Assalamualaikum..
Tiba-tiba terfikir sesuatu.. Bestnya kalau dapat pergi ke Mesir ke, Australia ke.. Semuanya perlukan usaha yang lebih untuk semua ini..
Harapan dan impianku sekian lama sejak tingkatan empat lagi. Walaupun terlalu banyak halangan yang ada, impian itu tak pernah padam. Harapan masih ingin dicari.
Dalam pencarianku sekian lama, aku sedar semuanya bermula dengan diriku sendiri. Mengapa begitu mudah aku jatuh dengan halangan-halangan yang ada? Padahal aku mampu untuk terus mengekalkan semua ini. Di mana semangatku untuk meneruskan cita-citaku?
Terkadang hatiku begitu rapuh, terguris sedikit terus terluka dan parutnya seakan payah untuk hilang. Tetapi memikirkan apa yang aku harus kejar dan aku harus capai, aku kena tetap kuat dan yakin. Kejayaan itu tersedia untuk orang yang sentiasa berharap pada Allah sepenuhnya dan tidak pernah jemu berusaha. Atas dasar itu, aku tetap ingin melangkah walaupun kabur masa depan itu.
Payah untuk didefinisikan semua ini. Penat untuk melayan segala gelisah dan keputus-asaan yang ada. Keliru untuk memahami keadaan sekeliling. Cita-cita mesti dicapai walau apa pun yang berlaku. Itu perkara utama mesti difikirkan dan ditunaikan setelah hampir tiga tahun aku mengenepikan cita-citaku ini. Harap doa dari semua.
Carilah Dia kala duka merantai diri..pada suka yang membebaskan hati.. Lepaskan kedukaan dengan janji terindah dari-Nya.. ALLAH sentiasa perhatikan kita..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Coretan buat Putri Kedua
Assalamualaikum.. Alhamdulillah dengan rahmat dan kasih sayang Allah, kami dikurniakan seorang puteri lagi, bakal menjadi teman untuk puter...
-
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.. Kereta baru lembu pun baru, Baru sekali masuk Melaka, Tuan baru saya pun baru, Baru sekali ...
-
Alhamdulillah.. Pagi tadi, pukul 7 kami sudah berkumpul menunggu bas untuk membawa kami melaksanakan program khidmat masyarakat bagi subje...
-
Assalamualaikum.. Alhamdulillah, pada 18 Ogos 2018 saya dan kawan-kawan telah melawat ke Melaka Bandar Bersejarah. Sebenarnya, sambil meny...
No comments:
Post a Comment