Saturday, June 19, 2010

Siti Khadijah Serikandi Sejati


Kaulah lambang cinta Sejati
serikandi pertama tika Islam bermula
hatimu menyalakan keyakinan
hartamu membuktikan pengorbanan

Rasul keseorangan engkaulah teman
dia tersisih engkau memilihnya
dia terbuang engkau menyayanginya

kerana iman kau sanggup berjuang

oh.. Siti Khadijah namamu indah

qudwah hasanah tauladan ummah
tika Rasul terpinggir engkaulah insan terhampir

Siti Khadijah mujahidah solehah
agung jasamu di persada sejarah

pemergianmu ditangisi Nabi

hingga kini tiada pengganti

sunyi jalan menuju Allah
menggamit hati mencari teman
indah jalan menuju Allah
jika teman seperti Khadijah

masih ada lagi..

Sahabatku,
payahnya mencari insan seteguh Khadijah
percaya ketika insan lain mendustai
dialah yang menenangkan Nabi Muhammad ketika balik dari Gua Hira'
dalam keadaan yang mencemaskan dan menggeletar
dia yang menyelimutkan dan meyakinkan Nabi Muhammad
bahawa suaminya itu memang seorang utusan Allah
yang didatangkan untuk memimpin umat akhir zaman

Sedarkah kita sahabatku,
sayangnya Rasulullah kepada Khadijah

melebihi sayangnya kepada isteri-isteri baginda yang lain
sehingga Aisyah sendiri cemburu apabila nama Khadijah sering disebut-sebut baginda
walaupun telah lama pergi
pemergian Khadijah adalah kesedihan yang teramat bagi Nabi
selain turut kehilangan bapa saudara baginda, Abu Talib


agungnya pengorbanan yang dilakukannya
saat manusia lain tak sanggup untuk berkorban untuk Rasulullah
utuhnya kepercayaan yang diberikannya
saat manusia lain masih dalam keraguan
teguhnya kesetiaan yang dihulurkannya
saat manusia lain lari kerana takutnya ditindas dan diseksa
istimewanya Khadijah di hati Rasulullah
masihkah ada di zaman ini?
masih adakah mujahidah solehah seperti Khadijah?

Renungkanlah, sahabat-sahabatku..

No comments:

Post a Comment

Coretan buat Putri Kedua

 Assalamualaikum.. Alhamdulillah dengan rahmat dan kasih sayang Allah, kami dikurniakan seorang puteri lagi, bakal menjadi teman untuk puter...