku nampak dia seakan-akan memanggil teman-teman aku yang dua orang itu tapi tak didengari. Lantas dia menghampiri aku.
Gugup juga aku seketika. Anis dan Atiah sudah melangkah beberapa meter di hadapan sedangkan aku masih di belakang dengan lelaki yang tadi.

"Boleh saya tanya awak sesuatu?"tanyanya.
Aku cuma tersenyum, sebagai tanda hormat.

"Boleh, silakan. Kalau saya boleh jawab, insya Allah saya jawab,"jawabku.


"Sebelum kita kenal sesuatu, kita kena kenal apa dulu?"

Alamak! Apa aku nak jawab ni?

"Err.. kenal diri kita dulu kot..,"aku teragak-agak menjawab.

"Tak..,"katanya sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Allah,"jawabku lagi.

"Ya, betul"

'Dia ni nak uji aku ke apa ni? ya Allah, macam mana ni?'getusku sendiri.

"Siapa Allah?"

"Allah adalah Tuhan yang wajib kita sembah, yang menciptakan kita dan seluruh alam ini."

Aku pun tak tahu jawapan itu betul atau tak. Insya Allah, betul. Semoga Allah memberi keyakinan kepadaku. Aku nampak dia menganggukkan kepalanya.

"Dan soalan terakhir.. Adakah Allah hanya kepercayaan tauhid yang untuk dipercayai sahaja kewujudan-Nya?"

Kali ini aku terdiam. Aku memandang teman-temanku di hadapan. Mereka tetap meneruskan perjalanan. Aku memikirkan ayat yang sesuai untuk menjawabnya.

"Tak apalah, awak. Maaf sebab tanya awak semua tu. Saya sekadar ingin berkongsi sesuatu. Kadang-kadang kita tak terfikir semua ni. Baiklah, saya minta diri dulu. Assalamualaikum.."katanya sambil melangkah pergi.

Aku belum sempat menjawabnya, dia sudah pergi. Sedihnya di hati aku kerana terpaku terlalu lama untuk menjawab soalan tersebut. Ya Allah, ampunkanlah aku... Anis dan Atiah menghampiri aku. Kami sudah keluar dari pintu kolej.

"Kenapa Zu tak jawab soalan terakhir tadi?"tanya Anis sambil memandangku.

"Entahlah. Zu tengah fikir nak jawab apa. Zu rasa sedih sangat sebab tak sempat nak jawab dulu,"kataku sambil menunudukkan mukaku.

"Zu jangan macam ni. Allah nak uji Zu ni.. Jom kita balik,"pujuk Atiah pula.

Aku hanya mendiamkan diri sepanjang perjalanan. Aku masih terfikir hal tadi. Keesokannya, di surau kolej, aku menghubungi abahku.

"Apa tujuan dia tanya macam tu?"tanya abah dalam talian telefon.

"Entahlah, abah. Kita jadi terfikir apa yang dia cakap tu."

"Sebenarnya dia saja nak uji kalau macam tu. Lain kali kakak buat tak tahu je apa yang dia tanya."

"Tapi, apa jawapannya, abah?"

"Kalau nak tahu siapa Allah, tengoklah kejadian alam ni. Kita boleh tengok kehebatan dan keagungan Allah melalui penciptaan langit dan bumi, gunung-ganang, lautan dan sebagainya. Allah bukanlah suatu kepercayaan tauhid sahaja bahkan Allah adalah yang mencipta dan menguasai seluruh alam ini. Ingat dan hayati ke semua sifat-sifat Allah dan nama-nama Allah yang indah. Dari situ kita akan mengenali Allah dengan lebih dekat lagi."

Kata-kata abah terlekat di dalam akal fikiran aku. Ya tak ya juga. Mengapalah aku ni terlalu lambat berfikir? Aku menemui pula kakak senior aku, Kak Nik. Mulanya, Kak Nik hanya diam mendengar ceritaku. Ketika bercerita pula, aku seperti hendak menangis.

"Sebenarnya tanda-tanda kekuasaan Allah ada dalam diri kita. Lihatlah diri kita, siapa yang dapat mencipta kita dengan sehebat penciptaan begini? Dengan urat-urat kecil yang berselirat. Subhanallah! Allah itu bukan sekadar kepercayaan tetapi harus diyakini dan diakui kekuasaan-Nya."

