Cuti Gawai seminggu memberi peluang kepada pelajar-pelajar UiTM untuk pulang ke kampung masing-masing. Memandangkan aku baru sahaja balik kampung Khamis minggu lepas, aku merancang untuk balik lambat sedikit. Tambahan pula ada Program Baitul Muslim pada hari Jumaat tidak memungkinkan aku untuk balik seperti biasa. Jadi, aku bercadang nak ikut lawatan percuma.. diulangi.. PERCUMA! ke Johor Bharu. Sementelah aku pun tak pernah jalan-jalan kat sana. Lawatan yang inshaaAllah bermanfaat sebab dalam kepala otak aku ni memang dah merangka macam-macam aktiviti sempena habis belajar dalam masa tak kurang setahun lagi.
25/5/2014 - 10.20 a.m.
Bermulanya perjalanan dari Kota Bharu ke Johor Bharu. Perjalanan memakan masa 14 jam melalui Pasir Puteh, dan Lebuhraya Pantai Timur apabila masuk ke Terengganu yang berakhir di Pahang. Hanya melalui sedikit kawasan Muadzam Shah, terus masuk Segamat, Johor. Namun, sebenarnya dari Segamat hendak ke JB memakan masa 1 jam lebih dan melalui ladang klapa sawit yang sunyi.
Kami berhenti rehat di Kemaman, Terengganu dan Machap, Johor. Dalam pukul 12 tengah malam, kami akhirnya sampai di homestay kami, Taman Munsyi Ibrahim.
26/5/2014 - 8.00 a.m.
Pagi yang indah. Kami dikehendaki berjalan kaki lebih kurang dua petak taman untuk ke tempat bas yang telah sedia menunggu kami. Tempat pertama lawatan kami hari ini ialah...
Pertubuhan Peladang Negeri Johor
Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ) berkonsepkan pengurusan halalan toyyiban dalam penternakan ayam secara besar-besaran oleh PPK yang dikontrakkan di bawah PPNJ. Pelaksanaan konsep adalah mementingkan cara penyembelihan mengikut syarak meskipun penyembelihan dilakukan di dalam kilang. Sebelum disembelih, ayam-ayam akan dipengsankan terlebih dahulu. Sekiranya ada ayam yang mati sebelum sembelih, ia akan terus dibuang serta-merta kerana mementingkan aspek halalan toyyiban.
Pendedahan tentang tatacara pemprosesan ayam ini dilakukan di pejabat PPNJ. Ayam ternakan tidak hanya dibekalkan dalam bentuk ayam daging, tetapi juga dalam bentuk produk-produk makanan yang lain seperti sate goreng, chicken chop dan sebagainya. Produk-produk tersebut diletakkan di bawah PPNJ Poultry & Meat Sdn. Bhd.Selepas mendengar penerangan di pejabat PPNJ, kami beralih ke Kilang PPNJ. Di sana pula kami mendengar penerangan Puan Frah Baizura. Ayam proses keluaran PPNJ telah banyak dipasarkan di serata negeri Johor, dan telah sampai ke Indonesia dan Dungun, Terengganu.
1.00 p.m. - 2.00 p.m.
Johor Premium Outlets
3.30 p.m. - 5.00 p.m.
Seterusnya, kami ke pusat beli-belah Angsana di Tampoi, Johor Bharu. Di situ kami berehat dan solat. Selepas itu, kami makan di luar pekarangan pusat beli-belah Angsana. Aku tidak melepaskan peluang untuk merasa 'originality of asam pedas ikan pari' yang memang 'kaw-kaw' pedasnya. Memang boleh jadi kegemaran ni.
6.00 p.m. - 7.00 p.m.
Bergerak ke tempat yang memang sangat-sangat aku nak sampai.
DANGA BAY!!! Pemandangan yang paling cantik dekat Johor bagi aku ialah di sinilah. Memang sangat cantik.
Jika terus memandang ke seberang lautan, itulah Singapura terletak. Sangat dekat jika dilihat dari sini. Pengunjung-pengunjung Danga Bay juga banyak daripada penduduk Singapura.
Selepas itu, kami kembali ke Johor Bharu. Tepat pukul 8 malam, kami sampai di Johor Bharu City Square. Di pusat membeli belah milik Cina ini, kami solat jamak dan qasar Maghrib dan Isyak. Kami juga dijemput oleh tuan rumah iaitu pengarah projek lawatan ini, Arif yang merupakan orang Johor Bharu, untuk berjalan-jalan di Pasar Karak yang tidak jauh dari JBCS.
Lebih kurang pukul 11.30 malam kami bertolak balik ke homestay. Cerita hari kedua lawatan bakal bersambung, inshaaAllah.. ^_~
No comments:
Post a Comment