Sunday, February 20, 2011

Dengarkanlah sahabat...


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Dengan nama Allah ku memulai tinta tanpa dakwat ini.
InsyaAllah semoga permulaan yang baik diakhiri dengan yang baik juga.

Pertemuan itu membawa aku dalam kegembiraan berdakwah.
Aku masih teringat dulu, saat seorang sahabatku hanyut dalam buaian perasaannya,
akulah antara lima orang sahabat Wardatul Shaukah yang cuba bersamanya,
tika teman lain semuanya memingirkan diri daripadanya.

Rasa kasih sebagai sahabat dan juga kasih sebagai Muslim
membawa kami menemani perjalanan hidupnya selepas itu.
Dan aku, tetaplah bersamanya memberi semangat dan motivasi.

Di sini aku bukanlah ingin bercerita tentang kebaikan diriku.
Tidak sama sekali.
Aku terfikir dengan keadaan sekarang.

Sukarnya mencari teman walaupun kita selalu setia dan cuba bersamanya
tika dirinya memerlukan.
Mengajaknya kepada kebaikan walaupun belum pasti dia boleh terima atau tidak.

Terkilannya rasa hatiku saat ini.
Saat diriku pula yang hampir terjatuh ke lembah kehinaan,
tiada yang mahu menghampiri.
Apakah erti persahabatan saat ini?

Bukanlah pergantungan diriku pada sahabat,
tapi tetaplah diriku bergantung pada Allah Yang Satu.
Namun kecewa yang mula bertapak,
hanya mampu dibasuh dengan sebuah keredhaan,
meski hati telah ditusuk sembilu tajam.

Maafkan diriku wahai sahabat.
Bukanlah salahmu jika diriku begini,
tetapi ingin kukatakan padamu...

Diriku kau lihat zahirnya sahaja sudah kau sanjung tinggi
hanya dengan tudungku yang labuh dan sopan pakaianku.
Teman,
di sebalik itu ada hati yang berbolak-balik.
tidak pernah sempurna dan tetap imannya.
di hati ini ada saatnya ingin dekat dengan Allah
tapi suatu masa yang lain tidak tersedar jauh dari Allah.

Daku masih teringat satu ungkapan seorang sahabat
yang bagiku masih tetap sahabat sejatiku meskipun kami jauh,
Sahabat bukanlah sekadar untuk berkongsi gembira,
tetapi juga kesedihan.
Bukan sekadar berkongsi keamanan,
tetapi juga ketakutan.
Bukan sekadar berkongsi kebaikan,
tetapi juga menarik sahabatnya daripada keburukan.

Sahabatku,
mungkin impianku terlalu tinggi
mengharapkan dirimu sentiasa bersamaku
tika suka duka, saat susah senang.
Maka kini aku hanya merasakan,
cukuplah Allah bagiku dan hanya pada-Nya aku bertawakal...

No comments:

Post a Comment

Coretan buat Putri Kedua

 Assalamualaikum.. Alhamdulillah dengan rahmat dan kasih sayang Allah, kami dikurniakan seorang puteri lagi, bakal menjadi teman untuk puter...