Wednesday, July 8, 2015

Ramadhan Kareem.. Allahu Akram..

Assalamualaikum..



Setelah sekian lama tidak menjenguk teratak hamba ini, rasa rindu dan 'gatal' sikit tangan nak menaip. Bukan cerita baru pun. Sekadar perkongsian.

Alhamdulillah..Syukur sebanyak-banyaknya pada Allah yang masih sudi memanjangkan nafas sehingga saat ini. Kesakitan telah terubat, kesusahan juga telah Allah mudahkan. Akhirnya, episod hari ini berjalan sebagaimana yang Allah takdirkan, lancar dan tenang.

Kali ini, Ramadhan hampir berakhir. Terdengar berita bahawa tarikh melihat anak bulan Syawal adalah 16 Julai 2015. Rasanya baru sahaja terngiang-ngiang dekat telinga ni, nak tengok anak bulan Ramadhan. Sekarang dah dekat Syawal.. Allahu, pantas benar masa berlalu sehingga tak perasan pun bila ia singgah bertamu.

Mungkin Ramadhan kali ini adalah yang terakhir, atau mungkin, Allah akan mempertemukan lagi kita dengan Ramadhan yang lain. Tapi apa bezanya? Semakin sucikah hati jika dibanding sebelumnya? Semakin banyak amalkah, atau semakin bersih akhlak daripada segala kekotoran? Muhasabah sebentar.

Allah Maha Hebat, Maha Kuasa dan Maha Agung. Dia Maha Penyayang dan Pemurah.. Dia datangkan Ramadhan untuk tarbiah, beri peluang untuk kita tingkatkan amalan, dan kejar keredhaan-Nya..

Seringkali kita terlupa, bahawa bulan ini Allah khaskan untuk kita. Ya, sangat special sebab Allah tutup semua pintu neraka, ikat syaitan, dan buka pintu syurga dan keampunan buat kita. Kalau katakanlah kita ni berasa malas sangat hendak solat, bukan sebab syaitan dah tu. Itu sebab kita sendiri. Hawa nafsu kita. Beruntunglah mereka yang dapat mengenali hawa nafsu dan dapat mengawalnya. Kerana itulah yang Allah nak tarbiah kita dalam bulan ini.

Ada perkara buruk yang kita suka buat tanpa kita sedari. Lalu Allah uji perkara itu menjadi sangat berat buat kita. Kita hampir berputus asa, namun dengan rahmat Allah, Allah beri jalan pada kita. Bukan tiba-tiba je datang jalan tu, semuanya dengan doa.

Kata seorang ustaz dalam radio Ikim.fm, kalau kita hendakkan sesuatu dengan orang, mestilah kita kena minta dengan tuan punya dulu. Bukan usaha untuk ambil baru minta. Macam itulah Allah. Berdoa diberi jalan keluar, berdoa dimurah rezeki, berdoa dimudahkan urusan, barulah usaha dan tawakal.

“… Mereka berdoa kepada Tuhan mereka dengan rasa takut dan harap.” (Surah as-Sajdah, 32: 16)

Jadi, marilah kita sama-sama menjadikan Ramadhan kali ini, madrasah untuk mencapai tingkat taqwa itu. Saya ada ceritakan tentang taqwa dalam entri yang lain sebelum ini. Boleh juga memahami kaitan iman dan taqwa melalui perbincangan ulamak-ulamak yang dipercayai, ustaz-ustaz di Malaysia seperti Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman, Ustaz Norhisyam Tuan Padang, Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Kazim Elias dan lain-lain lagi. Selamat mengejar Lailatul Qadar..





Wassalam.. ^_-

No comments:

Post a Comment

Coretan buat Putri Kedua

 Assalamualaikum.. Alhamdulillah dengan rahmat dan kasih sayang Allah, kami dikurniakan seorang puteri lagi, bakal menjadi teman untuk puter...