Sunday, November 29, 2015

Pengalaman Kerja vs Taraf Pendidikan

Alhamdulillah..

Hari ini hari terakhir aku bekerja di kedai runcit ini. Memang sedih untuk tinggalkan semua ini, tambah lagi banyak juga pengalaman yang aku perolehi di sini. Tetapi, aku ada cita-cita dan perancangan aku sendiri untuk masa depan.

Sepanjang berada di sini, ada juga beberapa tempat lain menawarkan aku kerja dan memanggil aku pergi temuduga. Aku terpaksa menolak kerana hatiku lebih kuat untuk mencapai cita-cita.

Berbeza dengan keadaan di universiti dahulu ketika aku praktikal lima bulan di situ, di sini sangat mementingkan pengalaman bekerja. Pantang cakap kita ni seorang 'multitasker', memang habis kerja mereka bagi kita.

Di universiti pun ada 'multitask' dia, cuma beza pada cara arahan disampaikan. Dari segi cara berkomunikasi antara pekerja dengan pekerja, majikan dengan majikan dan dengan orang luar.

Nampaknya, hati ini lebih condong kepada bidang kerja dalam pendidikan. Selain cara menimba ilmunya lebih formal, kita lebih banyak masa untuk mengkaji dan menelaah buku-buku lain. Menimba ilmu di tempat kerja memerlukan kita banyak menghabiskan masa melihat sendiri proses kerja, cara mengendalikan mesin dan cara mengendalikan pelanggan, penghutang, pemiutang dan orang luar.

Keduanya memang sangat dinamik untuk diserasikan tetapi memerlukan keseimbangan yang lebih kukuh. Umpamanya, dari segi disiplin kerja dan masa serta optimumkan masa kerja dan bidang tugas. Walaupun pelbagai kerja dapat dilakukan, ia lebih cantik dan sistematik jika pembahagian tugas mengikut kemahiran pekerja-pekerja yang ada.

Okey, saya rasa bahasa saya dah sangat mengelirukan. Baik saya berhenti dahulu. InshaaAllah pada entri yang lain, saya akan menceritakan dengan lebih berinformasi.

Wassalam.

Tuesday, November 24, 2015

Hati, Jangan Rapuh

Assalamualaikum..

Jika bercakap tentang takdir, hanya Allah yang tahu. Kita sebagai hamba hanya boleh berserah pada-Nya. Harapan yang tanpa berbelah bahagi.. Dan bersyukurlah sebagai umat Islam, hubungan kita dengan Allah tanpa sempadan. Tidak memerlukan orang lain untuk menjadi orang tengah antara kita dengan Allah..

Allah Yang Maha Pengasih pula telah menetapkan temujanji dengan kita setiap hari lima kali sehari, dan mesej dari-Nya Al-Quran Yang Mulia, penghibur hati-hati yang sedih dan berita gembira untuk orang-orang yang bertaqwa.

Capailah apa yang engkau mahu..Kejarlah apa yang kau inginkan. Dan ingatlah, Allah selalu ada perhatikanmu. Dia tidak letih dan tidak sedetik pun lalai darimu. Percaya Dia ada, percaya janji-Nya adalah benar.

Wassalam.

Friday, November 6, 2015

Inteam feat Edcoustic - Kau Ditakdirkan Untukku

Terucap syukurku
Aku memilihmu
Untuk menjadi teman hidup setia selamanya

Belahan hati ini
Kini telah terisi
Aku dan dirimu mengikat janji bahagia..

Dan berlayarlah kita renda keluarga
Merentas hidup bersama
Aku bahagia ku dipertemukan belahan jiwaku

Tuhan persatukan kami untuk selamanya
Hingga bahagia di syurga-Mu
Pegang tanganku, tataplah mataku
Engkau ditakdirkan untukku

Ikatan suci ini
Selalu kan ku jaga
Meniti sakinah penuh kasih sayang dan rahmat-Nya

Dan berlayarlah kita renda keluarga
Merentas hidup bersama
Aku bahagia ku dipertemukan belahan jiwaku

Tuhan persatukan kami untuk selamanya
Hingga bahagia di syurga-Mu
Kau amanahku isteriku tercinta
Engkau ditakdirkan untukku

Dahulukan minat kita, Allah tahu

Assalamualaikum..

Tiga minggu lagi!! Tiga minggu lagi!!

Allahu akbar!!!

Setelah lama berjuang untuk berhenti kerja demi mencapai minat yang baru disedari, akhirnya Allah permudahkan.. Sebab tu saya sebut tiga minggu lagi!! Haha

Ok, sebenarnya, kerja kat sini tak adalah teruk sangat. Cuma saya tiada ruang untuk minat saya.. Iaitu? Baca buku, bisnes dan ni la, berBlogging!

Hampir setahun juga saya bekerja di syarikat peruncitan ini dan alhamdulillah, banyak juga yang saya dah belajar. Di samping itu, saya juga boleh bandingkan kebaikan berada dalam syarikat ini dan tempat praktikal saya tahun lepas, dalam universiti..

Lepas tu, baca pulak novel Hamka. Serius best! Saya jadi teringat kepada professor dan cita-citanya.. Saya jadi teringat kepada para ilmuwan semasa saya praktikal dulu. Sungguh, tak tipu!! Attitude orang berilmu sangat lain dengan orang yang beramal tanpa ilmu. Diulangi, sangat lain!!

Jadi, saya nak ubah pemikiran saya kepada ulul albab, yang sangat ditekankan dalam Al-Quran, iaitu orang-orang yang berfikir dan mengambil faedah daripada ciptaan Allah subhanahu wa ta'la. Memang bukan mudah. Tetapi, memang tiada jalan senang untuk berjaya. Pertamanya, mesti dikecam oleh orang sekeliling dahulu, lagi pulak dengan orang yang paling dekat dengan kita. Eh, bukan tak ada langsung yang menyokong. Allah cipta makhluk nama manusia ni, rambut sama hitam, tapi hati lain-lain. I n short, ada je manusia yang akan menyokong kita kerana sudut pandangan yang sama Allah beri.

Keduanya, mungkin waste time pada awal pemikiran. Tapi, kalau hajatnya nak sambung belajar dan nak kaji ilmu-ilmu lain, rasanya tiada pembaziran di situ. Ilmu tu penting.. Kan para ulamak dulu yang sangat terjaga iman mereka kerana ilmu jugak. Dan Allah ceritakan dalam Al-Quran ilmu Allah sangatlah luas. Wajib bagi kita untuk cari ilmu tu. Sebab tu Allah asyik ulang, tidakkah mereka berfikir?? Tidakkah mereka tahu?? Tidakkah mereka mengambil penngajaran??

Ketiganya, ujian yang kita tak duga. Sediakan diri dengan pertahanan iman, taqwa dan sabar. Ilmu itu nur, cahaya dari Allah. Dan pastinya untuk mencapai darjat orang-orang berilmu yang dulu, tangganya sangat tinggi, dan kadang-kadang curam. Tak kurang juga ada anak tangga yang patah. Jadi berwaspadalah.

Kesimpulannya, saya pegang ayat hadis ni, Sesiapa yang mencari ilmu, Allah akan mudahkan jalannya ke syurga.

Jadi, untuk meraih syurga Allah dengan keredhaan Allah, carilah ilmu..

Wallahu a'lam.

Coretan buat Putri Kedua

 Assalamualaikum.. Alhamdulillah dengan rahmat dan kasih sayang Allah, kami dikurniakan seorang puteri lagi, bakal menjadi teman untuk puter...