Sunday, November 29, 2015

Pengalaman Kerja vs Taraf Pendidikan

Alhamdulillah..

Hari ini hari terakhir aku bekerja di kedai runcit ini. Memang sedih untuk tinggalkan semua ini, tambah lagi banyak juga pengalaman yang aku perolehi di sini. Tetapi, aku ada cita-cita dan perancangan aku sendiri untuk masa depan.

Sepanjang berada di sini, ada juga beberapa tempat lain menawarkan aku kerja dan memanggil aku pergi temuduga. Aku terpaksa menolak kerana hatiku lebih kuat untuk mencapai cita-cita.

Berbeza dengan keadaan di universiti dahulu ketika aku praktikal lima bulan di situ, di sini sangat mementingkan pengalaman bekerja. Pantang cakap kita ni seorang 'multitasker', memang habis kerja mereka bagi kita.

Di universiti pun ada 'multitask' dia, cuma beza pada cara arahan disampaikan. Dari segi cara berkomunikasi antara pekerja dengan pekerja, majikan dengan majikan dan dengan orang luar.

Nampaknya, hati ini lebih condong kepada bidang kerja dalam pendidikan. Selain cara menimba ilmunya lebih formal, kita lebih banyak masa untuk mengkaji dan menelaah buku-buku lain. Menimba ilmu di tempat kerja memerlukan kita banyak menghabiskan masa melihat sendiri proses kerja, cara mengendalikan mesin dan cara mengendalikan pelanggan, penghutang, pemiutang dan orang luar.

Keduanya memang sangat dinamik untuk diserasikan tetapi memerlukan keseimbangan yang lebih kukuh. Umpamanya, dari segi disiplin kerja dan masa serta optimumkan masa kerja dan bidang tugas. Walaupun pelbagai kerja dapat dilakukan, ia lebih cantik dan sistematik jika pembahagian tugas mengikut kemahiran pekerja-pekerja yang ada.

Okey, saya rasa bahasa saya dah sangat mengelirukan. Baik saya berhenti dahulu. InshaaAllah pada entri yang lain, saya akan menceritakan dengan lebih berinformasi.

Wassalam.

2 comments:

Coretan buat Putri Kedua

 Assalamualaikum.. Alhamdulillah dengan rahmat dan kasih sayang Allah, kami dikurniakan seorang puteri lagi, bakal menjadi teman untuk puter...