Thursday, June 24, 2010

Cintaku dalam Halaqah


MASA cuti sudah hampir ke penghujungnya. Tak sabar pula untuk menyambung kembali pengajian untuk semester seterusnya. Rindu pada teman-teman pula semakin mekar berbunga, apatah lagi pada akhowat dalam halaqah.

Hari ini aku bersama Ashyerah, Nadiah, Wardah, Aini dan Fahmi meluangkan waktu untuk menziarahi guru-guru di SMA Marang. Rindunya pada guru-guru yang telah banyak mengajar kami tak usah dikata lagi. Memang jarang untuk berpeluang ke sekolah begini. Tambahan lagi, kebetulan kami pergi, pelajar-pelajar tingkatan tiga akan ada kem, tak ingat pula nama kemnya. tak apalah, ya.. Isnin ni pula ada peperiksaan I'dadi.. Berdebar pulak rasanya untuk adik-adikku tercinta di sana.

Kembali kepada cerita asalku. Aku mengenali istilah usrah apabila Amirah memberitahu aku ketika berada di tingkatan 4. Semasa di Kospint pula, aku dah terlibat dengan satu halaqah bersama ustazahku yang tercinta, Ustazah Wan Ruhaida ketika di tingkatan 5. Banyak yang kami dapat kongsi bersama.

Halaqah bermaksud bulatan, manakala usrah pula bermaksud keluarga. Kami bersaudara dalam bulatan cinta. Hebatnya cinta dalam halaqah, subhanallah! Bila berjauhan, rasa rindu kerana Allah. Rindu untuk membaca Al-Qur'an bersama-sama, solat berjemaah, mendengar tazkirah dan berkongsi masalah masing-masing.

Tazkirah dalam erti kata sebenar adalah peringatan yang baik, sebagaimana Allah telah menyebutkan dalam surah al-Asr, ayat 1 hingga 3.

"Demi masa,
Sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian,
kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh,
dan mereka pula berpesan-pesan kepada kebenaran dan berpesan-pesan kepada kesabaran."

Pentingnya tazkirah itu memang diakui oleh diriku sendiri. Kadang-kadang aku juga lalai dan alpa kerana aku cuma manusia biasa. Yalah, manusia asalnya perkataan nasaya, atau nasiyun yang bererti lupa. Sebab itu perlunya manusia ini kepada tazkirah untuk kembali kepada Allah.

Hebatnya lagi ukhwah kerana Allah ini bila susah, ada yang membantu dan bila senang pula, dikongsi bersama. Semua yang dilakukan kerana Allah. Saling menerima dan memahami persaudaraan dalam Islam.

Aku juga pernah membaca sebuah novel Islamik, tajuknya Tautan Hati karya Fatimah Syarha. Ceritanya amat terkesan di hatiku. Sebuah cinta dalam halaqah yang matlamatnya hanya untuk mendapat redha Allah. Kagumnya aku pada watak Asiah Yusra kerana dapat membimbing sahabat-sahabatnya kembali ke pangkal jalan, dan yang paling hebat (subhanallah!), kristian yang hendak berdebat dengannya tentang agama pun masuk Islam akhirnya. Subhanallahi wabihamdihi.. Sesungguhnya hidayah itu datang dari Allah..

Terasa kosongnya jiwaku tanpa pengisian jiwa seperti yang sering dilakukan dulu. Bercerita tentang kehebatan Allah, berkongsi hadith-hadith Rasulullah S.A.W. dan berkongsi pelbagai pengalaman.

Aku yakin, Allah sentiasa bersama orang-orang yang berhijrah. Aku ingin berhijrah dari masa laluku kepada lembaran baru. Buku lama akan kututup rapat-rapat. Yang bersemi di hatiku cuma cinta dalam halaqah dan cinta kepada Allah..

Sama-samalah kita beramal untuk mendapat keredhaan Allah..
bittaufiq wannajah..

No comments:

Post a Comment

Coretan buat Putri Kedua

 Assalamualaikum.. Alhamdulillah dengan rahmat dan kasih sayang Allah, kami dikurniakan seorang puteri lagi, bakal menjadi teman untuk puter...