Sunday, February 13, 2011

Mabruk, wahai rakyat Mesir!

Hosni Mubarak, Mesir, IM dan Ketakutan Israel: Satu Analisa



Revolusi Mesir 2011

1. Jatuhnya Ben Ali Zainal Abidin (seorang diktator kejam Tunisia) dengan revolusi rakyat menyemarakkan semangat rakyat negara negara arab yang sekian lama tertindas untuk bangkit menggulingkkan pemimpin tiran, terutama Mesir (semua orang tahu kekejaman Husni Mubarak).

2. Mesir negara 'rakyat' miskin. Kekayaan hasil bumi tidak dapat dinikmati rakyat. Separuh dari penduduk berjumlah 80 juta berpendapatan kurang dari USD2 (RM6) sehari. Pengemis bersepah sepah disana sini sedangkan hasil bumi bertimbun timbun. Persekitaran sekeliling tidak dijaga, sampah bertaburan disana sini, bangunan bangunan terbengkalai dan tidak diselenggara dengan baik, jalan dan terowong berbau 'hancing' (saya melihat sendiri semua perkara ini). Kalau bukan kerana Al Azhar, ulamak ulamak, ilmunya dan peninggalan sejarah lama, tidak akan ada orang mahu ke Mesir. Begitulah kesimpulan saya tentang Mesir.

3. Berbeza dengan Malaysia, walaupun Malaysia antara negara tertinggi mengamalkan rasuah, namun hasil kekayaannya masih boleh dirasai rakyat, pembangunan juga berjalan dengan baik. Seandainya pemimpin sekarang mengabaikan kepentingan rakyat, dibiarkan harga minyak terus naik, harga barang mentah naik tanpa kawalan, maka tidak mustahil revolusi ini boleh tercetus di Malaysia. Wali'yazubillah, minta Allah Taa'la jauhkan. Kita masih menyanjung prinsip demokrasi.

4. Demokrasi di Mesir sangat buruk. November 2010, Ikhwanul Muslimin (IM) tidak mendapat sebarang kerusi, sesuatu yang mustahil sedangkan pilihanraya sebelumnya IM mendapat 20% dari jumlah keseluruhan kerusi. Penangkapan beberapa orang IM juga membuktikan betapa tidak demokrasinya pilihanraya di sana (ikuti ucapan Dr Mohamad Al Badie)

5. Yusoff Al Qardhawi dalam ucapannya di Al Jazeera meminta Hosni berudur segera kalau masih memiliki hati dan perasaan. Cukuplah 30 tahun! kata beliau.

Ikhwanul Muslimin (IM) dan kebangkitan rakyat Mesir


1. Tidak dapat dinafikan pengaruh IM di Mesir. Apabila kenyataan dikeluarkan oleh Dr. Essam El Erian bahawa IM akan menyertai demonstrasi, Hosni Mubarak dan pembesarnya resah kerana IM merupakan parti yang dominan menguasai medan di Mesir (boleh baca disini)

2. IM telah membuat keputusan untuk tidak menjadi 'main player' dalam politik Mesir apabila Hosni Mubarak digulingkan. IM memberi sokongan kepada Dr El Baradie untuk memimpin Mesir. El Baradei merupakan 'director general' di International Atomic Energy Agency IAEA. Merupakan 'Egyptian Nobel Laureate'.

3. El Baradie dalam temuramahnya di CNN mengumumkan bahawa akan mengajak IM untuk bersama 'kerajaan baru' Mesir. Ketika ditanya, adakah IM seperti Al Qaeda dan kumpulan ekstrimis lain, beliau menjawab ' TIDAK, IM tidak sama dengan kumpulan kumpulan ekstrimis, sumber sumber yang mengatakan IM adalah kumpulan ekstremis adalah dongengan belaka' (ikuti wawancara penuh disini)

4. Kebijakan IM untuk tidak menjadi 'main player' dalam politik Mesir adalah tepat. Akhbar Israel (Israel Today) melaporkan kebimbangan besar mereka apabila Hosni jatuh adalah IM memerintah Mesir. IM yang disebut sebagai 'forerunner' kepada HAMAS dalam akhbar mereka menyatakan kebimbangan terhadap perkara ini (sumber).

5. Sekiranya IM memerintah, IM terpakasa menanggung hutang Mesir yang tak terhitung banyaknya, tekanan dari Barat seperti Amerika dan sekutunya terhadap IM juga pasti meningkat kerana IM merupakan gerakan Islam terbesar yang mereka sedia maklum. Tekanan demi tekanan tanpa bantuan dari negara Arab lain pasti akan membuat IM 'letih'. Kemungkinan juga Mesir akan dipulaukan seperti yang berlaku pada Iraq dan Iran.

6. Kejatuhan parti Islam di Al Jazair dan sudan juga menjadi pengalaman berguna buat IM.

7. Mengikut Perjanjian Camp David (17/9/1978), Mesir mengimpot kebanyakan makanan rujinya, gandum dan tepung dari Amerika. Sekiranya IM memerintah, catuan makanan pasti berlaku dan rakyat akan kembali marah

8. Ben Ali digulingkan, tetapi kerajaan baru yang dibentuk masih belum memberi ruang sepenuhnya kepada An-Nahdah Islamic Party (IM) untuk memerintah walaupun IM merupakan parti yang dominan. Tambahan lagi parti ini telah diharamkan dulu (Tunis in transition).

