Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
Salam diutus pembuka bicara..
Sejak beberapa hari lalu daku teringat tentang kematian dan pelbagai ujian dunia yang dihadapi. Sudah terlalu lama aku tidak mengingatkan diriku tentang kematian. Kerana kematianlah yang membawaku dekat pada Tuhanku.
Petang ini, aku mendengar lagu tentang dunia dan kematian. Keduanya sangat berkaitan meskipun dunia dan kematian takkan dihadapi dalam masa yang sama. Tetapi, kematian dihadapi setelah menghadapi dunia.
Indah dunia yang mempesona
Bagai dian terang menyala
Sehingga terlupa kan padam akhirnya
Dunia ini hanya pinjaman
Untuk menguji keimanan
Akhirat nanti yang menentukan
Balasan syurga ataupun neraka
Mengapakah dunia yang dikejari
Sedangkan ia kan ditinggal pergi
Apalah gunanya harta di sisi
Tika jasad terkubur terkaku mati
Bayangkanlah jika di dunia ini
Bekalan terhenti mudah dicari
Bagaimana pula di sana nanti
Tanpa bekal pahala kita yang rugi
Bersyukurlah sentiasa
Dengan apa yang ada
Adakala harta dunia
Belum tentu membantu kita
Menjadi bebanan dan menyusahkan
Lagu : Pesona Dunia
Kump. Nasyid : In Team
Dalam buku Nuzhatul-Jalis Khutbah Lin-Nabial-Mukarram, dicatatkan tentang khutbah Rasulullah. Katanya :
" Wahai manusia, demi Allah, hendaklah kamu bersungguh-sungguh dan jangan terlalu suka bermain-main. Hendaklah bersikap jujur dan jangan suka berdusta. Kematian akan datang secara mengejut. Jangan kamu terpedaya dengan manusia. Kamu sudah melihat orang terdahulu yang mengumpulkan harta benda dan takutkan kemiskinan. Mereka ingin mengelak daripada kepada kematian kerana keinginan mereka terlalu banyak. Kerana itu, mereka meminta agar ajal tidak disegerakan. Tetapi maut tetap datang kepada mereka, sehingga mereka gementar dan ia meragutnya ketika mereka di dalam tempat perlindungan.
Apakan kamu tidak melihat orang yang terlalu tinggi cita-citanya. Mereka membangunkan istana dan mengumpulkan sebanyak-banyak harta. Tetapi rumah-rumah mereka akhirnya menjadi liang kubur kepada mereka dan harta yang mereka kumpulkan menjadi sia-sia. Setelah itu, harta kekayaan mereka menjadi milik waris-waris mereka dan isteri-isteri mereka yang berasal daripada keluarga lain. Sudah tentu mereka tidak memberikan sebarang manfaat kepada kamu.
Siapa yang bertaqwa, dia merasa kedatangan ajal terlalu lambat dan dia mendapat manfaat daripada amal kebaikannya. Oleh itu, lakukan perbuatan untuk ke syurga, kerana dunia ini tidak dijadikan sebagai tempat tinggal kamu. Tetapi dunia ini hanya perantaraan bagi menuju akhirat."
Inti Sari Khutbah:
1) Kematian berlaku secara tiba-tiba. Justeru, manusia tidak sepatutnya memberikan tumpuan kepada mengejar kejayaan dunia sehingga melupakan kepentingan akhirat.
2) Harta yang banyak menyebabkan pemiliknya takut mati kerana tidak mahu berpisah dengan harta kekayaannya.
3) Harta benda, wang ringgit, kediaman mewah dan anak-anak tidak berguna lagi apabila seseorang itu telah meninggal dunia. Sebaliknya semua hartanya menjadi milik orang lain.
4) Orang beriman sentiasa menanti saat kematian kerana rindu mereka kepada akhirat yang kekal abadi.
5) Dunia ini tidak dijadikan sebagai tempat manusia hidup selama-lamanya. Sebaliknya ia hanya medium perantaraan sebelum menuju ke akhirat yang kekal abadi.
6) Justeru, ketika masih di dunia ini, lakukan perbuatan baik yang boleh membawa seseorang itu ke syurga.
Petikan daripada buku Khutbah Rasulullah S.A.W. oleh Rohidzir Rais
Ku merintih, aku menangis,
Ku meratap, aku mengharap,
Ku meminta dihidupkan semula,
Agar dapat kembali ke dunia nyata
Perjalanan rohku,
Melengkapi sebuah kembara,
Singgah di rahim bonda,
Sebelum menjejak ke dunia,
Menanti di barzakh,
Sebelum berangkat ke mahsyar,
Diperhitung amalan,
Penentu syurga atau sebaliknya
Tanah yang basah berwarna merah,
Semerah mawar dan juga rindu,
Tujuh langkah pun baru berlalu,
Seusai talkin bernada syahdu,
Tenang dan damai di pusaraku,
Nisan batu menjadi tugu,
Namun tak siapa pun tahu resah penantianku
Terbangkitnya aku dari sebuah kematian,
Seakan ku dengari,
Tangis mereka yang ku tinggalkan,
Kehidupan disini bukan suatu khayalan,
Tetapi ia sebenar kejadian
Kembali oh kembali,
Kembalilah kedalam diri,
Sendirian sendiri,
Sendiri bertemankan sepi,
Hanya kain putih yang membaluti tubuhku,
Terbujur dan kaku,
Jasad didalam keranda kayu,
Ajal yang datang dibuka pintu,
Tiada siapa yang memberi tahu,
Tiada siapa pun dapat hindari,
Tiada siapa yang terkecuali,
Lemah jemari nafas terhenti,
Tidak tergambar sakitnya mati,
Cukup sekali tak sanggup untuk ku mengulangi
Jantung berdegup kencang,
Menantikan malaikat datang,
Menggigil ketakutan gelap pekat dipandangan,
Selama ini diceritakan,
Kini aku merasakan,
Di alam barzakh jasad dikebumikan
Lagu : Menanti Di Barzakh
Kump. Nasyid : Mestica
Tersentap juga hatiku mendengar lagu-lagu tersebut. Semoga aku akan kembali istiqamah dalam mentaati Allah. Kuatkanlah hatiku dan teman-teman seperjuanganku untuk menghadapi dunia ini dan kematian ya Allah.. Kurniakanlah hidayah dan rahmat-Mu untuk kami dan janganlah tinggalkan kami dalam keadaan menzalimi diri sendiri. Ampunilah kami dan rahmatilah kami ya Allah...
Carilah Dia kala duka merantai diri..pada suka yang membebaskan hati.. Lepaskan kedukaan dengan janji terindah dari-Nya.. ALLAH sentiasa perhatikan kita..
Subscribe to:
Posts (Atom)
Coretan buat Putri Kedua
Assalamualaikum.. Alhamdulillah dengan rahmat dan kasih sayang Allah, kami dikurniakan seorang puteri lagi, bakal menjadi teman untuk puter...
-
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh... Setelah sekian lama menyepi dalam penulisan blog ini, saya ingin berkongsi sekali lagi ten...
-
Assalamualaikum warahmatullah.. Husnu zhon adalah daripada perkataan arab di mana husnu bermaksud baik dan zhon bermaksud sangka. Jadi, ma...
-
Tika mata diuji manisnya senyuman terpamit rasa menjunjung harapan dan seketika terlontar ke dunia khayalan hingga terlupa singkat perjalana...