Sunday, November 27, 2011

Hijrah Bermakna



Alhamdulillah, akhirnya kita dengan selamatnya masuk ke tahun baru Islam. Hari ini selesai sahaja solat Maghrib, dah masuk 2 Muharam 1433 Hijrah.

Terdetik pula hati membuka diari hati sepanjang tahun 1432 Hijrah. Agaknya terlalu sedikit amalan baik jika dibandingkan dengan buruknya. Tetapi, masih belum terlambat diri ini jika mahu berhijrah selagi kita masih sedar untuk menghisab diri.

Tahun Hijrah diasaskan pada zaman Khalifah Umar Al-Khattab kerana pada masa itu empayar Islam telah meluas di Rom, Parsi dan negara-negara lain. Umar bertanya pendapat sahabat-sahabat lain bagaimana hendak mengira tahun Islam. Ketika itu, ada sahabat yang mencadangkan dikira sejak Rasulullah Sallahu Alaihi Wasallam. Umar tidak bersetuju kerana dikhuatiri sama dengan agama lain. Akhirnya ada sahabat mencadangkan mengira ketika hijrah Rasulullah Sallahu Alaihi Wasallam bersama muslimin dari Mekah ke Madinah. Lalu Umar bersetuju dengan cadangan tersebut.


Sepotong hadis menjelaskan tentang hijrah...

“Dari Amirul mu’minin Umar bin Al-Khotthob rodhiallahu’anhu, ia berkata, “Aku mendengar Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam bersabda, Sesungguhnya amalan-amalan itu berdasarkan niatnya dan sesungguhnya bagi setiap orang apa yang ia niatkan, maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya maka hijrahnya adalah kepada Allah dan RasulNya, dan barangsiapa yang hijrahnya karena untuk menggapai dunia atau wanita yang hendak dinikahinya maka hijrahnya kepada apa yang hijrahi”

. (HR. Al-Bukhari )


Tepat pukul 7 tadi, aku dipaparkan tentang kisah penghijrahan dua orang wanita yang agak sinonim dengan dunia seni dan media massa. Dua orang wanita ini masing-masing mempunyai kisah yang agak berlainan. Aku pendekkan sedikit pengakuan daripada mereka.

Wanita pertama : Catriona Ross
Dulu dia seorang yang agak malu untuk mengaku dirinya orang kampung. Pakai rambut palsu selama setahun hingga meninggalkan solat. "Nenek saya selalu renjiskan air pagi-pagi nak kejutkan saya sahur atau solat subuh. Kalau sahur, saya cakap tak pe, dah supper semalam. Kalau solat tu, saya rasa susah sangat nak bangun. Sebab selalu sangat nenek buat macam tu, saya bangun dan tarik perlahan nenek keluar dari bilik saya. Masa tu saya rasa kurang ajar sangat dengan nenek saya dan dengan Allah. Kalau ada birthday party di kelab malam, saya rasa sayalah orang pertama yang akan kata ya untuk datang raikannya. Masa tu saya bercampur dengan bermacam-macam orang. Ada kawan saya ajak saya minum alkohol. Masa saya kata it's ok sb saya tak minum."

Penghijrahannya bermula apabila terlibat dalam kemalangan yang menyebabkannya lumpuh. Ramai orang cakap dia tak ada harapan untuk sembuh. Dia juga tak boleh mengandung jika berkahwin. "Masa tu, saya berdoa sangat-sangat dapat kembali normal. Sebab saya pun nak rasa kehidupan berumahtangga. Saya rasa saya takkan mampu menanggung beban selama 9 bulan jika bertongkat. Saya berdoa sampai nangis-nangis minta jadi normal. Akhirnya Allah kabulkan doa saya. Dan tak lama selepas saya kahwin, saya pun dikurniakan anak. Saya pun memang terdetik nak pakai tudung bila saya pergi ke butik dengan kawan saya. Masa balik, saya nangis sorang-sorang dalam kereta, masa tu tak beli tudung lagi. Saya balik rumah dan selongkar semua laci. Saya rasa hiba sangat. Saya ada darah Melayu dalam diri saya tapi sehelai tudung pun saya tiada. Saya rasa sebak sangat." Akhirnya, seorang kawannya menghadiahkan tudung untuknya setelah mengajaknya ke butik. Sejak dia pakai tudung, dia berasa sangat tenang.