Kata-kata Kak Nik pula membuatkan aku terpaku. Subhanallah! Allah hendak menguji aku. Betapa kurangnya lagi ilmu yang aku ada sekarang. Sesesungguhnya seseorang pernah berkata, semakin banyak kita belajar, semakin banyak yang kita tak tahu. Bila difikirkan balik ada juga benarnya. Yalah, semakin banyak belajar, semakinlah kita rasa nak tahu. Rasulullah S.A.W. sendiri bersabda yang bermaksud, "Tuntutlah ilmu sehingga ke negeri China." Subhanallah! Peristiwa itu yang membuatkan aku terus mencari dan mencari. Semoga kita semua mendapat hidayah untuk terus mengenali Allah.

"Allah, tidak ada tuhan selain Dia. Yang Maha Hidup, Yang terus menerus mengurus (makhluk-nya), tidak mengantuk dan tidak tidur. Milik-Nya apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Tidak ada yang dapat memberi syafaat di sisi-Nya tanpa izin-Nya. Dia mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui sesuatu apa pun tentang ilmu-Nya melainkan apa yang Dia kehendaki. Kursi-Nya meliputi langit dan bumi. Dan Dia tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Dia Maha Tinggi, Maha Besar."
(Surah Al-Baqarah:255)


Untuk mengenali Allah, perhatikanlah tanda-tanda kekuasaan-Nya.
Perhatikanlah bagaimana Allah menciptakan hujan yang turun dari celah-celah awan yang berkumpul.
Perhatikanlah bagaimana alam semesta yang sepadu dulu dipisahkan Allah lalu terjadilah langit dan bumi serta bintang-bintang di angkasa.
Perhatikanlah juga bagaimana Allah menjadikan pohoh-pohon yang hijau (mempunyai oksigen) untuk menyalakan api daripadanya.
Perhatikanlah laut yang terbentang luas, bagaimana Allah mengizinkan kapal-kapal belayar merentasinya.
Perhatikanlah bagaimana Allah menciptakan tumbuh-tumbuhan dan haiwan-haiwan ternakan untuk memenuhi keperluan manusia.
Ingatlah bagaimana Allah menciptakan kita daripada air mani yang hina lalu terjadilah kita. Allah tinggikan darjat kita sesuai dengan ketaqwaan kita kepada-Nya.

Terlalu banyak tanda-tanda kekuasaan Allah.
Perhatikanlah dan berfikirlah.
Bacalah Al-Qur'an kerana semua rahsia itu ada di situ.
Bersyukurlah kita kerana Allah masih memberi kita peluang untuk mengenali-Nya.

Sunday, June 20, 2010

I still Remember u



Stand Together

Here we are living in this world
a journey to the end
we are servants we bow to Allah
from Him a helping hand

We are different races
from countries far and wide
together we can face it
uphold what's pure and right

We can stand and work hand in hand
we're stronger when we unite
share the words and spread the truth
with iman Allah's light

In our hearts can't fake it
when Allah's love embraced
together we can make it
the world a better place

Everything in life
we can take everything in stride
'cause we live in this worldly life
can only try

Every dream we have
we want to have the very best
but we can only face the test
for we can try

And in team we stand and in team we can
we can make it through the day
we can help each other one another
and in team we should stay

Let's us take the guidance from Allah
and Rasulullah
we can face the world
we can make it through the night

This is the lovely song and very meaningful to me. This song that have made me strong when i have to be separate with my friends.

I still remember, we have been training nasyeed very hard to get chance to be in final competition. Even though during the training there were many conflicts in our group, but that's not the matter.

In semi-final competition, we have been in SMA Sultan Ismail Dungun. We take this song and the other song named Unity by Amar. We got second place and SMA Al-Falah got the first place.

I still remember, in the final, Teacher Wan Nabihah wanted us to be serious and focus. I was so nervous before started. But when i heard my friends' voices at the back, i feel my soul full of spirit.

At the final, we also got second place and Imtiaz Besut got the first place. I still remember all of that when i still in SMA Marang. My lovely friends in the group were Nabila, Intan, Nujma, Aisyah, Fatihah, Farahana, Aziemah, Hazirah and Sitti Munirah.

I also glad with my best friends that have support us at the back. Rohainah, Amirah, Nik Syamim and all of my friends.

This song not also meaning for my close best friends, but it is for all my friends. I love u all!! (",)

Ukhwah doesn't always need togetherness,
doesn't need everyday conversation,
as long as the friendship LIVE in doa,
it remains abadan abadaa...

