Thursday, August 30, 2018

Jalan-Jalan Melaka : Buang Yang Keruh Ambil Yang Jernih

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, pada 18 Ogos 2018 saya dan kawan-kawan telah melawat ke Melaka Bandar Bersejarah. Sebenarnya, sambil menyelam minum air, sambil pergi kenduri kahwin di Negeri Sembilan, kita jalan-jalan teruslah ke Melaka.

Nak ke Melaka ni tak susah pun sebenarnya. Kami pergi melalui jalan dari Tol Kajang ke Tol Simpang Ampat. Rumah kenduri kahwin kawan kami terletak di Daerah Johol, Negeri Sembilan.

Selesai makan di tempat kenduri, kami meneruskan perjalanan ke Bandar Melaka. Hotel yang kami dah tempah berada betul-betul di bandar Melaka. Sepatutnya kami berempat tetapi hanya tiga sahaja yang dapat pergi.

D'Riverside Inn Hotel memang sangat bagus perkhidmatannya. Yang paling best bagi saya, staffnya sanggup reservekan parking betul-betul depan pintu hotel.

Memang mula-mula tu agak berpusing juga kami cari parking. Tiba-tiba staff dia call cakap dah reservekan parking untuk kami.

Hotel ini betul-betul terletak di tepi jalan, dalam bangunan rumah kedai, tetapi designnya memang cantik. Nanti saya kongsikan design dalamannya.  Memang stafnya ada suruh bergambar kat dalam tu. Hehe



D'Riverside Inn Melaka


Hotel ini bagi peta Bandar Melaka sekali Siap tunjuk arah mana kami akan berjalan sepanjang Bandar Hilir di Melaka ini.




Cantik kan bergambar di sini.. I Love Melaka



Kami lalu jalan pintas untuk ke A Famosa. Tetapi sebenarnya kat atas bukit itu adalah runtuhan Gereja St. Paul. Berpusing juga kami ke sana.


Tangga untuk panjat ke atas. Dah macam hiking. Nak menangis naik ni, dah lama tak exercise.

Kami dah sampai kat atas. Tinggi juga bukit ni. Kat belakang kami nun jauh di sana kelihatan Menara Taming Sari.


Runtuhan Gereja St Paul.







 Tempat nak beli tiket kat bangunan yang seperti Minangkabau tu.

Menara Taming Sari

Kami dah kat dalam. 

Selepas menaiki Menara Taming Sari, kami berjalan-jalan di Jonker Walk. Pasar Malam ini memang terdapat banyak cenderamata dan makanan orang sini. Bolehlah kalau nak borong kat sini, murah juga. Cencalok pun ada kat sini.

Selepas makan di Asam Pedas Jr., kami berjalan kaki pulang ke hotel. Boleh tahan juga berjalan hari ini, tetapi tak adalah teruk sangat. Ok je. Hehe

Hari Kedua.

Seterusnya, kami bersiap dalam pukul 10 pagi. Kami berjalan kaki lagi ke tempat River Cruise. Best kan jalan kaki je. Jimat minyak, jimat duit. Hehe. Hari ini, plan kami :

1) River Cruise
2) Masjid Selat
3) Pantai Klebang

Lepas tu, terus balik Kajang la.




Hasil River Cruising kami.

 Kapal ini memang sangat dekat dengan Jeti River Cruise.

Masjid Selat terletak lebih kurang 13 km sahaja dari Bandar Hilir.





Kedudukan masjid ini di tepi pantai memang tersangat cantik. Dari pantai ini, kelihatan kapal-kapal yang berlayar di tengah lautan.

Sebenarnya, semasa naik Menara Taming Sari juga, kelihatan kapal-kapal di tengah laut.



Seterusnya, kami menuju ke Pantai Klebang, pantai yang agak famous di Melaka ini dan terkenal dengan coconut shakenya. Rupanya coconut shake kat sini ada pelbagai perisa. Tetapi saya hanya suka yang asli. Yang nak cuba perisa lain tu, bolehlah cuba di sini.

Tengoklah nasi goreng seafood dia, macam semua seafood ada kat dalam ni. Harga RM9 sahaja. Ok la tu kan. Banyak hidupan kat dalamnya. Hehe

Ok, sekian cerita jalan-jalan Melaka daripada saya. Nak tengok video, saya ada upload video semasa di atas Menara Taming Sari. Ni video dah nak turun. Hehe. Selamat menonton.