Wanita Kedua : Wardina Safiyyah
Saya mempunyai mak anak imam dan ayah saya orang putih. Saya sering tertanya-tanya kenapa mak menyuruh saya pakai tudung. Mungkin kalau mak saya, atuk suruh pakai tudung dan solat, mak mesti akan ikut je. Tapi saya ni anak orang putih, saya tak faham kenapa kena buat macam tu. Bila orang tanya, nak jadi model tak? Saya cakap nak la. Masa tu saya memang degil sangat. Walaupun mak saya tak bagi, saya tetap masuk senyap-senyap. Tapi akhirnya mak saya tahu jugak sebab masuk majalah. Sebab pakaian saya yang menjolok mata, mak saya menangis sangat-sangat. Yang paling sedih bila saya buat keputusan nak tinggalkan rumah. Masa tu mak saya pandang je saya kat tingkap sambil menangis. Saya cakap kat mak, saya tak perlukan dia sebab saya boleh cari duit jadi model. Masa tu orang kesiankan mak sebab anak ustazah tapi jadi macam ni.

Masa saya pergi umrah, saya menangis tak henti-henti masa solat dan berdoa. Saya berdoa semoga selepas saya mendapat hidayah, Allah takkan tarik hidayah tu daripada saya. Saya rasa nak bertudung dan sekarang saya tak pernah tinggal solat lima waktu.

Kalau dengar sendiri kisah-kisah mereka, aku rasa nak menangis. Memang betul-betul menyentuh hati sebab nampak ketulusan di jiwa mereka. Semoga kita juga termasuk orang-orang yang diberi hidayah oleh Allah.. Amin.. Salam Ma'al Hijrah (",)

Saturday, November 19, 2011

Nak share je...



Assalamualaikum warahmatullah..
Alhamdulillah.. Tadi selesai MUET. Sekarang masa untuk menulis. Okey, ceritanya tak panjang. Edit je ni...


Tips Adam dan Hawa...

1. Jujur
~ Tetap bersikap jujur meskipun perkara itu sukar kerana kejujuran akan
menepis kemusykilan yang ada pada pasangan..

2. Tertawa
~ Ciptakan suasana humor yang romantis seperti membuat memek muka yang
lucu pada pasangan supaya anda berdua boleh ketawa..

3. Persahabatan
~ Jadi sahabat kepada pasangan anda bermakna anda akan sentiasa berkongsi
perasaan suka dan duka yang boleh membuatkan anda rasa dekat dengan
pasangan..

4. Hormat
~ Kompromi walaupun wujud pandangan berbeza-beza,,belajar untuk
menghormati setiap pandangan yang diberikan oleh pasangan anda dan sedia
berkompromi.. 

5. Memaafkan
~ Perlu ada sikap memaafkan dan jangan simpan dendam sehingga
melampiaskan amarah pada pasangan.. 

6. Bersikap realistik
~ Jangan ubah pasangan dan bersikap terbuka dengan menerima pasangan seadanya..

7. Lupakan masa lalu
~ Berhenti ungkit masa lampau,,bersyukur dengan kehidupan anda waktu dan andai cerita masa lalu dapat tingkatkan kualiti cinta anda,,go on..

8. Doa
~ Sentiasa doa untuk kesejahteraan, kebahagiaan, dan kesihatan pasangan

Thursday, November 17, 2011

Apabila diri menjadi sunyi...



Bismillahir Rahmanir Rahim..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Waktu seusai Zuhur ini, saya terkenangkan hasrat saya beberapa hari lalu ketika sedang cuti semester baru-baru ini. Sekarang saya sudah berada di tempat belajar saya bagi menyambung pengajian yang tinggal satu semester lagi.

Suatu malam pada waktu cuti, abah mengajak saya ke masjid. Jadi, saya ikut kerana dalam masa yang sama saya tahu abah hendak mengajar memandu kereta. Ketika di masjid, saya bertemu dengan mak cik-mak cik yang selalu saya jumpa semasa dalam bulan Ramadhan. Mereka adalah jemaah-jemaah yang selalu mengimarahkan masjid. Saya sangat kagum dengan mereka kerana pada usia itu, mereka masih lagi mampu bersama-sama mengimarahkan masjid. Berkemungkinan suami-suami mereka adalah orang yang selalu ke masjid juga, lalu mengajak isteri-isteri mereka yang solehah itu. Itu pada firasat saya sahaja.

Jauh di sudut hati perempuan ini, teringin juga bersama-sama insan tercinta beribadah kepada Allah. Apatah lagi insan kerdil ini tersangat mencintai masjid. Saya harap suami saya juga mencintai masjid sebagaimana dia mencintai saya.

Selepas sahaja solat, saya menegur seorang mak cik.

"Mak cik tinggal kat mana?"tanyaku.

"Mak cik tinggal di Sungai Kerak. Kamu pula tinggal di mana?"tanya mak cik itu pula sambil memandangku.

"Sungai Kerak jugak. Eh, dekat la kita. He he.. Saya kat Taman Laili. Mak cik kat mana?"

