Saturday, June 21, 2014

Lemahnya Hati aku

Subhanallah..

Baru semalam aku dikejutkan dengan berita budak UM pakai purdah disuruh buka semasa dalam dewan peperiksaan. Ketika itu, dia sedang khusyuk menjawab soalan. Rasanya memang agak tidak wajar dan melanggar haknya. Sementelah lagi, tiada pula amaran tentang pemakaian purdah di situ. Pastinya, sesiapa pun yang mengenakan purdah akan terus memakai jika tiada amaran.

Zulaikha Adam. Namanya seakan sama denganku. Namun, hatinya lebih kuat daripadaku. Benar katanya. Bukanlah memakai purdah itu menjamin seseorang itu jadi terlalu sempurna. Hakikatnya, manusia tetap mempunyai pelbagai kelemahan jika ada kekuatan pun.

Aku melihat padanya, pada apa yang lain-lain perjuangkan dalam isu purdah ini, aku kesal kerana tidak mampu menjadi sekuat itu. Seperti ditakdirkan, sebaik sahaja niat aku untuk menutup muka datang, ketika itu jugalah Allah menguatkan hati aku sedikit demi sedikit untuk memakainya.

Seringkali dugaan mendatang. Aku memendam niat sudah tiga tahun lebih. Mencari sebuah kekuatan. Di penghujung Januari 2014, aku nekad memakainya sekalipun hanya on off sahaja. Tetapi sehingga sekarang pun tetap on off kerana UiTM Kota Bharu tidak mmbenarkan pemakaian purdah.

Aku perhatikan, ramai pelajar yang sebenarnya berpurdah di luar, tetapi di dalam kampus mereka dilarang. Berbahagia sungguh sahabat-sahabatku yang dibenarkan, malah timbul sedikit iri dan sedih dalam hatiku. Tidak mampu untuk istiqamah dalam pekerjaanku.

Namun, apabila teringatkan ustazah yang pernah mengajarku Pengajian Al-Quran dan As-Sunnah ketika di tingkatan empat dahulu, hatiku terpujuk seketika. Ku akui, komitmen kerja memerlukan kita untuk menghormati polisi tempat tersebut. Jadi, demi Allah Yang Maha Pengasih, akan ku tetap berpakaian begitu selagi Allah redha. Sekiranya Allah redha, pasti tiada halangan dalam mengenakannya.

Wallahu A'lam..

No comments:

Post a Comment

Coretan buat Putri Kedua

 Assalamualaikum.. Alhamdulillah dengan rahmat dan kasih sayang Allah, kami dikurniakan seorang puteri lagi, bakal menjadi teman untuk puter...