Takkan berpaling dari-Mu

Kala malam
bersihkan wajahnya dari bintang-bintang
dan mulai turun setitis air langit dari tubuhnya

Tanpa sedar
nikmatnya alam kerana kuasa-Mu
yang takkan habis sampai di akhir waktu
perjalanan ini

Terima kasihku pada-Mu Tuhanku
tak mungkin dapat terlukis oleh kata-kata
hanya Dirimu yang tahu
besar rasa cintaku pada-Mu

Oh Tuhan
anugerahmu tak pernah berhenti
selalu datang kepadaku
Tuhan semesta alam
dan satu janjiku
takkan berpaling dari-Mu..

Ya Allah.. anugerah-Mu..

ku sisihkan semua aral melintang
di hadapanku
dan buat terang suluh jalan hidupku
melangkah..

Terima kasihku pada-Mu Tuhanku
tak mungkin dapat terlukis oleh kata-kata
hanya Dirimu yang tahu
besar rasa cintaku pada-Mu

Oh Tuhan anugerah-Mu
tak pernah berhenti
selalu datang kepadaku
Tuhan semesta alam
dan satu janjiku
takkan berpaling dari-Mu

Duhai Mujahidah


Duhai mujahidah,
sapulah air matamu itu
jangan lagi kau tangisi akan dia
dia tidak akan datang kepadamu

Duhai mujahidah,

kasihannya dikau
diterpa bayangannya yang lalu
dihembus lagi dengan cerita dahulu
cerita antara kau dengan cinta butamu

Dulu,

kau sering bermesej dengan si dia

kau sering berhubung dengannya
kadang-kadang temannya kau hubungi
hanya untuk bertanyakan tentang dia

Setelah lama hanyut dalam lautan kasihmu
kau akhirnya sedar dengan paluan iman

dan hidayah
kau ingin pergi jauh dari bayangannya
jauh dari cinta butamu


Duhai mujahidah,
kau masih sedih

walaupun kau sudah menjauhi mereka bernama Adam
kau masih dirundung kecewa
kerana cerita dulumu masih menjadi ingatan

Mujahidah yang dicintai,
janganlah begitu
kau insan terpilih
bukan semua orang yang dipilih untuk diuji hatinya
tapi kau masih boleh bertahan

Mujahidah yang dikasihi,
sapulah air matamu itu
jangan diingat lagi kisah itu
berjanjilah padaku bahawa
kau akan tetap istiqamah dalam pelarianmu
menuju Allah Yang Esa


Yakinlah wahai mujahidah,
Allah tetap mengasihimu
walaupun kau melupakan-Nya

saat kau hanyut tetap ditarik-Nya mu kepada rahmat-Nya

Mujahidah tercinta,
tetaplah terus berjuang untuk agama Allah

ingatlah prinsip dan cita-cita yang kau pegang
jangan lepaskan
kerana matlamatmu
adalah mati

Oleh itu sayangku,
bakarlah cinta yang palsu itu

dan datanglah kepada Allah
dengan sesebenar cinta dari hatimu..


Salam mujahadah...

Saturday, June 19, 2010

Siti Khadijah Serikandi Sejati


Kaulah lambang cinta Sejati
serikandi pertama tika Islam bermula
hatimu menyalakan keyakinan
hartamu membuktikan pengorbanan

Rasul keseorangan engkaulah teman
dia tersisih engkau memilihnya
dia terbuang engkau menyayanginya

kerana iman kau sanggup berjuang

oh.. Siti Khadijah namamu indah

qudwah hasanah tauladan ummah
tika Rasul terpinggir engkaulah insan terhampir

Siti Khadijah mujahidah solehah
agung jasamu di persada sejarah

pemergianmu ditangisi Nabi

hingga kini tiada pengganti

sunyi jalan menuju Allah
menggamit hati mencari teman
indah jalan menuju Allah
jika teman seperti Khadijah

masih ada lagi..

Sahabatku,
payahnya mencari insan seteguh Khadijah
percaya ketika insan lain mendustai
dialah yang menenangkan Nabi Muhammad ketika balik dari Gua Hira'
dalam keadaan yang mencemaskan dan menggeletar
dia yang menyelimutkan dan meyakinkan Nabi Muhammad
bahawa suaminya itu memang seorang utusan Allah
yang didatangkan untuk memimpin umat akhir zaman

Sedarkah kita sahabatku,
sayangnya Rasulullah kepada Khadijah

melebihi sayangnya kepada isteri-isteri baginda yang lain
sehingga Aisyah sendiri cemburu apabila nama Khadijah sering disebut-sebut baginda
walaupun telah lama pergi
pemergian Khadijah adalah kesedihan yang teramat bagi Nabi
selain turut kehilangan bapa saudara baginda, Abu Talib


agungnya pengorbanan yang dilakukannya
saat manusia lain tak sanggup untuk berkorban untuk Rasulullah
utuhnya kepercayaan yang diberikannya
saat manusia lain masih dalam keraguan
teguhnya kesetiaan yang dihulurkannya
saat manusia lain lari kerana takutnya ditindas dan diseksa
istimewanya Khadijah di hati Rasulullah
masihkah ada di zaman ini?
masih adakah mujahidah solehah seperti Khadijah?