"Kat tempat orang buat keropok tu. Kilang keropok kat sungai tu.. Kamu tahu?"

"Eh, saya pun ada kawan kat sana. Dia tinggal kat depan kilang keropok tu la. Dulu saya selalu pergi rumah dia."

"Oh.. Apa nama kawan kamu tu?"tanya mak cik tu.

" Natrah, makcik. Dah lama saya tak jumpa dia. Kali terakhir saya pergi rumah dia pun, dia tak ada kat rumah,"terangku.

"Eh, mak cik kenal budak tu. Dah kahwin pun, dah ada anak sorang.. Kamu tak tahu ke?"

Saya terdiam. Tiba-tiba terasa sebak di hatiku. Adakah sahabatku melupakanku? Langsung tidak menjemputku ketika dia kahwin? Sedangkan kami di kampung yang sama. Sedangkan dia sahabat baikku ketika di sekolah rendah. Aku tak pernah melupakannya. Itulah desir hati saya waktu itu.

"Tak tahu, makcik. Em, tak apalah. Abah saya dah tunggu kat sana."Saya meminta diri sambil tersenyum ke arah mak cik. Mak cik itu membalasnya semula.

Sampai di rumah, saya terdiam sendiri di dalam bilik. Berfikir-fikir hikmah persahabatan saya dengan semua sahabat saya. Rasa terkilan dan sedih bercampur-baur. Terlalu lamakah kita tidak bersua lantas saya dilupakan? Mungkin saya pernah membuatnya terasa sebelum ini sedangkan tidak ada niat pun untuk melakukan demikian.

Saya pun masih terkilan tidak dapat menghadiri majlis Ainul Rahmah, sahabat saya di sekolah menengah. Rasa kesal dan duka masih terasa. Tetapi pedihnya hati bila sahabat baik yang satu kampung tak pernah memberi khabar berita apatah lagi berita tentang perkahwinannya. Saya pernah mencarinya di rumah beberapa tahun lepas tetapi selalunya dia tiada di rumah. Sehingga saya sudah malu pada keluarganya kerana selalu mencarinya, lalu saya berheni sampai di situ. Namun, hati ini tak pernah melupakan Natrah.

Mungkin saya ada silap salah padanya, saya harap dapat jumpanya lagi. Jangan pernah lupakan saya. Untuk sahabat dunia akhirat, Natrah dan sahabat-sahabat lain..







Saturday, November 5, 2011

Salam Aidiladha



Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.






Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.






Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.
Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.
Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir pada rakaat kedua.
Pada kebiasaannya solat sunat Aidiladha dicepatkan sedikit berbanding solat sunat Aidilfitri. Hikmahnya dicepatkan sedikit waktu solat sunat Aidiladha adalah bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri pula adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakat menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid. [1]
Manakala bagi Aidiladha, hikmat disunatkan makan selepasnya supaya makanan yang mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang berkat. Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan dagingnya kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.
Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.
Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.



Hari Raya Aidiladha dalam hadis

  • Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Anas r.a, yang bermaksud: "Rasulullah SAW datang ke Madinah, sedangkan mereka sedang sibuk bergembira selama dua hari. Maka Rasulullah SAW bertanya: Hari apakah yang dua hari ini? Mereka menjawab: Kami biasa bergembira selama dua hari pada zaman Jahiliah: Kemudian Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT telah menggantikannya dengan hari yang lebih baik daripada dua hari itu bagi kamu iaitu Aidilfitri dan Aidiladha." (Diriwayatkan Imam Abu Daud dan an-Nasai daripada Anas)
  • Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) “Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)
  • Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) yang telah diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dan Al-Hakim yang bermaksud: "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai Allah daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih."
  • Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) Ibnu Abbas dan Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a:
Diriwayatkan daripada Ibnu Juraij katanya: Aku telah diberitahu oleh Ata' daripada Ibnu Abbas dan Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a kedua-duanya berkata: Tidak ada azan bagi sembahyang Hari Raya Fitrah (Aidilfitri) dan sembahyang Hari Raya Korban (Aidiladha). Selepas beberapa ketika aku bertanya Ata' tentang perkara tersebut: Lantas dia menjawab dengan berkata: Aku telah diberitahu oleh Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a bahawa: Tidak ada azan bagi sembahyang Hari Raya Fitrah (Aidilfitri), baik ketika imam keluar atau sesudahnya. Juga tiada iqamat atau apa-apa pun.[2]


Rujukan


Pautan luar



Pendek kata, Selamat Hari Raya Aidiladha daripada saya. Sama-samalah kita menghayati ibadah korban yang dilakukan.


Wassalam..