9. Ketua IM Tunisia dari Parti An-Nahdah, Syeikh Abdul Rashid Ghaanusyi telah kembali ke Tunisia setelah dibuang ke England kerana partinya memenangi pilihanraya 1991. Kemenangan ini menyebabkan parti mereka diharamkan dan Abdul Rashid dibuang ke England. Sampai sekarang Syeikh Abdul Rashid Ghaanusyi hanya memaklumkan bahawa mereka akan cuma bertanding pada pilihanraya parlimen bukan presiden.

10. Keadaan ini dan keadaan negara arab yang lain pasti akan menimbulkan masalah yang sangat besar kepada IM sekiranya IM memerintah Mesir buat masa sekarang.

11. Tahniah IM! kerana mengambil keputusan yang tepat.

Kebangkitan rakyat Mesir dan Ketakutan Israel dan Amerika

1. Polisi Mesir sebelum ini pada zaman Hosni Mubarak banyak memihak kepada kepentingan politik Israel. Ketika Gaza diserang, Mesir tidak menghulurkan bantuan malah menutup sempadannya untuk membantu rakyat Palestin. Tak cukup sekadar itu, negaranya dijadikan tempat untuk membantu Israel.

2. Tembok tembok besar dibina, terowong terowong dilontar racun untuk memusnahkan rakyat Palestin dari terus hidup. Begitulah kejamnya Hosni Mubarak

3. Israel masih mencongak siapakan pengganti Hosni Mubarak. Yang penting bukan dikalangan IM, kerana mereka sedia maklum bahawa sekiranya IM memerintah, pasti HAMAS akan mendapat banyak manfaatnya dan sekaligus menyukarkan mereka menduduki Palestin. Cita cita mereka untuk mewujudkan Israel raya juga akan terkubur (sumber).

4. Pengalaman Israel kalah kepada tentera Mesir dan IM (yang memainkan peranan besar) sebelum perjanjian Camp David menjadi pengalaman pahit buat Israel. Kekuatan tentera Salahuddin Al Ayubi yang berpusat di mesir menawan Palestin juga memeberi impak yang sama. Israel bimbang sejarah mungkin berulang seandainya IM memerintah Mesir.

5. Dr Elbaradei juga dijangkakan tidak akan meneruskan dasar Hosni Mubarak dengan Israel. Penglibatan El Baradei dalam IAEA ketika penyiasatan penggunaan nuklear di Iran menyatakan bahawa El Baradei seorang yang 'baik'. Ketika hasil siasatan menunjukkan bahawa Iran mengguunakan nuklearnya untuk peperangan, El baradei menyatakan bahawa Iran membangunkan nuklearnya untuk manfaaat rakyat (sumber dari IAEA Web) 'Kebaikan' El Baraadei ini membimbangkan Israel.

6. Obama beberapa kali menelefon Hosni Mubarak dan menghantar wakil untuk berbincang dengan Hosni. Hasil perbincangan belum diketahui. Namun dari riak pelakuan mereka menunjukkan mereka takut seandainya IM memerintah (Boleh baca disini). Dalam wawancara CNN dengan El baradei juga, mereka menyatakan perkara yang sama.

7. Kebangkitan parti parti Islam di Timur tengah membimbangkan Amerika dan Israel.

Kesimpulan


1. Kebangkitan rakyat arab di Timur Tengah dijangka merebak ke kawsan kawasan lain. Rejin rejim diktator perlu sedar bahawa tidak selamanya mereka boleh menjadi diktator menindas rakyat. Kuasa itu amanah yang akan dipersoalkan diakhirat kelak

2. Kerajaan Malaysia dan negara lainnya perlu sedar bahawa kehendak rakyat dan pembangunan negara perlu diutamakan. Apabila masalah berlaku, tindakan drastik perlu diambil.

3. Kerajaan juga perlu berusaha mengeluarkan rakyat Malaysia di Mesir, terutama golongan wanita dan kanak kanak. Jangan sampai ada yang cedera kemudian baru nak bertindak. Ketika itu nasi sudah menjadi bubur.

4. Kecewa dengan sikap pegawai Malaysia dia sana seperti yang dipaporkan oleh Harakah Daily. Ketika orang susah, pegawai Malaysia di sana sibuk cari makanan untuk Kohilan Pilay.

5. Revolusi ini adalah tanda kehebatan Allah SWT. Tiada siapa boleh menandingi kehendaknya. Puluhan
tahun memerintah, dirasakan sudah bahagia dan selamat, tatapi percaturan Allah berkehendakkan sebaliknya

6. Wahai pemimpin dunia, bertakwalah! ingatlah kuasa itu AMANAH

7. Kami ingin menganugerahkan orang-orang yang tertindas di mukabumi. Kami hendak menjadikan mereka imam-imam (di tempat mereka). Kami hendak menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (kepimpinan dunia). Kami meneguhkan mereka di mukabumi. Kami (hendak) memperlihatkan Firaun, Haaman dan tentera-tentaranya apa yang mereka takutkan (kebangkitan dan kekalahan)” (Al-Qasas : 5).

Wallahua'lam
Pena Mujahid
http://hafidzyusoff.blogspot.com

dipetik drpd www.halaqah.net

No comments:

Post a Comment

Coretan buat Putri Kedua

 Assalamualaikum.. Alhamdulillah dengan rahmat dan kasih sayang Allah, kami dikurniakan seorang puteri lagi, bakal menjadi teman untuk puter...