Saturday, August 25, 2018

Bukit Kluang On The Spot

Assalamualaikum.. Salam AidilAdha semua..

Bermula tahun lepas, AidilAdha disambut dengan kejutan diri sendiri. Tahun lepas, minggu cuti sekolah itulah ke Pulau Kapas. Tahun ini, bagi menghabiskan cuti berbaki dua hari lagi, saya dan dua adik lelaki mendaki Bukit Kluang, Besut.

"Jom ke Bukit Kluang esok,"kata saya pada malam sebelumnya.

"Seriuslah?" Terkejut juga adik-adik nak percaya. Eh, Pulau Kapas tu pun on the spot tau.

"Serius la ni. Pukul 8 pagi esok kita bertolak. Pergi beli roti dan tuna buat bekal esok."

Keesokan harinya, kami bertolak pukul 8.30 pagi, lewat setengah jam daripada yang dirancang.

Dari Marang, kami melangkaui Kuala Terengganu dan Setiu untuk sampai ke Bukit Kluang, Besut.

Pukul 10.30 pagi kami sampai di Bukit Kluang. Keluar sahaja dari kereta, terus kami cari tempat untuk naik mendaki.

Kami berada di puncak dalam pukul 11.30 pagi. Pemandangan di atas memang tersangat cantik.

Alhamdulillah, betapa banyak nikmat Allah kurniakan untuk kita. Walaupun dilanda kesusahan dan kesedihan, ada jalan lain untuk mencari kebahagiaan. InshaaAllah..

No comments:

Post a Comment

Coretan buat Putri Kedua

 Assalamualaikum.. Alhamdulillah dengan rahmat dan kasih sayang Allah, kami dikurniakan seorang puteri lagi, bakal menjadi teman untuk puter...