Saturday, March 23, 2013

Pantai Cahaya Bulan




Indahnya alam ciptaan Allah Ta'ala.. Aku terpaku seketika sewaktu menanti teman yang ke tandas. Termenung di tangga Masjid Muhammadi sambil memandang langit. Tenang. Teringat pula saat-saat masih bersekolah dahulu. Biasanya waktu petang-petang memang selalu termenung di masjid selepas menunaikan solat Asar.

Aku memang tenang tanpa dia. Lebih bahagia bersama sahabat-sahabat. Kami menelusuri di pesisir Pantai Cahaya Bulan sambil bergambar. Macam-macam aksi spontan tapi masih dikawal dengan sopan. Ke mana pun aku pergi, masih kuteringat dia. Kucuba tetapkan dalam hati, Allah akan sediakan yang lebih baik untukku.

Aku percaya Allah memang selalu memberiku yang terbaik. Mungkin itulah asbab untuk kami berpisah kerana Allah mahu aku mendekati-Nya. Ya dan memang aku sudah kurang tarbiah dan terkapai-kapai mencari cahaya-Nya. Ya, Allah.. tunjukkan jalan-Mu..











No comments:

Post a Comment

Coretan buat Putri Kedua

 Assalamualaikum.. Alhamdulillah dengan rahmat dan kasih sayang Allah, kami dikurniakan seorang puteri lagi, bakal menjadi teman untuk puter...