Renungkanlah, sahabat-sahabatku..

Kesihatan Bermula daripada Kebersihan


Kebersihan adalah perkara yang amat dituntut dalam agama sebagaimana hadis Nabi yang bermaksud, "Kebersihan itu sebahagian daripada iman" (Direkodkan oleh Muslim). Al-Quran juga turut menekankan soal kebersihan dalam Surah al-Muddatsir: Ayat 4-5 yang bermaksud, "Dan pakaianmu, bersihkanlah. Dan segala kejahatan, tinggalkanlah". Oleh itu, terdapat beberapa jadual sunah Rasulullah yang dilakukan secara berkala bagi menjaga kebersihan diri. Antaranya;

1) Membersihkan tangan selepas bangun tidur.

Sabda Nabi S.A.W., "Apabila terjaga salah seorang daripada kamu daripada tidurnya maka janganlah memasukkan tangannya ke dalam bekas makanan sehingga dia membasuhnya tiga kali kerana dia tidak tahu di mana tangannya terletak (ketika tidur)" (Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim)

2) Membersihkan rongga hidung selepas bangun tidur.

Sabda Nabi S.A.W., "Apabila terjaga salah seorang daripada kamu daripada tidurnya maka perlu dia memasukkan air ke dalam hidung dan menghembuskannya tiga kali kerana sesungguhnya syaitan bermalam di dalam rongga hidungnya." (Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim)

3) Mandi dan membersihkan rambut.

Sabda Nabi S.A.W., "Hak Allah atas seorang Muslim bahawa dia mesti mandi pada setiap tujuh hari sekali dia mesti membersihkan kepala dan rambutnya." (Direkodkan oleh Muslim)

4) Menjaga bekas air.

Daripada Jabir r.a. Nabi S.A.W. bersabda, "Tutuplah bekas makanan dan tutuplah bekas minuman." (Direkodkan oleh Muslim)

5) Cungkil gigi selepas makan.

"Bersihkanlah sisa-sisa makanan di antara celah-celah gigi kerana amalan itu termasuk kebersihan dan kebersihan itu membawa kepada iman, sedang iman itu bersama pemiliknya masuk syurga." (Direkodkan oleh Tabrani)

6) Potong kuku, kemaskan misai dan mencukur bulu.

Hadis daripada Anas bin Malik r.a. berkata, "Ditentukan tempoh bagi mencukur misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan ari-ari iaitu tidak kami biarkan lebih daripada 40 malam." (Direkodkan oleh Ahmad, Tirmizi, An-Nasa'i dan Abu Daud)

Oleh itu, bagi mendapat keredhaan Allah, marilah kita sama-sama menghayati dan mengamalkan sunah Rasulullah S.A.W. . Mulakan lah daripada perkara sekecil-kecil dalam kebersihan diri barulah diikuti sunnah Rasulullah S.A.W. yang lebih besar lagi. Insya Allah..

Dipetik daripada Buku Jejak Bisnes Rasul, Peribadi Bisnes Muhammad Bin Abdullah
Ditulis oleh :Mohamed Sulaiman PhD. dan Aizuddinur Zakaria

Salam Ukhwah..

Hari ini saya rasa sungguh tercabar dengan cerita dari link ni. Saya nak cerita pun payah sebab ceritanya agak panjang juga tetapi isinya pastinya akan membuatkan kita bengang kerana hal ini sangat berkait dengan ISLAM yang kita cintai.. Harap-harap kita semua ambil iktibar daripada cerita ni.

http://dinar-emas.com/vatican.html

Wednesday, June 16, 2010

Pulau Cinta

Sudah jauh aku berlari
meninggalkan kisah yang pernah singgah di hatiku
melupakan dikau yang pernah hadir dalam mimpiku

Cintaku terbuang
lalu biarlah aku mengundur diri
dalam kelam malam aku menangis sendiri
dalam cerah cahaya kusembunyikan dukaku
tapi kau tetap ada

Aku tetap berlari
merentas pepasir pantai di senja hari
menghilang jauh dalam malam dingin

Kini aku bahagia
sewaktu dulu sangat sukar melupakanmu
tapi kini di hatiku ada sinar
cemerlang menerangi seluruh jiwa resah

Aku tetap akan teruskan larian ini
larian yang membasuh luka di hati
izinkan aku mencinta Tuhanku
Dia Yang Satu
Allah memang Maha Adil
kerana cinta palsu itu
aku akhirnya terdampar di pulau cinta-Nya..

