Sahabatku,
kala ini aku telah jauh darimu
tapi ketahuilah bahawa hatiku ada padamu
kerana itulah sungguh berat ku melangkah
Peritnya mengharungi perjuangan di jalan ini
terkadang hati dihasut syaitan
agar berhenti berjuang
tapi sahabatku,
aku tahu bahawa Allah menjadikanmu
sebahagian dariku
supaya aku terus tabah
Kuatnya aku kerana rahmat Allah
yang dihulurkan melaluimu
Tabahnya aku bila kata-katamu menghiasi hariku
dengan peringatan dari Allah
Sahabatku sayang,
puisimu dulu masih kusimpan
masih jua kutatap tika kesepian
terkadang air mata ini tak mampu ku tahan
walau ku cuba berkali-kalu
ia tetap mengalir jua
maafkan aku
Rindunya aku padamu
seperti rindunya bumi untuk menerima hujan
supaya berkekalan kasih sayang antara kita
dengan redha Allah
Aku merinduimu seperti langit merindui pelangi
seperti malam merindui purnama
seperti siang yang memerlukan mentari
Sahabatku,
berjanjilah bahawa kita akan terus bersahabat kerana Allah
hingga ke syurga...
ko nih wat aku nak menangis...
ReplyDeleteindahnya bersahabat kerana Allah..
keindahan seperti itulah aku merasakan tika bersamamu..moga kasih syg kita berkekalan hingga ke alam sana..
insya Allah, yung.. Aku pun harap Allah panjangkan persahabatan kita sehingga ke jannah.. amin..
ReplyDelete