Thursday, November 3, 2011

Sujud Syukur





Dari Abu Bakrah: Apabila Rasulullah s.a.w. menemukan sesuatu yang menggembirakan baginda atau disampaikannya kepada baginda sesuatu berita sukacita, maka baginda melakukan sujud  syukur sebagai tanda bersyukur kepada Allah s.w.t. (HR Abu Daud, Ibnu Majah dan Tirmizi).


Dalam salah satu riwayat dinyatakan bahawa Abdul-Rahman bin Auf melihat Nabi Muhammad Saw. sedang melakukan sujud. Kerana baginda bersujud lama sekali, maka timbullah  kebimbangan kepada Abdul-Rahman bin Auf kalau-kalau Rasulullah saw. dalam keadaan'bahaya', mungkin baginda dipanggil Tuhan secara mendadak. Dengan segera Abdul-Rahman bin Auf mendatangi Rasulullah saw. untuk mengetahui keadaan baginda yang sebenarnya.


Sejenak kemudian Rasulullah saw.mengangkat kepalanya, bangun dari sujud dan bertanya kepada Abdul-Rahman bin Auf : " Ada Apa gerangan, wahai Sahabatku, maka anda nampak seperti orang yang  bingung ?"


Abdul-Rahman bin Auf menjelaskan kebimbangannya itu, sepertimana yang dinyatakan di atas.


Akhirnya Rasulullah saw.. menyatakan yang  maksudnya : " Bahawasanya Jibril datang kepadaku dan berkata : Sukakah engkau : Barangsiapa  yang mengucapkan salawat ke atas engkau, maka Allah Swt. akan memberikan salawat kepadanya. Barangsiapa yang memberikan salam kepada engkau,maka Allah akan memberikan salam (pula) kepadanya..Mendengar hal itu, maka saya (Rasulullah) terus melakukan sujud kepada Allah sebagai tanda bersyukur". (HR Ahmad)


Berdasar  ke atas Sunnah Nabi itu, maka ianya  tidak hairanlah apabila para Sahabat sering  melakukan sujud syukur  tatkala mereka mendapat nikmat atau memperoleh berita yang menggembirakan.  Amalan  sujud syukur itu adalah   antara manifestasi untuk menyatakan  kesyukuran atau  terimakasih  kepada Allah swt.


Tatacara sujud syukur


Sujud syukur itu seyugyanyalah dilakukan secara spontan (seketika) tatkala mendapat nikmat atau menerima berita  menggembirakan.


Adapun cara mengerjakan sujud syukur itu tidak berbeza  sepertimana sujud  tatkala solat. Hanya syarat-syarat yang diwajibkan dalam mengerjakan solat, seperti harus mempunyai wuduk (air sembahyang), menghadap qiblat, pakaian yang bersih daripada najis dan lain-lain, itu semua adalah tidak disyaratkan di dalam sujud syukur.


Juga tidak disyaratkan untuk dilakukan di tempat-tempat tertentu seperti masjid/surau, tetapi dibolehkan dilakukan di setiap tempat, asalkan  tidak ditempat-tempat yang kotor, seperti tandas dan lain-lain. Boleh ianya dilakukan di tepi jalanan, di pasar, di kebun, di kilang, di tepi pantai, di atas kereta dan sebagainya.


Dalam pada itu, tidak ada bacaan-bacaan yang khusus pada waktu melakukan sujud syukur itu. Menurut penjelasan Jumhur Ulama, cara melakukannya ialah dengan mengucapkan takbir lebih dahulu, kemudian sujud, sesudah itu bagkit dari sujud dan terus memberi salam. Ada juga sesetengah Ulama yang  berpendapat bahawa  sujud syukur tidak perlu dimulakan dengan takbir dan disudahkan dengan salam, tetapi ianya cukup dengan bersujud sahaja, kemudian bangikit dan duduk kembali. 


Alhamdulillah, tujuan saya mencoret tentang sujud syukur ini berkaitan dengan rezeki yang telah Allah limpahkan pada saya selama ini. Meskipun, saya hamba yang terlalu banyak kesilapan dan khilaf, tapi Allah masih mahu melimpahkan rahmat-Nya buat saya. Syukurlah, pagi yang mulia di hari Jumaat ini, saya mendapat keputusan peperiksaan yang rasanya sudah cukup untuk saya mensyukuri nikmat-nikmat-Nya. Semoga rahmat yang dilimpahkan Allah menjadikan kita lebih bertaqwa dan berusaha untuk menjadi lebih baik. 




Dan (ingatlah) tatakala Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".


sumber : http://hikmah.org.my

Coretan buat Putri Kedua

 Assalamualaikum.. Alhamdulillah dengan rahmat dan kasih sayang Allah, kami dikurniakan seorang puteri lagi, bakal menjadi teman untuk puter...