Sunday, June 20, 2010

Duhai Mujahidah


Duhai mujahidah,
sapulah air matamu itu
jangan lagi kau tangisi akan dia
dia tidak akan datang kepadamu

Duhai mujahidah,

kasihannya dikau
diterpa bayangannya yang lalu
dihembus lagi dengan cerita dahulu
cerita antara kau dengan cinta butamu

Dulu,

kau sering bermesej dengan si dia

kau sering berhubung dengannya
kadang-kadang temannya kau hubungi
hanya untuk bertanyakan tentang dia

Setelah lama hanyut dalam lautan kasihmu
kau akhirnya sedar dengan paluan iman

dan hidayah
kau ingin pergi jauh dari bayangannya
jauh dari cinta butamu


Duhai mujahidah,
kau masih sedih

walaupun kau sudah menjauhi mereka bernama Adam
kau masih dirundung kecewa
kerana cerita dulumu masih menjadi ingatan

Mujahidah yang dicintai,
janganlah begitu
kau insan terpilih
bukan semua orang yang dipilih untuk diuji hatinya
tapi kau masih boleh bertahan

Mujahidah yang dikasihi,
sapulah air matamu itu
jangan diingat lagi kisah itu
berjanjilah padaku bahawa
kau akan tetap istiqamah dalam pelarianmu
menuju Allah Yang Esa


Yakinlah wahai mujahidah,
Allah tetap mengasihimu
walaupun kau melupakan-Nya

saat kau hanyut tetap ditarik-Nya mu kepada rahmat-Nya

Mujahidah tercinta,
tetaplah terus berjuang untuk agama Allah

ingatlah prinsip dan cita-cita yang kau pegang
jangan lepaskan
kerana matlamatmu
adalah mati

Oleh itu sayangku,
bakarlah cinta yang palsu itu

dan datanglah kepada Allah
dengan sesebenar cinta dari hatimu..


Salam mujahadah...

No comments:

Post a Comment

Coretan buat Putri Kedua

 Assalamualaikum.. Alhamdulillah dengan rahmat dan kasih sayang Allah, kami dikurniakan seorang puteri lagi, bakal menjadi teman untuk puter...