Buang Bayi??


Cerita tentang pembuangan bayi semakin banyak di dada-dada akhbar dan internet. Saya juga terkejut apabila terbaca majalah Milenia keluaran Jun, '47 Bayi Luar Nikah Lahir Setiap Hari'. Masya Allah.. Apa nak jadi dengan dunia remaja sekarang? Yang paling memalukan, yang buat kerja tu Melayu Islam.
Saya sendiri berasa sangat malu. Kadang-kadang terfikir, apalah yang menyebabkan mereka berkelakuan begitu.
Yalah, masalah buang bayi mestilah ada yang melahirkannya dulu. Tetapi sebelum semua tu berlaku, masalah tu berpunca dari dalam diri remaja sendiri.
Mereka mencari pasangan, try nak bercinta dulu. Macam best je kan.. Tapi lama-lama semakin jauh, hanyut dibuai asmara. I love u, u love me, i miss u, u miss me x? Macam-macam..
Ramai yang bagi alasan sebab mereka cari cinta kat luar ialah kekurangn kasih mak ayah. Mak ayah tak beri perhatian pada merekalah. Mak ayah selalu membebel kat rumah la. Memberontak la katakan..
Kononnya cuba nak cari penyelesaian pada dia yang tandus kasih sayang mak ayah, rupanya makin nak tambah masalh mak ayah.
Apa salahnya, kalau rasa kurang kasih sayang cuba sayang mak ayah lebih sikit. Tunjukkan pada mereka yang kita sayang mereka. Beri perhatian walaupun mereka tak beri perhatian. Jangan salahkan mak ayah sebab mereka cuba cari kesenangan untuk kita. Cara kita nak balasnya bukan dengan menconteng arang ke muka mereka, tapi dengan belajar bersungguh-sungguh.
Tapi apa yang remaja sekarang buat ialah cari pasangan. Cari pasangan untuk kahwin tak apalah, tapi kalau untuk suka-suka, nilah jadinya.
Suka-suka kan? Mula-mula saya tengok awak, awak tengok saya. Dah jatuh cinta. Kononnya first sight love.. wah, hebat! Lepas tu, pegang-pegang.. Lepas tu, dah tak ingat Allah dah..
Yang perempuan pulak, bila Allah nak tunjuk, baru ingat Allah. Baru fikir macam mana nak buat lepas 'ter'. Tak ada makna dah masa tu.
Yang lelaki pulak, kalau betul-betul suka dah tentu terus ajak kahwin. Kalau yang tinggal macam tu je, macam mana?
Allah Maha Besar. Kadang-kadang Allah biarkan kita buat dosa supaya bertaubat dengan-Nya. Tapi kita dah diberi akal fikiran. Salah ke kalau kita guna akal fikiran tu, sahabatku? Allah dah jadikan kita sebaik-baik ciptaan. Sepatutnya kita bersyukur dengan taat kepada-Nya. Bukan main redah je.

Sampai hati sanggup buang anak yang dikandung sendiri. Walaupun bayi tu luar nikah, tak sepatutnya ambil keputusan macam tu. Malu? Sepatutnya sebelum 'buat' benda terkutuk patut fikir tentang malu. Ada hikmah Allah letak perasaan malu pada manusia. Dan malu tu adalah sebaik-baik pakaian bagi wanita. Tanpa perasaan malu, nah! Inilah jadinya.
Lelaki pula sepatutnya menjadi pelindung wanita bukannya perosak. Tambahan lagi, zaman sekarang yang sudah hilang perikemanusiaan. Sudah hilangkah Tuah di bumi Melayu ini?
Saya berpesan kepada diri saya dan juga sahabat-sahabat yang lain. Ambillah apa yang terjadi ini sebagai iktibar, supaya kita dapat berfikir dengan lebih tepat dan rasional. Saya sudahi dengan sepotong ayat al-Quran, semoga kita bersyukur dengan pemberian Allah dengan taat kepada-Nya..

لقد خلقنا الاءنسن فى أحسن تقويم
"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya).."
(surah at-tin 95:4)

Salam, bittaufiq walhidayah..

Coretan buat Putri Kedua

 Assalamualaikum.. Alhamdulillah dengan rahmat dan kasih sayang Allah, kami dikurniakan seorang puteri lagi, bakal menjadi teman untuk puter...