Terima kasih kepada blog yang memberi info kepada kami iaitu https://www.caridestinasi.com/tempat-menarik-di-melaka/
Yang berubah ialah harga tiket Menara Taming Sari sekarang ialah RM16.20 dan harga tiket River Cruise RM18. Gambar keychain yang kami dapat semasa River Cruise itu berharga RM20 satu keping.

Wassalam dan Salam Merdeka ke-61 untuk tahun ini.









Saturday, August 25, 2018

Bukit Kluang On The Spot

Assalamualaikum.. Salam AidilAdha semua..

Bermula tahun lepas, AidilAdha disambut dengan kejutan diri sendiri. Tahun lepas, minggu cuti sekolah itulah ke Pulau Kapas. Tahun ini, bagi menghabiskan cuti berbaki dua hari lagi, saya dan dua adik lelaki mendaki Bukit Kluang, Besut.

"Jom ke Bukit Kluang esok,"kata saya pada malam sebelumnya.

"Seriuslah?" Terkejut juga adik-adik nak percaya. Eh, Pulau Kapas tu pun on the spot tau.

"Serius la ni. Pukul 8 pagi esok kita bertolak. Pergi beli roti dan tuna buat bekal esok."

Keesokan harinya, kami bertolak pukul 8.30 pagi, lewat setengah jam daripada yang dirancang.

Dari Marang, kami melangkaui Kuala Terengganu dan Setiu untuk sampai ke Bukit Kluang, Besut.

Pukul 10.30 pagi kami sampai di Bukit Kluang. Keluar sahaja dari kereta, terus kami cari tempat untuk naik mendaki.

Kami berada di puncak dalam pukul 11.30 pagi. Pemandangan di atas memang tersangat cantik.

Alhamdulillah, betapa banyak nikmat Allah kurniakan untuk kita. Walaupun dilanda kesusahan dan kesedihan, ada jalan lain untuk mencari kebahagiaan. InshaaAllah..

Sunday, August 12, 2018

Taman Saujana Hijau Presint 11 Putrajaya

Assalamualaikum..

Hari ini saya nak berkongsi pengalaman menjelajah Taman Saujana Hijau yang terletak di Presint 11, Putrajaya. Sebenarnya, ini kali kedua saya ke sini bersama kawan-kawan serumah dan sekerja saya.



 Kita mula dari sini. First time datang sini, kami mula dari belakang. hehe

Cantiknya hijau dia.


Trek ni nak berjalan boleh, jogging boleh, berbasikal pun boleh. Tapi basikal kena bawa sendiri. Tidak disediakan basikal di sini. Kalau nak juga basikal free, kena pergi Taman Botani la pula. Kat situ, motosikal comel pun ada.

Cantik kan bunga ni? Sis lupa la namanya. Macam bunga raya ada, kacukan kot.. hehe






Ni dekat kawasan pokok-pokok rhu.








Ni di bawah bukit. Kat belakang saya tu, terus lagi ada jalan naik ke atas.









Bukit ni ada tangga tau.
tadaaa.. On the way naik bukit.. berpeluh jugak..




Ni pemandangan dari atas bukit. Tinggi juga kan bukit ni. Taman Saujana Hijau merangkumi tiga buah bukit kalau ikut pembacaan saya la.



Tempat ni kat belakang bukit tadi. berpusing juga dengan pokok-pokok kelapa sawit.
Jauh lagi ke nak habis ni?



Jalan ini cantik kan? Kat tepi jalan bersusun pokok-pokok bunga.




pokok buluh


 Anak labu. kecil dan comel kan?
Yang kat sini macam satu tempat kat Korea je.

Tamat.

Ada lagi tempat tak pergi sebab masa pun dah suntuk. Kami mula berjalan pada pukul 5.20 petang dan sampai ke kereta pada pukul 7.20 petang. Dua jam jugalah berjalan sambil bergambar. Mungkin boleh jadikan tempat exercise dan berkelah dengan keluarga. Cuma, yalah.. Taman yang cantik begini mestilah sama-sama kita menjaganya. Jaga kebersihan, jangan petik itu ini. Sayangilah alam semulajadi kita.

Sekian wassalam.

Coretan buat Putri Kedua

 Assalamualaikum.. Alhamdulillah dengan rahmat dan kasih sayang Allah, kami dikurniakan seorang puteri lagi, bakal menjadi teman untuk puter...