Pertemuan yang tak disangka, lantas hadir perasaan sayang yang luar biasa. Apakah itu?
Itulah ukhwah fillah. Takkan berpanjangan sesebuah ikatan persaudaraan tanpa lillahi ta'ala. Macam sangat ajaib. Kita sayang kawan kita walaupun baru kenal, kita boleh terima kekurangan dia dan hormat kelebihan dia.
Kita sanggup berkorban masa dan wang untuknya kerana persahabatan yang berteraskan kasih sayang kerana Allah.
Tidakkah Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda, antara orang-orang yang mendapat rahmat Allah di Padang Mahsyar kelak ialah orang-orang yang berkasih sayang kerana Allah.
Inilah yang dipraktikkan oleh Rasulullah sallallahu alaihi wasallam dan para sahabat. Mereka saling menghargai dan menyayangi kerana Allah. Itulah yang menguatkan lagi jemaah Islam pada waktu itu.
Antara tanda kasih kita adalah menghormati haknya, menjaga kebajikannya, husnu zhon, mengajak kepada kebenaran dan melarang daripada berlaku mungkar kepada Allah.
Oleh itu, sangat penting bagi kita untuk menjaga silaturahim yang ada di samping bersama-sama membantu dan menyokong dalam perjuangan Islam.